Tuesday, 17 December 2013

Cameron Highlands 2013

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Mari kita letak tahun kat tajuk entri.
Kalau dah pegi tiap tahun kekdahnya, kan? hahaha....
Saya memang suka Cameron Highlands.
Tempat sejuk-sejuk ni memang best.
Lagi-lagi tengok pemandangan ladang teh yang indah menawan hati.

Kali ni pegi jalan-jalan di Cameron Highlands dengan Elina & Family pulak.
Meriah cenggitu kalau pegi ramai-ramai.
Best.
Tak de la pakat2 sangat pun dari awal2.
Elina yang dah booking hotel dulu.
Dah alang-alang nak cuti panjang kat kampung, tu yang ingat nak singgah dulu ke Cameron Highlands.

Kali ni saya stay kat tengah pekan Berincang.
Jenuh gak skodeng rate paling murah almaklum la tengah cuti sekolah, harga penginapan di mana-mana pun akan jadi mahal.
Mula-mula ingat macam tak jadi pergi je sebab dapat pesan-pesan yang agak menggusarkan dari orang sekeliling.
Semuanya angkara tanah runtuh tu la.
Pasal hujan la, pasal jalan licin la.
Sudahnya, belum pernah lagi saya nak bercuti ke mana-mana ..
saya kena survey dulu ramalan cuaca!
Loghat betolll....hahaha..
Lepas tu penakut nak book hotel.
Risau takut-takut tak jadi.

Kami singgah di Tapah untuk breakfast, masa tu cuaca masih ok.
Sekali masa dah start naik bukit, turun hujan lebat.
Terpaksa kami patah balik masuk highway sebab encik hubby tak berapa berani nak meredah hujan lebat kat kawasan bukit-bukau.
Saya pun rasa cuak juga.
Tiba di Simpang Pulai, cuaca cerah pulak.
Apalagi, terus naik la.
Masa ni baru saya call Hotel Green Garden di Brinchang untuk booking.
Alhamdulillah....ada kekosongan.
Untuk bilik satu katil saiz queen dan satu katil single, RM108 semalam adalah berbaloi.


#Qisya di pintu sisi Hotel Green Garden. Parking adalah agak seksa di sini. Tapi serba serbi adalah berdekatan. Solat pun kat masjid je. Senang jugalah stay kat sini. Rasa lapar je, boleh terus cari makanan kat sekitar hotel. Tak payah nak rempuh jem kalau stay kat Strawberry Park Resort seperti dulu-dulu.


#lepas makan tunggu hujan reda, mari posing-posing ye anak-anak....

Lepas lunch di restoran Melayu di belakang hotel, tetiba hujan turun.
Stay kat situ dulu sebelum bergerak ke Taman Agro Mardi.
Oh myyy.....last singgah sini pada tahun 1995.
Rasa cantik la pulak.
Seperti biasalah.
Kena bayar tiket untuk masuk.
RM 3 untuk dewasa dan RM 1.50 untuk kanak-kanak.
Banyak bunga cantik-cantik kat sini.
Dan saya dah macam kesawanan mengambil gambar bunga. hahaha...



#Alhamdulillah......takdelah hujan lebat sangat. Ada sedikit gerimis macam tu je masa kami kat sini. Makanya dapat la juga meronda-ronda dengan senang hati sampai bateri kamera kong. Boleh? :D


#tengah jakun tengok bunga-bunga masa ni. hahaha....


#sebelum tragedi Qisya jatuh tersembam. Habis seluar dan baju berselut. Jatuh kat lopak air pulak tu. Memang terbaik.



#Nasib baik tak angkut beg lagi naik hotel. Boleh la nak tukar baju.


#memang banyak bergambar dengan bunga-bungaan kali ni. Meroyan bunga namanya. ekekeke...


Calling-calling dengan Elina dia dah sampai ke Mardi elok je kitorang dah habis solat.
Gigih jugak tu nak mengikut ke Opah Strawberries & Farms yang menjadi destinasi wajib pegi kalau ke Cameron Highlands.
Tapi memang saya recommend sangat-sangat pun Opah punya tempat ni.
Ladang stroberi yang luas, makanannya pulak semua buat teringat-ingat, ko.
Tak percaya, datanglah ke sini.
Ramai promote Raju Hills.
Saya pun sempat singgah ke sana, tapi Opah Strawberries & Farms lebih menawan hati.
Kita pun kalau boleh, support la perusahaan orang Melayu Islam.
Tak gitu?

#depan rumah Opah. Owner Opah Strawberries & Farms. Opah ni jarang senyum tapi jangan ingat dia tu menyombong. Fokus menghidang makanan kekdahnya. hehe...


#hasil camera tak canggih begini la. Tunggu gambo dari Elina yang konfem cantik tu, tak dapek-dapek la pulak. Kang lagi basi la entri ni jawabnya. ....kih kih kih.. errr....tapi masih nampak menyelerakan, betul tak/


#Pai dan scone di gerai Opah dah kehabisan. Makanya berjalan la saya ke kedai sebelah milik anak Opah yang turut menyediakan makanan panas. Tak nak makan ala english punya tea time, mintak la nasi goreng kampung pun ado. Kedai baru ni. Dulu takde pun. Nampaknya makin maju jaya Opah sekeluarga. 

Elina belanje muffin strawberri.
Tq Elina.
Lain kali, jalan sama-sama lagi. hahaha...

Saya dah tulis pasal Opah Strawberries & Farms ni tau.
Link dia kat SINI .

Balik dari Opan Strawberries & Farms, kitorang balik hotel masing-masing.
Malam tu lepas solat maghrib, dinner kat kedai tomyam belakang Hotel Green Garden.
Makan tomyam la jawabnya sebab malam tu sejuk sangat-sangat.
Sampai menggigil dibuatnya.
Jalan-jalan sekejap kat Pasar Berincang beli jagung rebus.
RM 10 untuk 3 tongkol.
Ada brader jual cempedak goreng sedekah buah rambutan gading kat kami.
Sekilo lebih gak kot sebab banyak.
Buahnya pulak memang terbaik la.
Jenis buah baru kot.
Lebih sedap daripada buah rambutan gading yang biasa kita makan.
Lepak kat bilik sambil layan internet la.
Ada wifi free jugak kat hotel ni.

Malam tu memang susah juga nak tido sebab sejuk sangat.
Yang Qisya memang pelik. 
Selamba je tido tak pakai selimut.
Hairan jugak, kulit buaya ke hape dia ni? hehe..
Elina pun bagitau dia rasa nak demam sebab sejuk sangat.
Tapi esoknya tengok dia ok je.
Takde apa la tu.

Esok paginya lepas sarapan, kitorang pakat-pakat nak berombak rindu di Ladang Teh Sungei Palas.
Tea Boh tu la.
Dah banyak kali pergi pun tak jemu.
Maklum la, view ladang teh takde kat Puchong dan Shah Alam.
Haruslah tiap kali datang sini, jakunnya tak sudah. hehe...


#dulu-dulu berdua je....sekarang tu diaaa.....masing-masing tayang perut ke hape......kui kui kui...

#ini bajet cute ke hape? :D Luv u Elina. Sahabat till jannah... :)

Lepas turun ladang teh, Elina check out hotel.
Saya pergi ushar apa yang ada kat Raju Hills.
Ada la kek macam-macam jenis kat situ.
Tapi langsung tak menawan hati.

Makanya terus saya ke pasar Kea Farm membeli sayur dan buah stroberi.
Jadi la beli sikit-sikit bawa balik kat mak.
Itu pun beli sayur yang jarang jumpa macam water crest dengan putik lili tu.
Sayur-sayur dah biasa jumpa, baik beli kat bawah je.
Harga sama je pun.
Idak le nak kata murahnya kalau beli kat Cameron Highlands.

Kami sepakat berjumpa di Rose Valley di Tringkap.
Serius.
bayaran RM4 yang dikenakan untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak adalah berbaloi.
Sangat cantik kot.
Makanya saya menyambung kesawanan snap gambo sana sini.
Especially snap gambo Qisya dan Elina.
Korang ni memang terer bergambo ke hape.
Pelik dengan Qisya.
Saya tak arahkan langsung dia buat gaya macam mana.
Tapi hasilnya memang puas hati bila tengok gambar-gambar Qisya.


#saya tak perasan pun dia memegang bunga kecik warna putih tu. Ini kamera henfon je pun. Kalau DSLR lagi best kot. So, sabar menanti la gambo2 dari kamera Elina.


#maafkan saya. Tertepek banyak gambo sendiri la pulak di entri ni. hehe...


#not bad jugak la kamera henpon ni... 


#seronok sangat lettew....

Berpisah dengan Elina di sini sebab kami melalui jalan Simpang Pulai.
Elina melalui jalan Tapah.
Sebelum balik, kami menyinggah tea time di Ladang Teh Bharat pula.
Best juga kat sana.
Ladang teh yang lebih mesra pengunjung gitu.
Tepi jalan besar dan bukit yang tidak mencabar.
Bersebelahan kafe je.
Tapi harga teh amatlah mahal.
Teh o paling simple pun harga RM8 untuk dua cawan kecik.
Kot-kot la minum kat ladang teh, harga air tehnya murah.
Sila abaikan anggapan sebegitu.
Harga pelancong namanya tu.
Tapi dah sekali sekala namanya, layan kan je la, ekk??


#family portrait di bawah gerbang kuntum morning glory. 

Alhamdulillah...
Semuanya selamat dan menggembirakan.
Trip kali ni memang puas hati dapat pergi banyak tempat.
Dapat bergambar sepuas hati pun ya juga.
Datang banyak kali pun takpe.
Sebab saya memang suka sangat dengan Cameron Highlands.
Nak pergi tempat sejuk kat Europe tu entah bila la nak tercapai, ye dak?
Sampai kat sini pun jadi le.
Ramai kot yang belum pernah sampai.
Haruslah bersyukur.
Haaa.....cenggitu.


#Diorang ni kalau boleh nak datang Cameron Highlands selalu. Suka sangat tengok ladang teh.

Ye lah anak-anak.
Ada lagi kelapangan masa dan rezeki, kita datang lagi, insyaa Allah...



9 comments:

  1. Yanaaaaaaaa...nak stoberi...he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak! entri basi ni kak ina. dah habis le stoberinye. hehe..

      Delete
  2. akak dok plan,kalau kesana lagi..nak dok homestay kat taman sedia tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amik marina chalet kak kamsiah. Jalan kaki je ke opah stoberi farm..

      Delete
  3. Sangat cantik..


    Dan qisya sgt comel


    Nong andy

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai aunty nong..... tima kasih. :)

      Delete
  4. Replies
    1. apa lagi nor. Cuti pjg ni singgah le sana... :)

      Delete
  5. perghh..lengkap cerita sebuah percutian..!
    suka betul nur tgk ank dara akak tu posing..
    kemain lagi..hehehe

    nur belum pernah sampai CH...
    dan baru2 ni spupu pergi, katanya mmg ramai...
    dan dia ada belikan stwberi yg dah dijerukkan..sedaplah..!!

    ReplyDelete