Assalamualaikum wbt.... bismillah..
Ini minggu yang penuh aktiviti.
Aktiviti penuh bersamaan dengan PENAT. :)
Walau apa pun, bersyukur dikurniakan pelbagai nikmat.
Nikmat sakit pun kena bersyukur juga.
Walau pun dalam 2 minggu ini saya diserang gastrik berkali-kali.
Saya redha kerana yakin dan percaya kesakitan ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa saya.
Insya Allah... mudah-mudahan.
Hujung minggu lepas juga menyaksikan sambutan birthday untuk encik hubby diraikan dua hari berturut-turut.
ecewah kemain....
1 Jun sambut di IOI Palm Garden Hotel kat Putrajaya.
Esoknya celebrate kat Mango Chilli pulak.
Alhamdulillah.....bertambah lagi usia suamiku.
Semoga Allah swt memanjangkan jodoh kami hingga ke syurga.
Semoga Allah swt memberi kejayaan yang cemerlang dalam kerjaya suamiku.
Semoga Allah swt merahmati kami sekeluarga dan macam-macam lagi doa ditadah.
Semoga dimakbulkan hendaknya. :)
Memang sangat busy hari Sabtu tu sebab menyiapkan barang-barang untuk jualan di bazarena keesokannya.
Kiranya kami gerak ke Palm Garden agak lewat.
Dalam pukul 1 lebih macam tu.
#eh. Ini bukan orang yang diraikan tau....
#tapi yang ni birthday boy nya....hehe. Happy birthday bah....
wahh...seronoknya pilih makanan. macam-macam pilihan ada di palm Garden ni.
#tak ramai yang datang makan kat sini masa kami datang tu. Memang enjoy...
#dah habis makan, jom posing-posing di sekitar Plm Garden. Tapi tak banyak snap gambar pun.
Untung juga makan di Palm Garden ni.
Hanya bayar untuk dua orang saja.
Anak-anak free la pulak.
Alhamdulillah....rezeki.
#berniaga di bazarena bersama Yanti sahabat sejak zaman sekolah dan tuan blog Dari Jari-Jari Halusku. Jom pakat-pakat singgah gerai kitorang ni. Baju-bajan untuk kanak2 dan wanita, Border lace, Sabun Collagen dan Vitamin C turut dijual.
Oh ya. Hari Jumaat lepas sempat bersalam dengan Prof Muhaya sempena sambutan Hari Ibu Puspanita.
Pesan beliau, kita mesti sentiasa positif untuk membina fizikal, mental dan spiritual yang sihat.
Jalani kehidupan ini dalam redha Ilahi.
Insya Allah kebahagiaan dan rezeki akan datang seiring.
#celebrate birthday encik Hubby di Mango Chilli. Memang terbaik ayam goreng Thai ni.
Lewat petang, singgah rumah Mak disebabkan kerinduan Qisya kat Ireen dan Mummy dia.
Tapi bila jumpa......
Ipad jugak yang dihadap sesungguh hati. Adoiii......
#sesi menggedik.. :D
Disebabkan dah mula berniaga balik, aktiviti jalan-jalan di hujung minggu terpaksa dikurangkan.
Emmm....sebenarnya terlalu banyak cerita yang berlaku dalam minggu ni.
Yang paling mahal, pengalaman diserbu orang yang nak bunuh diri.
Serius, kali pertama mengalami tahap gelabah peringkat tertinggi.
Apa boleh buat, inilah warna-warni kehidupan....
13 Comments
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....da la tghari mcm ni...lapar lak tu...
ReplyDeletenoh...akak pun lapo gak ni kat opis. Tak kuar lunch hari ni. Makan semekut je. hehe...
DeleteWah.. gigih businesswoman sorang ni.. Syabas kak...
ReplyDeleteDapat salam dengan Prof Muhaya tu... jelesnya..
bestnya bersama family..:)
ReplyDeletemoga terus berjaya lagi...
ReplyDeleteseronok dapat sambut kat luar...tengoklah menunya best
akak suka kalau penat2 mcm tu..malam sennag nak lena..letak kepala ja dah kroh..kroh...
ReplyDeleteAyam tu, buat nur menelan air liur dgn rakusnya,...huhu...
ReplyDeletecomel budak bedua tu, tapi sesungguh hati ngadap ipad ye..
lawak2..hihihi...
apapaun, HBB buat suami akak.. :)
First of all, happy birthday to your darling :D
ReplyDeleteKedua, amboi budak2 comey tu kemain ngan ipad.
Ketiga, have fun berniaga, kalau saya disana, confirm singgah :)
Kebanyakan lagi nak cakap ni tapi better stop la dulu kang panjang kemain pulak hihih.
berniaga kat ne??
ReplyDeletesemoga mengecapi kepuasan berniaga ya
wah!! makanan tu menggoda.. cerita akak tu.. cam drama dalam tv kan kak.. huhuhu takutttt
ReplyDeletePehhh.. Msuk blog kak yana jumpe mknan memanjang.. GAHAHAHAH..
ReplyDeletewah..sampai sorang satu tab... bagus budak2 sekarang ni...
ReplyDeleteSiggah Sini Ya - Terima Kasih |
Collagen Powder | ESP – Soy Protein Isolate Powder | GLA Complex | Omega Guard | Vita-E Complex | B-Complex | Vita-Lea | Alfalfa Complex | OsteMatrix | VIVIX | Vita-Lea for Children | Chewable Vita-C 100mg | Zinc Complex | Lecithin | Nutriferon | Meal Shakes | Herb-Lax | Cinch Shake Mix | DTX Complex | Sustained Released Vita-C 500mg | Performance Maximum (Pure Hydration Drink) | Garlic Complex | Advanced Joint Health Tablet | Peppermint Ginger Plus | Cinch Energy Tea Mix | Caratomax | Herbal Blend Multi-Purpose Cream |
warghhh beshnya makan...makna....jalan...dan jalannnnnn
ReplyDelete