Jang Ok Jung - Live in Love

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya baru habis melayan drama Jang Ok Jung -Live in Love lakonan Kim Tae Hee.
Memang terbaik drama berdasarkan sejarah di zaman dinasti Joseon ni.
Banyak pengajaran yang boleh diambil, bukan setakat melelehkan air mata. hehe

#Jang Ok Jung yang cun.

Jang Ok Jung dikatakan antara gundik diraja paling cantik di zaman itu.
Walau pun dia adalah gundik, peranan dan penglibatan beliau dalam arena politik istana adalah besar sekali.
(heh....tetibe pulak cerita pasal gundik kat blog ni pulak daaah...hahaha)

Bukan apa, kesian betul tengok nasib perempuan2 istana pada zaman dulu.
Selalu jadi mangsa permainan politik golongan bangsawan dan pembesar di istana.

Jang Ok Jung walau pun gundik dan pernah menjadi permaisuri, menjadi ibu pula kepada putera mahkota, malah yang paling disayangi oleh King Sukjong......di penghujungnya dia mati kerana meminum racun yang diarahkan oleh King Sukjong sendiri.
Giler sedih.
Padahal King Sukjong berusaha untuk menyelamatkan dia.
Tapi pengorbanan dia, dia nak King Sukjong diingati sebagai raja yang paling diingati sebagai raja yang adil.
Jadinya, dia sanggup menerima hukuman itu.

Ok, nak tahu kenapa di dihukum minum racun?
Errr....sape rajin, tengok la sendiri.
Panjang sangat nak cerita. hehe..

Errr.....kalau pemimpin negara kita, sanggup tak jatuhkan hukuman kat isteri sendiri kalau buat jenayah?




7 Comments

  1. tak pernah tengok cerita nie...

    ReplyDelete
  2. Ada online ek, nak tengok la nnt. Hehehe pemimpin negara kita? Kena racun ngan bini ada laaa..opsss.

    ReplyDelete
  3. sekarang astro bagi tayangan percuma untuk chanel hd kan..
    jadi nur dapatlah chanel one...rasanya ada nmpk sedutan iklan ni..
    tapi belum pernah tgk....sbb tu xtau kenapa kena hukum gitu..kekeke..

    setakat ni pun dah dua cerita nur sangkut ni..huhuhu

    ReplyDelete
  4. hehe..review drama la pulak..:)

    ReplyDelete
  5. ingin tau kisah sbnr jang ok jung ni.. dlm cite lain digambarkan die ni jahat. hehhe

    ReplyDelete
  6. Eh jap. Cerita ni dah habis ke ? Ke ada lagi dekat tv ?

    ReplyDelete
  7. maknanya dia dah kantoi la akhirnya yang berkenaan dengan skandal dia frame queen lama tu kan? yg dia minum racun yang dikatakan diletak oleh queen lama untuk membunuhnya tu..ok jung tak jahat asalnya, cuma dia jadi gila kuasa bila dia dapat naik jadi queen sebab masa dia title hamba sahaya dulu, all those bangsawan belah queen lama mmg ludah je ok jung. x setaraf.

    ReplyDelete