Tuesday, 31 December 2013

Vietnam, Kami Datang ! - Part 6 (Shopping)

Assalamualaikum wbt...bismillah....

Vietnam memang hebat dalam membuat barangan tiruan.
Macam-macam barang tiruan boleh dijumpai di Ho Chi Minh City.
Pakaian dan kasut paling ketara.
Disebabkan makin ramai pelancong di Ho Chi Minh City, terdapat juga Saigon Square 1 dan Saigon Square 2 yang lebih luas di mana terdapatnya jualan jenama-jenama pasaraya.
Tapi saya tak pergi pun sebab tujuan utama bukan untuk shopping baju. hehe...

Jualan kasut pun banyak juga.
Lokasinya di Shoes Street 1 (Ly Chinh Thang) dan Shoes Street 2 (Luu Van Lung).
Google je.

Rakyat Malaysia ni suka menginap di area Pasar Ben Thanh saja.
Termasuklah kami.
Kali pertama la katakan.
Tak berapa pandai lagi nak explore jauh-jauh.
Lagi pun, kat situ je la yang banyak kedai makanan Muslim.


#memang femes le 'CHO' kat Vietnam ni. Pasar ben Tanh ni dipanggil Cho Ben Tanh. Entah apa maksudnya. Pasar kot. hahaha...



#macam ni la keadaan di dalam Pasar Ben Tanh tu. Naik sawan jap tengok kain cotton cantik-cantik. Harga murah pulak tu. Kat dalam ni punya la ramai rakyat Malaysia sampai peniaga kat sini pun ramai yang boleh cakap Melayu.


#lorrr...sape amik gambo ni ye? Bergego abes nih. Tapi ini je gambo kedai kasut yang ado, tepek gak le. memang pening nak buat pilihan.



#yang ni pulak kedai pelbagai topi. Macam-macam topi ada.

Pasar Ben Tanh ni pun banyak juga kedai jam tiruan berkualiti tinggi.
Kawan-kawan saya pun pakat membeli jam kat situ.
Tapi depa tak pe la.
Pangkat beso, gaji beso....pakai jam tiruan pun takde sape nak ngata.
Original aje.
Cuba saya.
Dari jauh dah orang kata, "alaaa....jam tipu le tu." hahaha...


#di luar Pasar ben Tanh yang juga merupakan tapak  pasar malam yang beroperasi bermula jam 7.00 malam sampai tengah malam.



#di pasar malam, harga jualan lebih murah berbanding di dalam Pasar Ben Tanh tu. Cuma kena pandai memilih dan tawar menawar.

Tips utama membeli-belah di pasar malam ialah.... jangan terus membeli di gerai pertama yang kita jumpa.
Sila survey dulu gerai-gerai lain kerana bimbang menyesal bila tertengok barang yang sama tapi harga jauh lebih murah.
Tapi tak rasa apa pun yang special kat pasar malam ni.
Feeling pun macam kat Malaysia je rasanya.
Dah ramai sangat orang kita kat situ.
Saya pun tak faham.
Best sangat ke Vietnam ni sampai macam destinasi orang Malaysia wajib pergi?
Mesti tak lama lagi, makin mahal la harga barangan kat Vietnam tu.


#Destinasi wajib pergi juga katanya. Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City. Kalau jumpa sesiapa pakai t-shirt Hard Rock Cafe Vietnam, itu adalah tipu semuanya. Original hanyalah Ho Chi Minh City atau Saigon saja. 


#punya la lama diorang ni memilih t-shirt macam banyak sangat pilihan. Saya dah naik keboringan menunggu. Nasib hidung tak kuar asap. hahaha...




#nasib baik rembat banyak helai jugak. Idok jadi le nak marah. Entah apa special sangat t-shirt ni idok le tau. Harga udah le kemain mahal melampau. Saya beli yang tiruan seploh hengget je. Tipu-pun tipu la. Asal boleh je. ngeee...


Ada banyak lagi pasar borong.
Tapi u olls kena pergi dengan orang Vietnam.
Diorang kat pasar-pasar lain tak pandai cakap melayu.
Jenuh ko nanti nak bermuamalat dengan diorang.

Last but not least,
Tentulah shopping telekung bagai.
Kat sini banyak butik orang Melayu Champa dari Kemboja.
Terus-terang, sulam telekung Vietnam adalah sangat terkebelakang berbanding sulam Indonesia.
Tapi di Vietnam, telekungnya semua guna material tebal.
Tak jarang kekdahnya.
Untuk telekung lycra, banyak jenis juga rupanya.
Ada banyak butik, pilih sajalah.



#Ini butik Kamariyah. Tu haa....yang tukang lipat telekung tu. Siapa-siapa berbadan besor dan tinggi...telekung di sini adalah pilihan terbaik sebab koleksi telekung lycranya semua labuh. Tengok yang tergantung tu pun dah tau, ye dak? Yang berposing 3 orang tu jangan tengok. Posing je lebey. hahaha...



#yang ni kat Basiroh. Ramai kot dah yang tulis pasal Basiroh macam dah takde kedai lain. Dun worry, banyak butik lain yang peramah juga melayan.


#tudung botingkek-tingkek


Pasal tudung pulak, kebanyakan butik semasa saya ke sana hanya menjual jenis tudung Fareeda ni ha.
Harga di antara RM15-25.
Lawa-lawa juga.
Pandai-pandai la memilih ye u olls.
Kepada yang nak ke sana, Selamat bershopping di Ho Chi Minh City, Vietnam!




8 comments:

  1. oooh mai ai, syurga KASUT! wooo..

    ReplyDelete
  2. alahai bestnyeeee. bile la turn sy ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. Ken selalu tengok flight yg offer harga mursh.

      Delete
  3. Menarik... mmg menarik. Bgus n3 ni yana. Boleh buat rujukan.


    Nong andy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko jgn lupa trip aku nnti tau. Aku nak ko amik cuti. Hahaha

      Delete
  4. nak gi lagi. lagi. dan lagi. tak kira la korang nak ke tak nak tapi i nak. I nak makan bingka mak Asisah. nak makan Pho. nak. nak. nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti la nak. Kena habiskan jualsn dulu.

      Delete