Thursday, 18 July 2013

Diduga melalui Sista Ovari

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Apakah itu sista ovari/ cyst?

Copy sikit...


Sista atau ketumbuhan ovari merupakan kantung cecair dalam ovari. Ia bagaimanapun boleh berada di mana-mana saja dalam tubuh seseorang. Jika ia berada dalam ovari, sista yang terbentuk biasanya bersifat ‘functional cyst’ .

Biasanya sista ovari itu bersifat benigna yang tidak akan berubah menjadi barah. Tetapi sebahagian daripada sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti kebiasaannya.

Jenis sista ovari

1. Functional Cysts – ‘sista fungsi’ sangat lazim berlaku. Dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal, apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses ovulasi. Ia akan menghilang dalam tempoh sebulan hingga empat bulan.

2. Endometriomas – terbentuk pada wanita yang berhadapan dengan endometriosis, apabila tisu dari lapisan uterus membesar di luar uterus. Tisu ini mungkin terkena ovari dan mula membesar. Sista jenis ini mungkin akan mendatangkan kesakitan ketika hubungan kelamin dan ketika haid.

3. Sista folikel & korpus luteum – terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Korpus luteum pula jisim tisu berwarna kuning yang terhasil daripada folikel selepas ovulasi.

4. Sista neoplasma – dermoid, mengandungi pelbagai tisu seperti gigi, rambut, serpihan tulang - ovari polisistik, disebabkan timbunan sista-sista kecil yang berganda dan berlakunya ketidakseimbangan hormon.

Simpton sista ovari selalunya sukar dikesan sebagai simpton oleh sesetengah orang. Biasanya ia ditemui secara tidak sengaja ketika pemeriksaan pelvis. Apabila sista dikesan, imbasan perlu dilakukan untuk mendapatkan imej lebih jelas berserta ukuran, lokasi dan sama ada ia bersifat ‘solid’, dipenuhi cecair atau bercampur.

Untuk mengetahui jika sista ini mungkin barah, doktor biasanya akan membuat ujian darah untuk mengukur kehadiran bahan dalam darah yang dikenali sebagai CA-125.

Tetapi ujian CA-125 ini biasanya untuk wanita berusia 35 tahun ke atas yang lebih terdedah kepada penyakit ini.

Rawatan sista ovari bergantung kepada beberapa perkara, antaranya saiz dan jenis sista, usia (sama ada dalam tahun-tahun yang subur atau sudah putus haid), keinginan mendapatkan anak, tahap kesihatan secara total dan tahap serius gejala yang dialami.

Tetapi kaedah rawatan sista ovari ini biasanya menerusi pembedahan (itu pun jika ia tidak menghilang selepas beberapa kitaran haid dan bertambah besar, mendatangkan kesakitan dan anda sudah diambang pra menopaus) doktor akan membuangnya menerusi prosedur laparoscopy atau laparotomy.

Jika tidak, pesakit akan diberikan perhatian dan diminta kerap membuat pemeriksaan dalam tempoh sebulan ke tiga bulan untuk melihat perkembangan pertumbuhan sista ini. Ini biasanya rawatan pilihan untuk wanita muda yang masih inginkan zuriat dan tidak memerlukan pembedahan sebagai jalan terakhir.

Penulis :Hafizah Iszahanid
Sumber : Ruangan Diognasis Berita Harian.

Ok. Saya mula kesan cyst ni semasa saya mengalami keguguran kandungan kedua pada tahun 2008.
Masa tu baru 2 cm lebih.
Sejak detect cyst tu saya kena buat pemeriksaan berkala setiap bulan.
Yang peliknya cyst tu berhenti membesar pada tahun yang sama pada saiz 4.8 cm macam tu.
Dari pemeriksaan berkala sebulan, bertukar jadi 3 bulan kemudian kali terakhir pada tahun lepas iaitu tahun 2012 doktor memberitahu yang cyst tu tak mengganggu.
So dia buat appoinment untuk setahun kemudian iaitu 1 April 2013 memandangkan selama 5 tahun cyst tu berada pada saiz yang sama.
Malangnya 1 April 2013 saya berada di Mekah menunaikan ibadah umrah dan saya telah terlupa mengenai appoinment itu.

Hinggalah pada 2 minggu lepas saya mengalami sakit perut dan terasa benjolan di perut seperti pregnant 4 bulan yang disangkakan angin.
Mula-mula saya berurut (Alhamdulillah nasib baik cyst tu tak pecah).
Lepas tu saya pergi klinik dan minta doktor scan.
Memang terkejut tak terkata la apabila doktor bagitau yang cyst tu dah membesar sehingga lebih 12 cm.
Memang kena buang la jawabnya.

Walaupun surat ditujukan kepada O &G Hospital Serdang (tempat appoinment saya) tapi encik hubby membawa saya ke CTC Fakulti Perubatan UiTM tempat di mana bapa mertua saya bertugas.
Saya merasa bantuan daripada Allah swt kerana segala urusan dipermudahkan.
Bilik bedah seakan menanti saya saja sebab saya boleh dibedah keesokan harinya.
Paling best, dapat pulak single bedroom padahal dah sah-sah GL saya tak layak untuk dapat bilik tu. :)
Alhamdulillah..



#makanan terakhir sebelum berpuasa untuk pembedahan pada 1 Ramadhan.



#Penginapan saya di CTC Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buloh selama 4 hari.




Saya dimasukkan ke OT pada pukul 9 pagi.
Ada 3 orang doktor pakar gynae dan 2 orang doktor bius yang mengendalikan kes saya.
Pembedahan adalah secara lapyroscopic iaitu melalui tebukan 4 lubang.
Pembedahan selesai 4 jam kemudian dan saya sedar pada pukul 2 petang.
Sedar-sedar je saya muntah beserta darah.
Azabnya rasa ya Allah....tapi memandangkan nak sihat cepat, saya redha sajalah walaupun paling tak selesa tentulah tiub urine yang dipasang.
Rasa macam tengah tahan kencing sepanjang masa dibuatnya.
Nak terbatuk takut, nak terbersin lagilah.
Huhu....sabar je lah.

Doktor memberitahu cyst saya tu jenis endometrioma.
Mereka telah mengeluarkan cyst yang seberat lebih 600ml berbentuk coklat choki choki yang cair.
(terus tak lalu saya nak makan choki choki lepas ni gamaknya).



 #serbuk pasir untuk tayammum.



#pelawat yang setia.

Awal Ramadhan yang agak derita tapi redha.
Encik hubby dan anak-anak turut berbuka puasa di hospital menemani saya.
Banyak berita suka dan duka yang saya terima semasa berada di sini.
Apa pun hidup mesti terus.

Lepas ni kena jaga pemakanan.
Waktu period jangan suka mandi basahkan kepala dan minum air berais.
Kepak ayam pun kalau boleh cubalah elakkan.
Siksa tau kena operate ni.
Sekarang dah sihat dan boleh tulis blog. ecewah...
Dapat mc selama 2 minggu..
Semoga kau tidak muncul lagi wahai cyst!




22 comments:

  1. errr....kecut perut nur baca...serius nur sangat2 takut nak buat pemeriksaan yg melibatkan perut2 ni....

    apapyb, alhamdulillah..akak dah selamat dibedah pun...skrang ni kena rehat secukupnyalakan...

    jgn byk gerak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg ni ramai kena cyst ni x kira dah kawin atau belum. Faktor pemakanan kena jaga. Thanx ci nur.

      Delete
  2. BAru 1st time AJ dengar pasal ni......
    Semoga bertambah sihat...

    ReplyDelete
  3. salam,

    semoga cepat sembuh ya.

    Ai pula, cyst tu mula2 2cm kemudian membesar jd 3cm dlm ms 2hari. so gynae decided buat cyst aspiration utk tgk kandungannya.

    prosedur telah dijalankan pd bulan lps. alhamdulillah semua lancar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam Ai.
      Ujian utk kita ni. Tp bila dah settle, lega Alhamdulillah.

      Delete
  4. Rupanya ko dlm spital.. yana.

    Harap2 cepat la sembuh.

    Sebagai perempuan.. memang risau juga dgn cyst ni. Baru aku tahu tentang hal ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena check dan buat pap smear. Kita perempuan ni mmg complicated sikit. huhu

      Delete
  5. Alhamdulillah segalanya selamat..masa Cho dtg scan aritu sura x tau pun..tau2 tgok kat Fb jer..pastu tny kak Fairus..:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Masa tau cyst tu dah besar, mmg runsing sgt. Tu yg laju je balik.

      Delete
  6. Besar jugak ye cyst tu...
    Kak, nak tanya kenapa waktu period mandi tak elok basah kepala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu penyebab pembentukan cyst hasil dari pembacaan. Elok jgn sejuk2 masa period. Haih, kadang2 tu bila tengok air berais mmg x tahan. Minum jugak. huhu..


      Delete
  7. alamak selalu mandi mesti kena basahkan kepala..semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  8. banyak penyakit disebabkan faktor pemakanan kita kan sebenarnya.. uish.. bahaya betul

    ReplyDelete
  9. semoga terus sembuh dan tidak diduga lagi dengan masalah yang sama..amin

    ReplyDelete
  10. risau pulak sbb suka minum air.. moga cepat sembuh kak..

    ReplyDelete
  11. Salam Yana...macam mana detect ada cyst tu?sebab sakit ke?saya pulak dah lama maslah Hormon tak stabil, and bulan 4 hari tuh sampai bulan 6, Period jadi weng sangat. Gi jumpa Doc sakit puan kat Hospital Ampang, dia scan perut jeh, tapi dia kata normal. Then ujian darah macam ada yg x kena sikitla, macam ada Pcos, tapi doc kata confirm tak ada. Risau fikirkan hal ni, nak plak saya belum ada anak....

    ReplyDelete
  12. membaca cerita dan pengalaman Yana..akak terus mengugel faktor2 penyebab cyst ni...takut...

    ReplyDelete
  13. Ya Allah sorry kak baru berkesempatan singgah sini, baru tau pasal ni. Hopefully semua dah ok by now and akak pun dah sihat sepenuhnya. Risau kan kalau berkaitan oragan dalaman ni, yer la kita bukan boleh nampak, luckily all went well with your operation.

    ReplyDelete
  14. risau jugak sekarang nie bila period pun tak menentu,,perut juga selalu berangin,,,

    ReplyDelete
  15. Saya preggy buat scan dr nampak ada cyst..erm takutnya saya

    ReplyDelete