Friday, 21 June 2013

Apabila terlalu banyak memikir

Assalamualaikum wbt.....bismillah...

Lama pulak rasanya tak hapdet blog.
Nak kata tak ada idea, tak ada masa adalah menipu pulak. hehe..
Yang sebenarnya vitamin M terlebih.
Memang tak dapek nak nolong la kalau dah macam tu. :D

Minggu ini adalah minggu kesengalan nyata gamaknya.
Semalam, sampai-sampai je depan gate barrier di wisma tempat saya bekerja, saya dok touch kad yang salah.
Patut pun palang autogate tu tak buka-buka, rupa-rupanya saya dok touch kad touch n go. Bukannya kad pekerja saya.
Naya je orang belakang saya yang tertunggu-tunggu giliran. kikiki..

Lepas siap dah parking, saya terus menyarung kasut lalu keluar dari kereta.
Dah lama menapak langkah, baru perasan sarung kasut terbalik!
Nasib, belum sampai ke ruang legar lif yang dah tentu-tentu ramai orang. :D

Keluar lif pulak saya terus pergi thumb print untuk rekod kedatangan dan masuk opis.
Dah masuk opis, boleh pulak saya waswas dah thumb print ke belum.
Sudahnya, saya pergi thumb print lagi sekali.
Adoiii.......hampeh betul.

Dan hari ni, saya memang nak masuk lane tol yang bayar tunai sebab memang dah pasti yang kad touch n go dah habis kredit.
Kiranya time rehat nanti ni nak pergi tambah nilai.
Last-last, kat lane touch n go juga saya masuk.
Mesti bengang orang yang beratur di belakang saya sebab kena undur kereta. :D

memang tengah banyak fikir sekarang ni.
sesak juga jiwa raga dibuatnya.
Apa pun, hidup mesti terus.... :)


#baju peplum kanak-kanak pelbagai warna yang sungguh comel! Hanya RM29 sahaja!
Siapa nak order, boleh pm, sms/whatsapp 0192764682.





5 comments:

  1. haha...semua tu cabaran hidup...

    ReplyDelete
  2. kalau banyak fikir jadi macam tu kan. prnah gak jadi macam tu dah ingat dah plan nak buat mcm tu tapi. buat gak macam lain

    ReplyDelete
  3. macam-macam kejadian kadang terjadi bila pemikiran tak seia dan sekata dengan pergerakan.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. haha...Yana...nasib baik blk umah sendiri..bkn balik umah org lain..:)

    ReplyDelete
  5. Err..kenapa ni kak...?
    byk betul yg tak betul ni...
    jgn abaikan kesiahatan pulak yea kak...
    fikir2 jugak, jgnlah memudaratkan diri.. :)

    ReplyDelete