Musim buah mangga?

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Dua minggu ni rasa macam musim buah mangga pulak.
Padahal buah mangga bukannya bermusim.
Asyik berjumpa buah mangga punya pasal la.
Kat kampung pun, semua pokok mangga mak berbuah.
Pergi kedai runcit Acheh pun melambak-lambak jual mangga macam-macam jenis.

Sepatutnya hujung-hujung tahun ni musim buah rambutan dan durian.
Tapi peliknya sekarang ni boleh nampak durian sepanjang tahun.
Dah tak musim-musim macam zaman saya kecik dulu.
Hmmm....teringat saya masa kecik dulu saya ikut bangun 3 atau 4 pagi pergi ikut mak dan abang angkat saya mengutip durian kat dusun.

Berulang alik mengangkut guna kereta sorong.
Pagi-pagi lagi peraih datang bawa lori.
Kemain banyak melambak-lambak.
Durian kecik mak yang tersedap tu berharga hanya 0.50 sebiji.
Ya. SEBIJI. (Jangan dok juling biji mata pulak). hahaha..

Ok. 
Kembali ke cerita mangga.

 #tak tau mangga jenis apa. Rasanya lemak-lemak masam. Sedap betul dibuat kerabu. Keruk krak bila makan. Terbaiiikk...



 #yang ni mangga telur. Masa muda masam berdengung. Bila masak, mak aiii....boleh hadap sebesen sorang-sorang dibuatnya. Sedap wooo....
Ada yang panggil mempelam padi, ada yang panggil mempelam telur dan ada yang panggil mempelam pauh. Macam-macam jenis sampai konpius! hahaha..



#haaa....yang ni dapat masa bertugas di tapak semaian hari tu. Pokoknya sebatang je pun. Tapi buahnya kemain meriah. Bedebuk-debuk bunyinya jatuh masa kami buat kerja. Oh yaa.....saya dah jadi macam tukang kebun sekarang ni. hehe...

Apa pun, saya memang suka makan buah-buahan.
Tak kisah la bermusim ke, tak bermusim ke, ada depan mata, saya ngap je. :D
Murah juga rezeki saya sejak akhir-akhir ni.
Alhamdulillah...



Err....sape-sape nak telekung travel yang cute ni boleh sms/watsapp saya di 019-2764682.
Telekung ni terdiri daripada pelbagai warna dan mudah dibawa.
Masuk handbag pun muat. hehe..

Saya memang menyombong sikit kat page tu.
Camne tak menyombong, dari page mana boleh nak pm, kan?
Customer kena pm dulu.
Tapi ramai lagi yang masih tak faham rupa-rupanya.
Tak habis-habis suruh pm.
Adeh laaa.......sabo bebanyak.



9 Comments

  1. wuaaa..kembang air liur tgk mangga tu..hehe...

    ReplyDelete
  2. wah, sedapnye.
    yg kat atas sekali tu buat jeruk best jugak
    meleleh air liur da..huhu

    ReplyDelete
  3. mmg musim skrang ni...
    umah nur byk pelam telur org bagi...
    duk buat nyicah je..sampai ngilu gigi mkn..hehehe

    ReplyDelete
  4. Banjir kami kat sini kakak oi,banjir ngan air liur saya duk meleleh ni. Mangga ada kat sini, tapi nak dapat yg masam ni punya payah, usahkan nak yg berjenis2. Pelam telur tu buat jeruk pedas pedas ya ampunnn tak ngaku kawan ah.

    ReplyDelete
  5. haishh...memang selera teng0k gamb0r mangga tu.
    tapi kat kl ni, takde pulak jumpa buah mangga~ huhuuu... ><

    ReplyDelete
  6. terliur tgk mangga tu.... kena cari ni

    ReplyDelete
  7. Siapa yg mencari pelam telur sila wasap (0175112005)..call terus (0183636563). area kedah sg,petani

    ReplyDelete
  8. Siapa yg mencari pelam telur sila wasap (0175112005)..call terus (0183636563). area kedah sg,petani

    ReplyDelete