Ajmal Perfume

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Hari tu masa jalan-jalan di Pavilion, encik hubby beria-ia ajak ke Ajmal.
Nak beli perfume yang best sangat baunya kata encik hubby.
Sebenarnya saya tak pernah pula ambil port sangat pasal minyak wangi ni.
Asal sedap je baunya tak kisah brand apa pun, saya belasah guna je.
Selalunya yang saya beli dari Avon atau Bodyshop je.
Selalu juga dapat perfume hadiah dari emak dan abah mertua kalau mereka balik dari melancong.
Stok yang dari Mesir pun ada lagi. hehe..

Ok. Berbalik kepada perfume dari Ajmal ni.
Walahh.....memang wangi sungguh la bau perfume-perfume dia.
Lama kitorang lepak kat situ membelek botol-botol perfume yang cantik.
Sambil sedut bau wangi puas-puas. haha..
Bau sinonim Arab tapi dapat diterima oleh hidung.
So, jangan dok imagine sangat bau minyak atar yang kadang-kadang agak keterlaluan tu.


 #see? cantik-cantik botol dia.



 #interior Ajmal di Pavilion.



 #yang ni feveret permaisuri Sultan Brunei. Salesgirl kat sini kata, dia beli semua stok perfume Areej al-Shouk yang ada kat kedai ni. Yang ni bukan perfume tapi concentrate. Kira pati minyak wangi yang lebih pekat berbanding perfume. Main calit-calit je tapi kekal satu hari bau dia. harganya dalam rm 315 sebotol.



 #ini rupa kotak dia. Kalau sesiapa nak feeling2 nak bau sama macam permaisuri, boleh try minyak wangi ni.



 #salesgirl yang rajin bercerita. Seronok dengar pengalaman dia berjumpa dengan ramai selebriti.



 #haaaa.... yang ni la perfume yang encik hubby berminat sangat tu. Wasal nama dia. Memang wangi pun. Best je cium baunya. Paling best, perfume ni sesuai untuk lelaki dan wanita. Kalau nak tau, Fazura pun suka perfume ni tau. Haih.....untung salesgirl tu.







# ini la kayu gaharu. Sape nak kaya, tanam la pokok gaharu banyak-banyak. Harganya rm20k sekilo. 



*credit : google


Lupa pulak nak snap gambar luar.
Ini la kedai Ajmal di Pavilion tu.
Sesiapa pencinta minyak wangi mesti dah tau kot.
Tapi sesiapa yang belum mencuba, Ajmal memang terbaik.
Rasa nak rembat untuk raya nanti sebotol. ngeee...




9 Comments

  1. tak pernah beli minyak wangi...
    semua hubby yang beli tahu sembur saja...
    janji wangi...

    syoknya dapat jumpa ramai orang terkenal he..he..

    ReplyDelete
  2. cantik botol perfume tu..akak suka simpan botol2 minyak wangi hehe

    ReplyDelete
  3. Cantik2 lah botol dia..
    dulukan, nur suka kumpul minyak wangi sbb botol cantik2..
    skrang ni tak dah..huhuh

    tapi selalunya minyak wangi yg mahal mmmg tahan lamakan..
    err,,cantiklah kedai dia.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala nur....kedai kat pavi tu mmg semua cantik2 sbb kebanyakannya jual barangan branded. huhu..

      Delete
  4. Hurmm..bley tanye..kedai nye skrg da tutup kan..

    ReplyDelete