Wednesday, 22 May 2013

Umrah 2013- Part 12 (Last part)

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Perjalanan pulang ke Mekah dihantar oleh Dr. Amar.
Dr. Amar ni lecturer Medic kat Universiti Taif.
Hensem, dah berkahwin dan ada anak tiga.
Dia pun jadi mangsa temuramah kami juga. hehe...

Dua kali menyinggah dalam perjalanan pulang ni.
Ada satu konsep perniagaan yang saya rasa agak sempoi.
Di Malaysia, konsep jualan pandu lalu ni hanya ada kat restoran makanan segera.
Tapi di Mekah, mereka ada jual minuman panas dan makanan ringan di kiosk2 pandu lalu.
Beli kopi terus minum tak payah turun dari kereta.
Rasa nak buat bisnes macam ni jugak tetiba. haha...

Dr. Amar ni memiliki wajah yang agak serius tapi dia peramah.
Macam-macam hal kami sembangkan di sepanjang highway yang tak ada tol.
*oh jelesnya.... (bab takde tol tu la...)
Ceita yang dia bekerja hanya 5 jam sehari.
Tiap-tiap bulan pergi buat umrah dengan family dia di Mekah.
Suasana umrah itu adalah percutian mereka sekeluarga.
#oh....jeles lagi.... (sedang saya terfikir, bilakah masanya saya akan kembali menjadi tetamu Allah?)

Akhirnya kami sampai di Mekah pada waktu menghampiri pukul 1 pagi.
Berkemas beg terus sebelum tidur.
Bangun pukul 3pagi dan terus bersiap ke masjid untuk solat Subuh terakhir di Masjidilharam.
Alangkah sayunya hati ketika melakukan Tawaf wida' selepas Solat Subuh.
Sedih sangat masa tu.
Ya Allah, jemput aku ke sini lagi ya Allah...
Jadikan aku ini di kalangan hamba-hambaMu yang terpilih menunaikan haji Ya Allah...



#yang menjadi peneman hampir 2 minggu...


Ibadah Umrah bukan hanya ikut-ikutan.
Orang pergi umrah, kita pun nak pergi tapi tanpa ilmu adalah amat menyedihkan.
Perkara asas seperti wudhu' yang sempurna dan menutup aurat sempurna adalah sangat penting.
Itu pun ramai yang gagal.
Saya lihat masih ramai yang memakai telekung tapi memakai seluar panjang malah ada yang memakai legging.
Bila rukuk atau sujud je, terpampanglah warna seluar dalam yang jelas kelihatan.
Memang kesian.

Setiap kali selepas solat fardhu, akan ada solat jenazah.
Solat jenazah lebih penting berbanding solat sunat ba'diyah.
Memang sedih tengok ramai yang tak mengikut solat jenazah.
Jika imam membaca surah sajadah, silalah ikut imam bersujud tilawah sekali.
Jika tidak, hukumnya solat itu gugur keahlian solat berjemaah.

Memang banyak yang ingin saya kongsikan tapi mungkin di entri yang lain jika berkelapangan.
Apa-apa pun, silalah jangan terikut-ikut bangsa lain yang bersolat ikut mazhab masing-masing.
*(itu pun kalau ikut mazhab)
Ada yang bersolat kejap duduk, kejap bangun ikut dan, ada yang tengah bersolat boleh pegi berjalan ambil anak yang merangkak lepas tu sambung solat, ada yang solat tiada masbuk dan macam-macam yang pelik di depan mata, silalah jangan bawa balik ke Malaysia.
Mak saya pernah nampak mak arab tidur kemain lena, lepas bangun je terus ambil wudhu' dengan cara lekap tangan kat tiang masjid!
Dia ingat dia angkasawan gamaknya. hahaha...
ok. Sila jangan tiru aksi-aksi mereka... :)

Sambung balik perihal keberangkatan pulang.
Selepas bersarapan, kami bersiap memunggah beg-beg ke dalam bas.
Mutawwif memberitahu kami yang kami akan singgah di masjid terapung di Jeddah.
hoho.... nak melawat Laut Merah!


 #Jeddah yang pesat membangun.


 #Jeddah.



 #Masjid terapung di Jeddah. Rasa macam kat terengganu pulak.



 #di Laut merah. Laut inilah yang dibelah dengan tongkat nabi Musa as tu. Walaupun cuaca panas, angin laut di sini adalah sejuk. 



 #Contoh banglo Pak Arab kaya di Jeddah. Banyak banglo mewah kat sini. Teringat cerita kakak sekumpulan umrah ni bercerita.....trip umrah beliau sebelum ni sempat melawat tempat hukuman hudud dijalankan. Ada 200 orang maid Indonesia yang sedang menunggu giliran untuk dipancung. 200 orang? Memang melopong dibuatnya. Kesalahan? Menurut beliau, ada di antara mereka yang membunuh majikan. Ya Allah....kasihannya. Jauh-jauh merantau mencari rezeki, berkesudahan begitu. :'(



 #di airport Jeddah. Troli free di airport ni pun dibisneskan oleh staf kat situ. SR3 untuk sebuah troli. Itu belum kat timbangan berat. Diorang tak takut sebab kat sini Tanah Halal kot. Sigh....



#Ayam goreng Al-Baik yang sangat femes di Mekah dan Madinah. Memang sedap.



#sambil tengok kapal terbang, sambil layan perasaan yang macam-macam ada. Di sebalik kesedihan, terselit kerinduan yang bertimpa-timpa.


Flight delay lebih 3 jam kerana salah seorang penumpang dari Kedah meninggal dunia di tempat pemeriksaan masuk kerana diserang athma.
Pukul 8 malam lebih baru bertolak.
Saya diingatkan berkali-kali supaya waktu subuh adalah sangat singkat dan ambil wudu' pun hanya menggunakan air spray.
Mak, encik hubby dan abah bimbang saya terlepas solat sebab duduk berasingan dari mereka.
Solat Maghrib dan Isya' sebelum tu saya buat solat jamak di bahagian belakang kokpit.
Ya. Abah sangat strict bab solat.
Tiada solat menghormati waktu baginya selagi boleh bersolat.

Sampai di LCCT pukul 10 pagi waktu Malaysia.
Alhamdulillah selamat sampai...
Lega rasa hati tengok senyuman anak-anak.
Tak terhingga rasa terima kasih kat semua adik-beradik yang sudi menjaga mereka.

Semoga umrah ini bukan kali terakhir.... :)


Terima kasih sudi baca.
Luv,


7 comments:

  1. alhamdulilah..smuanya selesai...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Teringin Nak Kesana

    Family Sy Still Ada Di Sana

    http://shafiqhashim.blogspot.com/2013/05/kelab-kipas-blogger-dan-iklan-jualan.html

    ReplyDelete
  3. mungkin bg yg berduit,kesana ibarat melancong...shopping...beramal tanpa ilmu...begitulah jadinya..

    ReplyDelete
  4. sabtu ni ka nak mai kulim....sbnrnya bz sikit...jumaat lusa kenduri umh adik ipar kt kg,sabtu pun kenduri sedara kat kg..ahad masih ada kenduri anak sedara kat sg dua...

    ReplyDelete
  5. Akak dah pun pernah jadi tetamu Allah..
    Nur ni entah bila kak...

    Keinginan tu mmg ada, tapi mcm akak ckp,
    psediaan mahu ke sana itu penting...

    Nur xnak pegi kerana ikutan ataupun trend,
    kalau boleh nak ikhlas ke sana...

    ReplyDelete
  6. cantik gambar gambar akak ambil.. mila tak bergambar waktu kat jeddah. mak tak sihat.. sakit kepala dia tak makan sebab makanan kat sana dia tak lalu sangat nak makan...cantik gambar masjid terapun dan laut merah yang akak ambil.

    ReplyDelete