Pencari kesilapan?








Assalamualaikum wbt....bismillah...

Sape dah tengok movie Escape Plan?
Best gilak, i tell u.
Super genius itu Ray Breslin lakonan Sylvester Stallone.
Letak la dia dalam penjara macam mana pun, mesti dapat keluar punya.


*korang kena tengok movie ni.

Apa kerja si Ray Breslin ni?
Satu kerjaya yang saya tak ingin nak buat.
Bayar la berjuta pun. hahaha.
Kerja dia, memastikan sistem keselamatan di penjara tidak boleh dilepasi banduan.
So, dia kena jadi banduan dan cuba sedaya upaya untuk keluar dari penjara itu sebagai banduan.
Sampai la dia ditempatkan di penjara yang tidak diketahui lokasinya di mana.
Memang best la.
Kagum betul saya dengan pengarah movie yang genius ni.

Ok. Itu movie.
Isnin lepas saya dapat job lebih kurang macam Ray Breslin jugak la.
Dia dibayar berjuta, saya dibayar RM150 je.
Tapi kejap je pon.
Buat keje tak sampai sejam.
Kejenya macam ni.
Saya ditugaskan memeriksa perkhidmatan sebuah bank.
Bank mana? 
Itu rahsia.
Saya konon2nya customer dan ditugaskan menyemak perkhidmatan kaunter dengan menanyakan beberapa soalan kepada staf bank.
Kira macam auditor rahsia le ni. haha..
Syok juga bab mencari kesilapan ni.
Bukan susah pun.
Pengalaman duduk di control room bertahun-tahun banyak mengajar untuk menjadi pemerhati.
Yang itu, saya akan cerita kemudian.

RM150 atas khidmat yang tak sampai sejam, dah selamaaaattttt....

errr....jangan lupa tengok movie Escape Plan, tau. Besttt....

4 Comments

  1. Best nya kerja akak, tapi kalau dapat kerja macam Sly ni pun best jugak aper, kalau dapat la kan hahaha.

    ReplyDelete
  2. Memang best...puas hati tengok.. :)

    ReplyDelete
  3. memang best....memang puas hatiiii..

    ReplyDelete
  4. kerja ala2 perisik yea kak...hehehe

    movie tu, nur belum tgk lagi..kekeke

    ReplyDelete