Thursday, 28 November 2013

Vietnam, kami datang ! -Part 2 (Itinerary)

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Harga tiket penerbangan ke Ho Chi Minh adalah bergantung kepada pilihan masing-masinglah.
Kalau nasib baik dapat yang murah, nasib tak baik macam kami ni...agak mahal juga.
Semuanya angkara last minute.
Last minit tak juga sebab kami book 3 minggu awal.
Yalah, cuti mak-mak tak sama dengan cuti orang bujang.
Mesti nak kena fikirkan tentang anak-anak, ye tak?
Ok, ini itinerary kami.

#moh memborong kain Vietnam!!!! Ok. semua kain saya tak sempat letak di FB dan Audrra Blossom. Licin!

16 November 2013 (Hari Pertama - Sabtu)
(ikut waktu Malaysia- Vietnam lewat sejam)

9.20 pagi: berlepas ke Ho Chi Minh
11.50 pagi : sampai ke lapangan terbang Tan Son Nhat. Terus beli simcard untuk digunakan di Vietnam. 5 usd untuk 3 hari.
12.45 tgh : Dapatkan teksi Saigon dengan membeli kupon di kaunter untuk pergi dan balik berharga 16 usd. (kes tak terjumpa kaunter kupon Vinasun)
1.45 ptg  : Sampai ke Thanh Thu Hotel. Lif rosak, makanya dihantar ke Tien Anh Hotel.
3.20 ptg  : Selepas solat dan rehat, keluar cari makanan dan terus shopping di Ben Tanh Market. (dapatkan                 segala detail dari Malaysia dulu supaya tidak membuang masa mencari.)
6.45 ptg  :Keluar dari Ben Tanh Market, meronda pasar malam.
8.00 mlm :Cari T-shirt di Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City dan seterusnya ke Trung Nguyen. Try kopi                        Vietnam yang sedap tu.
9.20 mlm : Meronda butik-butik Melayu Champa. Mereka ni la yang jual telekung, tudung dan baju kurung                   sulam manik tu. Semua boleh berbahasa Melayu.
11.50 mlm: Dinner di Restoran Salima. Kami makan Pho dan Jus mangga yang super sedap. Wajib cuba                        menu ni.
1.00 pg : Balik hotel. (kat Vietnam pukul 12, hokeh.)

#saya tak beli pong. Ini beg Elina my fren.


17 November 2013 (Hari Kedua- Ahad)

5.30 pagi  : Bangun solat dan bersiap. 
8.00 pagi  :Turun sarapan di Basiroh. (Kami ambil trip dengan dia.)
8.45 pagi : Coaster dari Tuan Travel menjemput kami di depan kedai Basiroh untuk ke Delta Mekong di My                  Tho.
2.00 ptg  : Sampai Dragon Island. Ada pelbagai kedai kraftangan, persembahan tradisional rakyat Vietnam                    dan naik sampan.
3.55 ptg  : Bergerak pulang ke Ho Chi Minh City.
6.30 ptg  : Sampai ke Thanh Thu Hotel. Semua barang kami dihantar terus ke Thanh Thu Hotel oleh pekerja                  Tien Anh Hotel.
8.35 mlm : Keluar shopping dan cari souvenir. Dinner kat Restoran Salima lagi. Makan Spring Roll Vietnam.
12.30 mlm : Balik hotel.


#Beg kami yang terus beranak-pinak.

18 November 2013 (Hari Ketiga - Isnin)

5.30 pagi  : Bangun solat dan bersiap, bawa turun beg siap-siap dan letakkan di lobi hotel.
8.00 pagi  : Keluar bersarapan dan seterusnya shopping lagi di Ben Tanh Market.
1.30 ptg   : Cari teksi ke Kedai Shamsudin. Makan tengahari dan solat di sana.
3.30 ptg   : Balik hotel untuk menunggu teksi Saigon datang menjemput ke airport.
4.20 ptg   : Naik teksi Saigon menuju ke airport.
6.00 ptg   : Check in di Tan Son Nhat Airpot.
9.20 mlm : Berlepas dari Tan Son Nhat airport ke KLIA.
11.00 mlm : Tiba di KLIA.

Tiada nasihat lain, melainkan kena cari maklumat dulu untuk mendapatkan harga yang kita nak sebab orang Vietnam ni agak kuat menipu. hehe...
Kalau nak senang lagi, ambil je la travel agent.



8 comments:

  1. wow..bestnya...share lah skit..budget yang dikeluarkan untuk ke sana...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

    ReplyDelete
  3. wow...berpinar mata tgk kain2 tu..lawa2..

    ReplyDelete
  4. Kemas itineraralarilari nyer. hehehe seronok shopping.

    ReplyDelete
  5. cantik2 kain tu.. :)

    pasal beg beranak pinak tu..mmg wajibkan..hehehe.

    bila baca aktiviti akak, teringin betul nur nak pegi..huhuh

    ReplyDelete
  6. kain cantik2 puas hati tawar menawar di sana kan..pastikan tgk betul2 ms potong kain@bungkus kain:
    tips lebih lanjut lawati- Tips shopping kain di Vietnam
    farahtravelog.blogspot.com
    sekadar ingin berkongsi pengalaman

    ReplyDelete