Thursday, 16 May 2013

Umrah 2013 - Part 11 (Taif)

Assalamualaikum wbt.....bismillah...

Rasa macam panjang sangat cerita umrah ni.
Tapi nak juga tulis supaya tak terpadam ingatan ini di masa depan.
Oh ya, hari kedua terakhir di Mekah jatuh pada hari Jumaat.
Makanya dapatlah bersolat Jumaat di Masjidilharam pula.
Alhamdulillah....merasalah solat Jumaat di Masjid Nabawi sekali dan Masjidilharam sekali.

Beberapa hari sebelum tu Abah dah bagitahu yang kawannya merupakan seorang Professor Medic dari Universiti Taif nak menjemput kami ke Taif.
Katanya kami akan dijemput dalam pukul 3 petang macam tu.
Tapi menjelang pukul 3.30 petang, tak muncul-muncul.
Abah dan encik hubby pun bergerak ke masjid semula untuk solat Asar.
Saya dan mak excuse satu waktu solat di masjid.
Nak solat di bilik hotel saja.

Elok je kedengaran sayup-sayup azan Asar, tiba-tiba Abah dan encik hubby muncul di pintu bilik.
Abah kata diorang dah dekat nak sampai nak jemput kami.
Tersekat dalam traffic jammed.
Terus abah jadi imam solat Asar di bilik saja.
Semasa tahiyat akhir, berdentum-dentum pekerja hotel mengetuk pintu.
Mentang-mentanglah pintu hotel tu pintu besi.
kemain lagi bunyinya.
"Prof! Prof!" menjerit-jerit kedengaran suara diorang memanggil Abah.

Habis je solat, cepat-cepat kami bersiap dan turun ke lobby.
Sampai je di lobby, dah terpacak bakal doktor hensem yang bernama Mishal.
Dia kenal Abah sebab pernah join pertukaran pelajar dengan UiTM.
Tak lama lepas tu, seorang lagi bakal doktor yang hensem jugak bernama Taufiq datang bawa kereta jenis GMC.
Ya Allah, segak betul bakal-bakal doktor ni.
Penampilan sangat kemas dan mata saya seperti terkaku tengok jubah mereka.
Kemain tajam side bekas seterika! hahaha.....


Kami sibuk menemuramah bakal-bakal doktor ini.
Sebahagian hasil temuramah dengan mereka adalah seperti berikut.

*harga 2 liter petrol ialah 1 riyal. Convert RM tak sampai 50 sen seliter. ~gulp.
*harga hyundai sonata yang baru berharga tak sampai SR 60k. Abah beli kat Malaysia RM 140k. ~gulp.
*kos kawen minima ialah SR100k. Mak aiiii.....mahalnya orang Arab.
*isteri pertama mesti orang Arab Saudi. Yang kedua dan seterusnya baru boleh orang asing.
*bakal isteri, ditentukan oleh ibu.
*gaji doktor di Arab Saudi untuk fresh graduate lebih mahal berganda daripada di Malaysia.

haha....macam-macam lagi saya tanya.
Wartawan tak bergaji kekdahnya.
Mata sambil jeling tengok suhu kat cermin, tangan asik snap gambar sekeliling.
Suhu kelihatan semakin menurun.


 #perjalanan 2 setengah jam menghala ke Taif (saya ingat dekat je.) Daerah yang menyimpan kisah sedih perjuangan Rasulullah saw dan Zaid bin Abu Harithah as menyebarkan syiar Islam. Di daerah ini Rasulullah saw dilontar dengan batu dan dikejar sejauh 5 kilometer. Bayangkan betapa sabarnya Rasulullah saw...... :'(



 #Rupa-rupanya Taif adalah satu daerah yang bersuhu sejuk kerana terletak di atas pergunungan. Turun saja dari kereta memang terasa sungguh dingin. Suhu 38 darjah di Mekah menurun hingga 20 darjah di Taif. Makanya Taif adalah daerah yang sesuai dengan pelbagai tanaman. Terutama perusahaan bunga mawar dan buah-buahan.

Kami tak tahu kenapa Professor Hatim beriya-iya sangat mengajak kami ke Taif.
Rupa-rupanya ada acara tahunan di King Feysal Garden iaitu Expo bunga-bungaan Taif.
Ada macam-macam pameran pokok-pokok, cara pembuatan minyak wangi dan ada funfair.












Wangi sungguh bau di ekspo ini.
Bau bunga mawar semerbak tercium sejak dari pintu gerbang masuk lagi.
Sana sini melihat orang memegang bunga yang diberikan secara percuma.






 #Uniknya ekspo ini hanya boleh dikunjungi oleh family. Couple-couple takde can la nak berdating di sini.



Jangan terkejut.
Di sini ialah Arab Saudi.


 #bunga kaktus yang comel-comel.



 #pokok-pokok tropika pun turut dipamerkan di sini.



 #Ini bukan di Europe, tapi di Arab Saudi. :)



 #Di ruangan pameran ekspo. Saya terkagum kerana tak sangka.



 #pelbagai cenderahati diberikan kepada kami. Pelbagai jenis jambangan bunga kecil, bungkusan kelopak mawar dan air mawar. Walaahhh....wangiiiii....



 #Cara mereka berlibur, ialah membawa karpet dari rumah dan duduk bersantai bersama keluarga macam ni.


Selepas Solat Jamak Maghrib dan Isya' di sini, kami dibawa pusing-pusing bandar Taif.
Besarnya lebih kurang Bandaraya Ipoh.
Tapi jangan memain, di Taif ada Awaliv International Hotel.
Lima bintang kot.
Ada restoran berputar juga seperti di Menara KL.


#google. Cerah sikit.


#di depan lobi hotel.


 #wah wah wah.....romantik gitu. Tapi jangan harap la kalau nak berdating berdua. Saya dengan mak ni sebenarnya duduk dalam kelambu. hahaha......



 #menu makanan kami pada hari itu. Segala aneka makanan pelbagai warna tapi sayang....tak ada gambar.  Dua-dua kamera dah kehabisan bateri. 
err....SR 165 per person? ~ gulp.



 #teh Arab yang pahit berempah. Tak lalu saya nak telan.



#Dr. Mishal. Dr Taufiq, Dr Amar, Abah, Prof. Hatim dan Dr Yazid. Terima kasih kepada mereka semua yang meraikan kedatangan kami. Tak sangka dapat melawat Taif di penghujung umrah.


p/s: bila tengok gambar ni, jadi hairan sangat-sangat bila si Saiful Bukhari lagi tinggi dari orang Arab. hehe.....




16 comments:

  1. bila la nak sampai Tanah Suci..

    ReplyDelete
  2. Slm.. seronok baca entry yana.. harap ada rezeki juga tunaikan umrah nnt.. :)

    ReplyDelete
  3. wahhhhhhh subhanallah...bestnyeee

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kesana.. Teringin juga menjejakkn kaki ke tanah suci.. Amin

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah , turn akak dah :) insha Allah , sy pun nak ke sana :'D

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, untungnya muda2 dah berpeluang sampai sana.. bila la akak pula nak sampai sana ya.. hehe..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah. Teringinnyaa nak pi umrah. :'(
    Untung sis dapat peluang pergi sana yaa :')

    ReplyDelete
  8. beshnya...bile la giliran saye ni....doakan yer yana..

    ReplyDelete
  9. tang kawen tu yg nak tergelak tu...bkn main mahal ya...yg isteri peretam amesti org tempatan hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana taknye kak....org arab sukakan emas. Suka bukan setakat suka, tapi besor gedabak! hahaha...

      Delete
  10. alhamdulillah, dapat gi umrah kan
    harap2 sop pun boleh gi juga nanti .:)

    ReplyDelete
  11. harga minyak dia betul-betul murah lah... wah... untungnya dorang

    ReplyDelete
  12. bestnya baca entry ni.... =)

    ReplyDelete
  13. Bestnye kak yanaaaaa!! Bilelah turn sy dan suami lak.. Eh suami lak.. :P

    ReplyDelete
  14. expo tu berbau wangi....terbaiklah..
    kalau di Malaysia, akan berbau rokok...
    =_=

    ReplyDelete