Taman Botani Negara Shah Alam

Assalamualaikum wbt...bismillah....

Blog blogger cantik mestilah cantik isi blognya.
Blog blogger tak cantik macam saya ni, isi blog tak kisah sangat kot cantik atau taknya.
Hahaha....ini bukan merendah diri mengharap simpati tau.
Hanya ayat copy paste seorang blogger tersohor.

Maka dengan itu, mari kita isikan blog kita dengan lebih info untuk dikongsi supaya kandungan blog nampak cantik walau pun si penulisnya tak cantik.
*again.....nak kena sekeh ni. hahaha...

Untuk menjadikan isi entri ini agar lebih sedikit cantik, saya dengan susah payahnya mencari info lain untuk mukadimah entri ini.
Begini..... (*susah payah la sangaaat...ekeke..)

Taman Botani Negara Shah Alam pada asalnya dikenali sebagai TPM yang dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah mula dibangunkan pada 24 April 1986 sebelum dimasyhurkan menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pada tahun 1991. Nama TBNSA sekarang adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada tahun 2007 untuk membangunkan TBNSA menggantikan TPM.

Tujuan TBNSA dibangunkan adalah sebagai pusat kecemerlangan negara dalam bidang pendidikan, penyelidikan saintifik dan pemuliharaan bagi pembangunan botani, hortikultur, pertanian serta bidang-bidang lain yang berkaitan dengannya.
Di sinilah destinasi lawatan saya pada 18 Disember 2013 selepas tahun 1992 dulu yang merupakan kali pertama saya pergi dengan kawan-kawan mengikut rombongan sekolah. Dah lebih 20 tahun kot baru nak datang sini balik.

#tiket masuk berharga RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk warga 55 tahun ke atas & kanak-kanak berusia 6-11 tahun.

Saya ke sini bersama dengan Botanist Dr. Khadijah yang merupakan consultant untuk program Pemetaan Pokok Komuniti Shah Alam yang sedang saya uruskan.
Dr. Khadijah ni merupakan isteri kepada Dr. Jean Joseph Weber yang merupakan pencipta kepada Pericopsis.org iaitu sistem yang akan digunapakai untuk pemetaan selain Arbor Trecker dan GIS.
Ok. Sila-sila ...kalau nak google.
Dah bagi link dah tu.

Disebabkan Pericopsis.org ni adalah sistem open data yang boleh diakses oleh semua orang dari seluruh dunia, saya cerita jugalah dalam blog kot-kot siapa-siapa berminat untuk menyumbang data pokok dia di dalam Pericopsis.org ni kan.
Semua cara-cara ada ditunjukkan.
Dr. Jean Joseph Weber atau nama Islamnya Dr. Yahya ni sangat genius orangnya walaupun payah saya nak faham English yang sangat berslanga Perancis.
Ada dua PhD dan tiga Masters, ko.
Sistem ni pulak dia belajar sendiri.
Padahal takde basic IT pun. huhu.....nanges jap melihat kekurangan diri sendiri.


#pemandangan dah agak suram berbanding 20 tahun lalu yang sangat meriah. Masa tu, Mc Donald dan A&W pun ada kat sini.


#tapi disebabkan musim cuti sekolah, ramai juga yang datang ke sini buat macam-macam aktiviti.

Antara aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di sini ialah :-

- Memancing
- Basikal
- Kayak
- Kolam Renang
- Merentas Hutan
- Skytrex Adventures
- Fly Fishing


# eh eh....termalu jap depa ni. Sorry ek....masuk blog ni. hehe...

Kami menunggu bas kat sini.
Tak larat nak jalan kaki macam zaman sekolah dulu yang cergas gembira je.
Banyak tempat menarik yang terdapat di Taman Botani Negara Shah Alam ni.
Antaranya ialah :-

- Taman Padi
- Taman Haiwan
- Taman Iklim 4 Musim
- Taman Rempah Ratus
- Perkampungan Budaya
- Empangan Sungai Baru
- Empangan Sungai Kuning
- Arboretum
- Taman Kaktus
- Taman Buah-Buahan Tropika
- Taman Kelapa


#cantik gambar-gambar di dinding.


#Saya naik bas ni. Salah satu sebab saya tak dikejar monyet yang Elina kawan saya tu tanyakan. hehe...


#Inilah dia Dr. Khadijah. Botanist kacukan Indonesia dan Malaysia. Sangat humble orangnya. Beliau juga telah membuktikan sesungguhnya lelaki Perancis itu memang romantik. hahaha..... pssttt....sape-sape yang belum kawen tu boleh cari bakal suami orang Perancis. :D


#Taman Botani Negara Shah Alam sedang dalam proses pengindahan.


#errr.....saya nak pergi Paris nun. Jauh la pulak. 10,552 km. Tapi dun worry, saya dah kecek Dr. Khadijah nak ikut dia balik kampung kat France nun. hahaha.....


#Tempat wajib kalau pergi ke Taman Botani Negara Shah Alam.


#Salji baru nak menjadi. Boleh la. Nampak agak real berbanding Snowalk di i-City nun.


#tapi bila Dr. Khadijah cerita dia balik Perancis tahun lepas, winternya mencecah -38 darjah celsius, err....terus rasa macam taknak pergi. Hahaha....boleh beku darah kot. :D


#Memang teruja tiap kali menengok pokok hutan yang berbuah atau berbunga.

Walaupun bidang saya adalah teknikal, tapi saya sangat minat dengan subjek botani.
Score A je kot.
Tapi bila bab design dan kiraan construction memang hampeh.
Saya tiada back ground lukisan semasa memohon kursus Senibina Landskap.
Ianya memang susah.
So, rasa agak tersilap di situ. huhu...
Dan setelah banyak kali spend masa dengan Dr. Khadijah dan belajar banyak perkara dari beliau, jiwa saya meronta-ronta nak jadi Botanist.
Beliau memberitahu, lapangan ini membolehkan beliau melawat lebih 30 buah negara dan minda lebih sihat dan tidak terlalu stress.
Ohhh.....menawan hati sungguh.
Nak jugaaaakkkk.....


#hutan yang semakin nazak.


#apabila Dr. Khadijah memberitahu hutan di Taman Botani Negara Shah Alam ini 'is dying'.....inilah buktinya. Pokok meranti yang sudah tidak bergelar pokok lagi.


#Punca pokok hutan menjadi kering dan mati ialah apabila lantai hutan disapu. Ini menjadikan pokok tidak dapat menahan lembapan dan terdedah kepada kepanasan. Kenyataan yang menyedihkan. Semoga pihak pengurusan memantau aktiviti pembersihan supaya tanah tidak terdedah seperti ini. Eh....saya pulak jadi botanist. hahaha...

Bila saya bercerita pasal pokok yang nak mati ni, jangan rasa susah hati.
Suasana di sini masih redup.
Banyak kemudahan masih ada di sini seperti :-
    - Kolam Renang
    - Surau
    - Gerai-gerai Makan
    - Tandas
    - Tempat Letak Kereta
    - Wakaf / Pondok Rehat
    - Pondok Menunggu Bas
    - Tapak Hari Keluarga
    - Chalet
    - Kolam Memancing
    - Siar Kaki
Meh la ramai-ramai pakat datang ke sini.
Tambah kesedaran tentang pentingnya kehijauan dalam kehidupan.
Didik anak-anak supaya sayangkan tumbuh-tumbuhan.
Kita bertuah sebab ada banyak spesis pokok.
Tengok. Orang luar sanggup datang ke Malaysia beribu batu jauh dari negara masing-masing untuk mempelajari pokok-pokok yang ada di negara kita.
Kita tidak boleh untuk buat tidak endah saja.
Tak gitu?

#terserempak pokok ketumbar yang selalu menjadi sayur utama dalam makanan orang Vietnam.

Tetibe pulak teringat Vietnam.
Cerita di sana belum habis, tau.

Saya pulang dari lawatan singkat saya bersama Dr. Khadijah ke Taman Botani Negara Shah Alam dengan perasaan yang bercampur baur.
Taman ini tidak seperti yang dulu.
Pokok-pokok yang sedang menuju kemusnahan memang menyedihkan hati.
Ya.
Hati saya semakin cintakan pokok-pokok.
Makanya......
Abahhh....jom cepat beli rumah ada tanah tepi. Mama nak tanam pokok!



5 Comments

  1. Mana pokok tu pupus kan Yana...semua berlumba2 buat projek perumahan dekat2 situ...sedihhhh..dulu best sangat2 pegi situ kan...

    ReplyDelete
  2. Ye la kak ina...memang sedih tengok pokok2 besar yang kebanyakannya tinggal daun yg x lebat. Banyak dahan yg mati. Yang tinggal batang je pun dah banyak. huhu....

    ReplyDelete
  3. serius mcm tak percaya shah alam ada lagi taman yg cantik mcm ni..!
    nanti nak pegilah.. :)

    jauhnya nak mencari org perancis..hehehe

    ReplyDelete
  4. wahh bestnya dpt pergi sini! xD
    Dulu, pernah jugak pergi! Ikut Rombongan Sekolah masa drjh 6. Luas kan Botanical Gdn ni? =D Suka sangat masa pergi sini ! <3

    ReplyDelete
  5. Dah lama kak ella tak gi sini dan dlm perancangan nak pegi. Thanks for sharing, Yana

    ReplyDelete