Thursday, 30 May 2013

Percutian di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Suatu petang Sabtu yang damai, tercapailah hasrat terpendam nak naik Bukit Tinggi, Bentong.
Teringin sangat nak tengok resort Colmar Tropicale yang katanya macam bandar kat Perancis.
Akhirnya sampai juga saya bersama keluarga walau pun pada mulanya tak merancang pun nak menginap di sini.
Konon-konon nak jalan-jalan je, lepas tu turun balik la.
Alih-alih adik ipar dah book bilik untuk sambut birthday.
Abah pulak book suite yang tersangatlah besar.
Haruslah kami menepek sekali. hehe...


#sampai dah dekat pukul 6 lebih. Cuaca pun mendung je. Biras saya sibuk ambil gambar dari celah-celah pokok Plumbago capensis. Meh menyelit sekali sekala.... :p



#suka tengok gambar ni. Qisya baru sampai dan nak bersalam dengan Tok Bah dia.



#Qisya bersama Ummi dan Tok Bah.

#Qisya bersama Uncle Is dan Aunty Dija. Masih dalam mood honeymoon depa berdua ni.



#Gyomi versi Qisya yang tak berapa menjadi. Takyah buat pun adik dah gyomi katanya. hahaha...



#Tak sejuk pun kat atas ni. Sejuk angin bukit je. Tak macam kat Cameron Highlands atau Genting Highlands.



#Colmar Tropicale menjelang Maghrib.



#jamuan sempena sambutan birthday Uncle Is.




#Aunty Dija yang kreatif bila tiba part makan. Angkut macam2 dari rumah. Masak dan kukus itu ini guna periuk nasi. Esoknya saya goreng nasi goreng cina pun guna periuk nasi. Jimat angkut dari rumah. Kalau nak makan kat restoran-restoran kat sini pun boleh jugak. Cuma tahan tak tahan je la time nak bayar tu. hehe..




#dua beradik yang bergumbira...  si Amsyar kat bawah selimut tu.



#Luas kemain ruang hallnya. Selesa solat berjemaah...



#nama je resort ala Perancis. Saya bawa masakan kampung untuk dinner. Gulai tempoyak, beb!



#lama tak berposing macam-macam depan kamera. Tapi tak sanggup la nak tepek kat sini. Gedik sesama family je udah le.



#setiap tingkap ada pasu pokok bunga ros. Haishhh....berkenan nengoknya!



#memang cantik-cantik bangunan Resort Colmar Tropicale ni. Macam-macam warna.



#jalan-jalan selepas tengok show.



#akrobatik China. Semuanya nampak macam ringan je memasing.



#berpuluh kali si Amsyar tawaf kat area ni.



#layankan jugak le sebab kesian.



#haaaa.....ini jadual untuk sesiapa yang nak melayan show.



#pagi esoknya lepas subuh, semua pakat-pakat berjoging. Qisya masa malam tu terhantuk bucu meja. Lagi sikit je nak kena mata. Berdarah pulak tu. Panik kejap dibuatnya. So pagi tu dia lambat bangun sebab asyik terjaga malam ngadu sakit mata. Bertapa la kami di bilik tak keluar jalan-jalan.



#time nak check out sempat snap-snap lagi. Kami semua tak pergi ke Japanese Garden pun. Burn je tiket macam tu. Entah kenapa langsung tak teringin nak ke situ.



#sempat lagi layan show untuk pagi tu pulak. Mak aiii.... lembutnya tulang budak tu. Berlipat sana sini macam takde tulang.



#sebelum balik, meh amik gambar ramai2....






#Qisya sabar menunggu giliran mendapatkan belon.


#hahaha...ada orang heran tengok kakak clown. Mood tak berapa baik sejak kes terhantuk meja.
Suka tengok belon Qisya yang bentuk bunga tu.




Lepas check out, kami bergerak ke Rabbit park pulak.
Kena bayar seorang rm3 untuk tiket masuk.
Kecik je tempatnya.
Binatang yang ada hanya arnab, hamster, rusa dan keldai je.
Nak tunggang keldai kena bayar rm6 seorang.



#Mak yang suka sangat dengan binatang memang suka la tempat-tempat macam ni. Saya tak berani pun nak angkat arnab tu. huhu...



#ini budak garang yang jerkah-jerkah je arnab tu. "Makan! Makan!!" laung si Qisya. Mana la arnab tu nak datang.


Colmar Tropicale ni ok jugaklah untuk mereka-mereka yang suka duduk kat bukit.
Ada juga aktiviti-aktiviti lain yang ditawarkan.
Tapi tempat ni tidaklah besar sangat.
Sehari pun dah cukup.



15 comments:

  1. Replies
    1. hehe.....kalau dgn family, kat mana2 pun seronok. :)

      Delete
  2. sy dh lama teringin nak pegi.. taman rabbit ni kita saje2 dtg n pegi situ boleh ke kak? teringin betul nak ke sana.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kalau saja2 nak jalan2 kat situ. Sorang kena bayar rm20 kalau x silap.

      Delete
  3. memang seronok datang sini...
    adik ipar ada kerja kat sini, kalau dulu rajin kami semua datang..sekarang ikut mood he..he..

    ReplyDelete
  4. macam nak pegi.. mahal tak bilik kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan jugak la. Dalam 200 lebih. Yg suite tu 400 lebih. Tak tanya detail pun.

      Delete
  5. hey... angsa belakang...

    besar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. angsa tu mmg cantik. Sepasang lg kaler hitam.. :)

      Delete
  6. baru nak p next week.. ok akn bw rice cooker kecik..

    ReplyDelete
  7. seronoknya kak...
    mcm kat obesi je nur tgk..
    lama Nur tak bercuti..
    tgk pic ni, teringin pula nak bcuti..

    psst..sedap pula nampak jagung tu..
    hehehehe

    ReplyDelete
  8. nampak cam bes je., teringin nak pi bercuti., cuma tak berkesempatan lagi., takde masa., huhhh...

    ReplyDelete