Tuesday, 3 December 2013

Vietnam, Kami Datang! - Part 4 (Corat-coret)

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Seronoknya trip ni sebab pergi dengan kawan-kawan yang melalui zaman remaja bersama-sama.
Zaman belajar kami memang selalu pergi trip bersama-sama di dalam negara termasuklah ke Indonesia dan Singapura.
Bertuahnya kami disebabkan course kami memang ada subject yang memang kena pergi trip dan rakan2 sekelas pula aktif ajak lecturer pegi jalan-jalan atas sebab subjek kursus yang kami ambil semasa belajar.
*ambik kesempatan pun ye jugak. hehe..
Rajinnya classmate saya ni, sampai sekarang suka buat trip ke mana-mana.
Cuma nak join atau tak saja.
So, sape-sape yang suka menyongket macam kitorang ni, boleh la apply course macam kami jugak. hehe..


#yang ni trip dekat2 je. Naik bas pun buruk je. huhu.... Time ni balik dari Taman Alam kat Kuala Selangor. Haih laa.....selebet betul. Baju pun habis kena selut sebab masuk hutan bakau.(1996 Me, Lynn & Elina)


Semasa saya suarakan hajat di hati nak ke Vietnam, pakat-pakat nak join la jugak diorang ni.
Tu yang gigih semua mencari info Vietnam.
Paling sungguh-sungguh si Wai la.
Asyik-asyik terbayang dah ada kat LCCT je tiap kali buka blog. hahaha...
Elina pulak uruskan flight dan hotel.
Lynn pulak....asik 'aku ikut je'. 
Takpe Lynn...next trip yang meletop tu ko pulak yang handle, kan? hehe...
Tapi kira semua sungguh-sungguh la cari info.
Gigih kemain masing-masing untuk memastikan trip ni jadi trip yang takde masalah.
Terima kasih sangat-sangat kat diorang.


#2013 Wai, Elina, Me & Lynn... di LCCT


Penerbangan ke Ho Chi Minh City tak sampai dua jam pun.
Lagi dekat dari Sabah kot.
Tak sempat tido pun.
Elina pulak duduk sebelah Dr. Harlina Halizah Siraj.
Dr. Har pun ada blog juga tau. Blog Dr Har
Patut pun masa tengok dia, eh ehh...macam kenal je...

Saya pulak duduk di tepi tingkap.
Tukar tempat dengan Lynn.
Dia rasa lemas duduk tepi tingkap.
Saya pulak memang suka sebab nak tengok pemandangan dari atas.

#see? Negara orang tak sama dengan negara kita. Harus la menghayati setiap pemandangan. Tak gitu? Masa ni dah hampir nak landing. Tu yang nampak clear tu.

Mula-mula sampai di airport Tan Son Nhat tu, menggagau jugak nak cari kaunter Vinasun sebab nak beli kupon teksi.
Puncanya, kami di offer oleh driver teksi Vinasun jugak tapi dia nak 900k Dong.
Gila. RM130 kot....
Oh nehii...nehiii....mencekik darah betul.
Sebab terasa dah salah arah, kami cuba ke sebelah kanan arah terminal domestic.
Jumpa Saigon Taxi, terus beli kupon.
Saigon pun Saigon la.
Harganya 16 Usd untuk pegi dan balik ke hotel.
Hari nak balik tu, tunggu je diorang datang ambil  depan hotel.
Tapi sebenonya kalau nak lagi murah, naik je bus bernombor 152 depan Burger King tu.
Bayaran hanya 5000 Dong seorang dan 5000 Dong untuk 1 beg untuk ke Pasar Ben Tanh.
Tak sampai RM2 pun.
Kalau lagi sekali datang sini, nak naik bas je. hehe...


 #eh tapi sebelum tu, beli terus simcard Vietnam kat airport. Harganya 5 Usd untuk 3 hari. Unlimited internet. Tapi setiap hari kena hantar sms ke satu nombor tu untuk aktifkan telefon. Penting untuk berwassap sana sini.


#ok. Tengok betul-betul. Hanya Saigon, Vinasun dan Mailinh sahaja ye. Pastikan bermeter kalau taknak kena tipu hidup-hidup dengan diorang ni.


#driver teksi kami yang pertama dan paling ramah. 

Dia ni driver teksi Saigon. 
Tak ingat nama dia. 
Tapi pandai nak mengepow kitorang jugak tau. 
Cakap Malaysia ni bagus la. 
Siap tulis atas kertas 'saya cinta kamu' la. 
Last-last nak duit kertas RM5 konon-kononnya cantik bebenor. 
Nak buat koleksi katanya. 
Haisshhh.....macam la kitorang tak tau itu salah satu cara nak mengepow. 
Tapi Lynn bagi jugak la RM1. 
Bukan sebab dia minta tapi dia ramah sembang dengan kitorang. 
Dan ternyata hingga di akhirnya, mamat ini la satu-satunya driver teksi yang peramah dan pandai juga la berbahasa Inggeris. 
Yang lain semua haru. 
Satu haram pun tak faham melainkan duit. hahaha.....

Maka sambil menyembang, terus la snap-snap gambo kat luar.
Fefeeling pelancong katanya. hahaha...

Pandangan pertama saya, tengok orang Vietnam yang kebanyakannya kecik molek naik motor dan skuter.
Stress maakkkkk.....jeles tengok diorang slim belakanya. huhu....
Jumlah motorsikal dan skuter di jalanraya memang luar biasa jumlahnya.
Bangunannya pulak semua kecil bukaannya memanjang ke belakang.
Ok. Nanti saya cerita kenapa.
Jom layan pemandangan sepanjang perjalanan ke hotel.













 #Bangunan ni macam bangunan rebung TM je. Paling tinggi di Ho Chi Minh City kot.


#Hotel Thanh Thu yang memiliki keadaan yang sama macam kebanyakan bangunan di Ho Chi Minh City. Bukaan yang kecil dan memanjang ke belakang. Tengok je pun rasa lemas.


Tapi malang nasib kami, lif Hotel Thanh Thu rosak la pulak.
Terpaksa kami dipindahkan ke hotel lain.
Tien Anh kot namanya kalau tak silap.
Tak best pun kat situ.
Esoknya.....Balik dari Mekong, tengok-tengok barang-barang kami semua dah takde.
Rupa2-nya dah dihantar ke Hotel Thanh Thu.
Nasib baik malam tu sempat juga berkemas beg.
Sabo je la.

Tapi bila sampai di Hotel Thanh Thu, lega tengok keadaan bilik.
Besar, luas dan selesa untuk kami berempat.
Bilik mengadap jalan lagi.
Boleh ushar kedai-kedai kat bawah tu dah buka ke belum.


#Ok tak?

Baring-baring je terus tido.
Elina je kemas barang sorang-sorang. hehe..




8 comments:

  1. wieeee sonok sonok, citer la lagi.

    ReplyDelete
  2. Bilik tu mmg nmpak bersih n selesa

    ReplyDelete
  3. bukaan kecil..memanjang kebelakang...kenapa yea..
    xsabar nak tunggu next entry...

    pernah baca mgenai vietnam..penunggang motosikalnya mmg luar biasa byk...huuhuhu

    ReplyDelete
  4. uik..cenggane menara rebung leh ada kat situ?
    peminat hello kitty+pink blogwalking sini n follow skali~

    ReplyDelete
  5. syyhh..Yana..sesekali melencung bersama geng2 sekepala,tanya cik abg..teramat la syoknya hehe..pemandu teksi tu hensem la..:P

    ReplyDelete
  6. wah bestnya... ni mesti shopping byk gila kan heheh

    ReplyDelete
  7. bila sampai ke sana rasa cam x mau p dah.. dah 2 ..3 ari di sana rasa cam x mau balik plak kan.. hehe

    ReplyDelete