Friday, 11 October 2013

Cendol terbaik di Shah Alam

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Excited sangat nak bagitau ni.
Saya tak tau la kenapa tekak saya ni mengada-ngada.
Kat Shah Alam ni, susah betul nak jumpa makanan murah yang super sedap.
Yang biasa jumpa adalah sedap dan mahal, super sedap pulak super mahal.

Pasar tani memang banyak makanan tak dinafikan.
Tapi yang melekat di ingatan adalah agak payah sikit.
Contoh macam kepak/tongkeng atau pedal madu panggang tu.
Kat pasar tani yang besar di stadium Shah Alam tu takde yang sedap.
Depa ni jual setakat boleh jual dan ada rasa je.
Yang sedap saya jumpa di pasar tani berhampiran rumah saya di Puchong.
Yang tu memang tak payah sos pun dah sedap.
Tapi kalau nak makan masakan pantai timur, memang pasar tani di stadium Shah Alam tu la yang banyak pilihan.

Berbalik kepada apa yang saya nak cerita ni.
Waaahhhhh......mula-mula kena ucap terima kasih kat adik ipar kesayangan saya sorang ni.
Dialah yang mula-mula jumpa warung lori ni dan tayang kat whatsapp family.
Seterusnya buat saya excited sangat tak sabar nak merasa juga.

Di Shah Alam ni, Cendol Pak Akob seksyen 16 la paling glemer.
Laksa yang paling glemer pulak yang di Seksyen 18 jugak.
Tapi tidaklah memberi impak sangat kat saya.
Takdelah teringat-ingat macam ni. hahaha...

Meh saya tunjuk...


 #laksa macam ni memang feveret saya. Tak pekat sangat. Tak cair sangat. Memang terbaik!


 #memang ramai orang. Tapi kali ni kami pergi awal sikit, maka dapat la tempat duduk ada meja. Rezeki.


 #mula-mula rasa, ya Allah....nape sedap sangat ni? hahaha....jakun sekejap. Untuk makluman, pagi tu dah makan nasi, makanya perasaan ini bukanlah disebabkan oleh perut yang lapar. :D


 #closed up sikit cendol pulut durian saya. Mak aiii.....saya yang biasanya tak suka durian dicampur sana sini selain tempoyak dalam gulai, boleh telan pulak cendol ni dengan penuh rasa kegirangan. Sedap melampau, okay?? haha..


 #kat mana? kat mana? cer kabo. Ok...nak bagitau le ni. Warung lori ni dekat area kilang dari seksyen 7 menghala ke Bukit Raja. Ikut Jakel terus sampai hujung lepas tu ambil kiri.


 #ada tiga warung lori kat situ. Sila pilih yang paling hujung. Yang ada bunting Cendol Din's.


 #terparking di sebelah kilang pharmaniaga.


#ni ha nama jalannya. Kalau tak tau lagi, silalah google. Apa payah beno,kan?

Eh lupa pulak nak bagitau harga.
Cendol biasa RM1.80.
Campur pulut dan durian jadi RM3.50.
Laksa mabeles tu pulak RM3.50.
Mee kari, pisang goreng pun ada juga.
Lepas ni boleh angkut kawan-kawan pulak ke sini. :D




23 comments:

  1. huaaaaaaaaaaaaa menangis tgk laksa~

    ReplyDelete
  2. waa..nak cendol campur pulut dan durian..Cho ni buat berair mulut sura je...ahad bukak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukak kot. pi la tengok. lupa nak tanya.

      Delete
  3. Yanaaaaa..tak tahan tengok laksa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh....maafkan daku. ala kak ina....tekan pedal minyak x sampai 10 minit dah sampai situ.

      Delete
  4. ya Allah! mcm sedap je cendol pulut durian! waaahhh! buah feveret tu! tapi, tak penah try cendol pulut durian~ )':

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap banget nih....tu yg beria promo ni. haha..

      Delete
  5. :-) da mcm rancgn JJCM nih :-) sama macam kalau di KL, ada warung mobile yg berhenti di tepi tasik ayer panas, setapak, jual menu yg sama dan mmg sedap la kalau ptg2 minum situ. Tp dia pakai motosikal saja. Yg berniaga 2 orang lelaki muda melayu yg bawa resipi minum ptg dr utara, kedah atau perlis, kurg ingat. Sambutan mmg sgt m'galakkan wpun kami mkn tepi jln/longkang, bermejakan kerusi plastik takde sandar tu. Nyaman. Pendek kata, bkn suasananya yg buatkan naik selera, tp makanannya yg kena dgn tekak kita :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. nak cari yg kena dgn tekak tu yg payah sikit. errr....ini JJCM versi blog. hahaha..

      Delete
  6. boleh try jugak ni..cendol tu meleleh air liur tgk...blogwalking..jon tukar2 link&follow me...:)
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. akak..!!
    rasa mcm banjir dah nur ni..
    terliur sungguh nur tgk cendol durian tu..!

    dah lama nak rasa, tapi tak bkesempatan lagi..
    bila tgk pic akak tu, teringinnya nak rasa..
    tapi kenapalah jauh sgt..huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. banjir? hahaha...
      soryy le. akak citer je ni. nak menganto, jauh sangat. :)

      Delete
  8. Kat sinila sy salu mkn cendol dgn yg tersayang.. Hahaha.. Tp bkn gerai ni.. Yg satu lg tu.. Auwmmm sedapnyeeee!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kul bape datang tu? boleh ai buat2 terserempak. hehe

      Delete
  9. Replies
    1. ha'ah....sini le noh. jom le sesekali lepak kat sini makan cendol.

      Delete
  10. Menyesal I baca dengan penuh fokus :(:( now terliur sudah... mana nak cari. I google segala google pun takkan dapat merasa punya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiii mommy jj.....jauh sgt nun. Nnti balik mesia kalau ke shah alam, meh la cari. :)

      Delete
  11. Murahnya...

    Dulu haku kan yana,.. tak pandai makan laksa, apa lagi aku tak suka bau bunga kantan.
    Tapi sekarang aku dah pndai makan.. sedap...

    Cendol durian vavavavavavava... murah pula tu. Aku suka cendol.. aku suka durian.. jadi memang suka la jawapannya..


    Nong andy

    ReplyDelete
    Replies
    1. nong... ko kannn....
      aku tau je bila bab makan, mesti ko suke. hahaha

      Delete
  12. akak memang best la cendol dan laksa kat tempat tu.. selalu gak pusing pusing kat area tu cari laksa..tempat lain x best sgt..

    ReplyDelete