Thursday, 31 January 2013

Resepi Cucur Sayur

Saya memang pencinta cucur tegar.
Bukan cucur atap ye. 
Tapi cucur yang mat salleh panggil fritters tu.
Paling feveret, cucur kentang dan cucur jagung manis.
Mak aiiii, sebesen kecik boleh habis sorang-sorang makan sambil layan drama.
*tak ngaku besen besor pun boleh habis. hahaha...

Disebabkan Qisya dan Amsyar pun suka makan cucur,
saya olah cucur udang saya menjadi cucur sayur.
Mereka ni kurang sangat makan sayur, tapi bila letak dalam cucur layan kemain.
Tak perasan kehadiran sayur gamaknya.
Mari saya kongsi resepi cucur sayur saya.

Bahan-bahannya:

1kg tepung gandum
1 biji telur
4 biji cili Thai /ikut suka mengikut kepedasan yang diinginkan
2 biji bawang besar (potong dadu)
Segenggam ikan bilis
1/2 kiub ikan bilis
8 ketul fish cake bentuk bantal jenama AAA/ Mushroom (potong kecil)
1/2 biji bunga kobis
(sayur ikut suka tapi saya suka letak 2 batang celery yang dihiris nipis-nipis)
air secukupnya
garam secukup rasa.

Cara-cara:

Telur, cili dan ikan bilis dikisar.
Tuangkan ke dalam besen/mangkuk yang telah berisi bahan-bahan lain yang telah dicampur.
Tambah air secukupnya dan gaul rata-rata.
Setelah cukup rasa garamnya, silalah goreng hingga masak.


 #Sila gaul rata-rata



#Cucur tak berapa colorful sebab sesi (eh sesi?) cucur yang ni tak letak sayur yang berwarna-warni.


Ok. Nak cerita sikit penggunaan fish cake pengganti udang segar ni.
Saya menggunakan fish cake yang berbentuk bantal tu.
Tak kisahlah guna cap Mushroom atau AAA.
Serius sedap! 
Rasa macam udang pulak.
Tapi tu la, saya google tak jumpa pulak gambar fish cake bentuk bantal tu.
Silap tak snap.

Lepas tu sayur wajib yang saya gunakan ialah celery.
Mesti letak sekurang-kurangnya 2 batang beserta daun-daunnya.



#wajib bubuh dalam cucur.


Kenapa beria-ia benar dengan celery?
Bukan setakat rasanya yang sedap, khasiatnya terlalu banyaklah.
Paling best, sebagai penurun tekanan darah.
Tu yang kalau boleh, semua masakan sayur nak letak celery.
mana taknya,,,,lasak si Qisya boleh dapat darah tinggi wooo.... hahaha...

Eh...bebel ke lain pulak.
Berbalik kepada cerita cucur tadi kenapa buat banyak.
mesti hairan kenapa saya bancuh cucur sayur sebesen yang agak besar.
Simpan dalam peti ais le.
Nanti time lapo, tinggal goreng je.
Kan senang?
keh keh keh.....

Sekian laporan cucur. :)



Wednesday, 30 January 2013

Lepak santai di Pullman Lakeside, Putrajaya

Sebenarnya tiada plan pun nak ke sini.
Tetiba je adik-adik ajak ke sini lepas makan-makan di Padi House.
Anak-anak kalau dah nampak air tu, mana tahan.
Mula-mula je main rendam kaki dan randuk air.
Si Amsyar konon-konon terjatuh dalam air, habis basah seluar.
Lepas tu semua selamat masuk dalam air.


#Bagus betul ada pasir pantai di tepi tasik buatan ni. Takde la melengas dengan air laut.



 #Mula-mula sampai, test randuk-randuk air dulu.



 #Rombongan Cik Kiah ke pantai Pullman Lakeside, Putrajaya.



 #Qisya dan Ireen bantai pakai diapers je. Sudahnya tak mampu diselamatkan lagi akibat berat sangat menampung air. haha... Tapi saya cepat-cepat rescue tau, terpaksa pakaikan balik legging dia. Biarlah tak pakai diapers masa on the way balik tu, rumah aunty unclenya dekat je kat situ.



 #Mengadap anak-anak main air. Punya ramai la orang fotoshoot kawen, model baju-bajan kat tepi pantai Pullman Lakeside Putrajaya ni.



#Umi dan Ariq. Qisya yang bergumbira.


#Sebelum bergerak pulang. Cantik juga Pullman Lakeside Putrajaya ni. Seronok lepak-lepak kat sini dengan family. Lain kali kalau datang lagi kena prepare baju mandi budak-budak tu.



#Mandikan anak-anak sebelum balik. Punya banyak pasir atas kepala Qisya. Jenuh juga nak keluarkan sebab rambut kerinting dia tu. Balik rumah aunty di Presint 5 berseksi-seksian. hahaha....





Tuesday, 29 January 2013

Riang Ria di Padi House, Putrajaya

Hujung minggu mari lepak-lepak bersama-sama family dan makan di tempat-tempat best.
Alang-alang dah melepak di rumah adik ipar di Putrajaya, jom cari tempat makan yang best.
Kali ni saya cadangkan untuk u olls Padi House cawangan Putrajaya yang sesuai sangat nak lepak-lepak sambil makan tak pun buat macam kami ni. Riang ria kat situ macam berhari-raya. hahaha... (psssttt....tapi berbayar le..)

 Cawangan Padi House di Putrajaya kunjungan kami ini beralamat:

Padi House,
Galeria PjH, Jalan P4W,
Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.


 #Mula-mula sampai pun macam berhari-raya je suasana riang-rianya. Mummy daddy kena tengok pic ni. Tengok si Ireen tu ha. ekeke...


 #Tapi takpe. Qisya datang hulurkan tangan sambil berlarian bersama-sama. ecewaahh...


 #Konsep Padi House ialah Malaysian Variety Cafe Restaurant. Di Padi House Putrajaya ini, bukan setakat menunya yang pelbagai, tempat duduk pun pelbagai juga. Tengok ni, sangat comfy, ok. Ada susunan pokok-pokok Scindapsus Aurieus dalam pasu-pasu kecik. Menyejukkan mata yang memandang.


#Padi House Putarajaya turut menyediakan pelbagai jenis kek yang menarik. Harganya di antara RM6-RM10.90 per slice. Memang sedap-sedap semuanya.


#Tapi inilah yang paling menarik perhatian dan menggamit anak tekak yang meronta-ronta nak rasa. Namanya Macadamia Cheese Cake. Harganya RM10.90 satu, ye.


#Sebelum makanan sampai, mari posing-posing dulu.


#Yang menjadi pilihan saya. Cappucino yang agak pahit. Lavazza pun ada tau. Cubalah kopi-kopi berperisa ni. Mana tahu kot-kot ada yang sesuai dengan selera u olls.


#Macadamia Cheese Cake dan pelbagai jenis kek pilihan kami di petang itu.


Harga menu utama adalah di antara RM12 -RM25.
Semuanya tidak mengecewakan.
Dari menu citarasa Malaysia hinggalah ke Western, semuanya adalah terbaik.
Anak-anak makan nasi goreng Seafood.
Tak sempat snap habis licin di pinggan.
Memang puas hati.
Layan pulak beberapa jenis menu Western di Padi House yang menjadi pilihan adik-adik.


#Spagetti



#Di bawah cheese tu ayam grill. U olls cuba menu ni. Memang sedap.



#Nasi goreng bercheese macam lasagna. Terbaik jugalah.



#Rombongan cik kiah ke Padi House Putrajaya. hehe..


Memang santai sungguh kami di Padi House Putrajaya ni.
Lain kali boleh datang lagi.
Buat birthday party kat sini, ke...
Boleh ye bah??? hehe....






Friday, 25 January 2013

Bariani Kinrara Kafe, Puchong

Assalamualaikum..

Siapa di sini yang suka makan nasi bariani tapi nak rasa santai seperti berada di suasana cafe?
Saya nak cadangkan anda cuba masakan Nasi Bariani dengan pelbagai set lauk pilihan di Bariani Kinrara Kafe.


#alamatnya : No. 2, Jalan BK 5B/3, Bandar Kinrara, Puchong.
(berdekatan Sekolah Menengah Seksyen 3, Bandar Kinrara)


#menu


Pelbagai set nasi bariani terdapat di Bariani Kinrara Kafe ini.
Pilih saja lauk pilihan berasaskan ayam dan kambing untuk gandingan nasi bariani anda.
Semuanya menyelerakan.\



#suasana dalam Bariani Kinrara Kafe.


#wah....boleh peluk-peluk kusyen di sofa empuk lagi. 


#Hiasan dinding Bariani Kinrara Kafe dengan gambar hidangan yang menarik.


#beginilah set nasi bariani tersebut. Menyelerakan.


#kalau datang di sini dan nak lepak dengan kawan-kawan tapi bawa anak-anak, jangan risau akan kebosanan anak-anak. Bariani Kinrara Kafe berhadapan playground! Best, kan?


Kemudahan parking adalah selesa.
Sila ajak kawan-kawan, kaum kerabat sahabat handai dan saudara-mara cuba nasi bariani di sini.
Pasti tidak mengecewakan.


p/s: kebaikan khasiat minyak kelapa dara bukan rahsia lagi. Dapatkan minyak kelapa dara/VCO Softgel Catalyst pada harga istimewa melalui inbox saya di FB atau sms 019-2764682. Berminat menjadi ejen amatlah dialukan. 

Thursday, 24 January 2013

Fadhilat Berselawat

Salam Maulidurrasul....
Semoga di hari yang berkat ni, selawat sentiasa dilafazkan....saling mengingati untuk rajin berselawat.
Mudah-mudahan kita semua mendapat syafaat daripada junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak.
Terlalu banyak fadhilat berselawat ini.
Di sini saya kongsikan 30 fadhilat berselawat.



1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

Sumber : DI SINI


Begitu banyaknya fadhilat berselawat ni, rugilah jika tidak kita amalkan.




Wednesday, 23 January 2013

Penghabisan stok telekung cantik

Assalamualaikum...

di sini saya nak mewar-warkan penghabisan telekung cantik koleksi Audrra Blossom .
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan telekung cantik ni, silalah inbox saya atau Audrra Blossom.
Sms pun boleh. 019-2764682.








Semua cantik-cantik pada harga yang menarik.
Telekung-telekung ini semua terdiri daripada pelbagai jenis material dan harga.
Sila inbox saya atau Audrra Blossom untuk details ye.
Terima kasih sudi baca.




Sudi-sudikanlah 'Like' page Audrra Blossom



Monday, 21 January 2013

Cinderella Malaysia

Assalamualaikum...

Tiada cerita menarik sepanjang minggu ini.
Kepala memikir macam-macam tapi idea tak keluar-keluar untuk entri blog sampailah saya terpandangkan gambar Dr Halina yang baru saja bersalin anak kedua.

Credit : Blog Dr Halina

Tahniah dengan kelahiran baby kedua. :)

Saya kagum dengan life Dr Halina ni.
Cantik, berkerjaya bagus, dapat suami hebat, anak pun cerdik....ermmm..
Sebijik watak heroin dalam novel, kan?
Adam Hawa versi realiti kot. hahaha...

Lepas tu siapa lagi ya?
Siti Nurhaliza pun boleh masuk juga kategori ini.
Susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Dia juga ada pakej yang agak sama... cantik, berada di puncak kerjaya dan bla bla bla lagi..

Ok.....kepala dah blank lagi tak dapat nak fikirkan.
Siapa lagi ya? Next.....




Friday, 18 January 2013

Bersyukur dan duduk diam-diam!

Assalamualaikum...

Selain listen listen, ada kisah lain diajar kak pah.
Dia suruh bersyukur.
Ya betul.
Bersyukur adalah sesuatu yang dituntut agama.
Tapi dari konteks yang bagaimana ya?
Kau kena bersyukur dan duduk diam-diam.
Kalau kau bersuara, itu maknanya komplen.
Komplen maknanya tak bersyukur.
So, bila ada sesuatu yang berlaku dan tidak memuaskan hati, hatta menindas kau di sebalik senyuman...
kau kena diam ....diam!
Bersyukur, bersyukur dan bersyukur.
At least kekejaman yang dilakukan terhadap kau tidak melibatkan darah macam di Syria, macam di Palestine.
Siap senyum-senyum, kata-kata manis dan janji beserta sedikit cenderahati dan makan makan....hati kau sudah terpedaya.
Alhamdulillah...bersyukur.
Negara ini aman, kau sihat walafiat, family kau sejahtera...kau kena bersyukur.
Heh, begitu ye?
kau sedang dilenyek dan diperbodohkan, kau kena bersyukur.
Bersyukur, beb. Bersyukur.


#mak saya berjaya mengekalkan harga ais krim Malaysianya pada harga 10 sen berdekad lamanya. 


Maka saya kembali melihat ke masa silam.
Selama 11 tahun iaitu dari darjah satu hingga Tingkatan 5 perbelanjaan saya hanya 40 sen sehari.
Tak pernah komplen. Dah rezeki macam tu.
Bersyukur dan bahagia je rasanya.
Oh, masa tu belum faham sebab bukan saya yang mencari rezeki.
Dan kini saya pulak yang mencari rezeki.
Saya mula rasa banyak perkara berlaku kepincangan yang boleh diperbetulkan kerana ia melibatkan pendapatan saya.
Malangnya saya hanya rakyat marhaen dan tiada tempat untuk bersuara melainkan kawan-kawan dan keluarga.
Kuat komplenkah jika saya bersuara?
Tidak bersyukurkah saya?
Di manakah pandangan kita jika ada keluarga atau kawan-kawan yang mengadu tentang masalah hidupnya?
Nak suruh dia keluar dari Malaysiakah?
Tak bersyukur katanya... meh kita tendang dia keluar?
hoho....kalau cenggitu, sebijik macam Kak Pah.

Kau dah hidup selesa, jawatan tinggi, bergaji besar....lepas tu nak sound-sound orang yang lebih susah supaya bersyukur. Kemainnnn.......




Wednesday, 16 January 2013

Kain pasang untuk Border Lace

Assalamualaikum...

Saya dah mulakan operasi mencari kain pasang untuk dipadankan dengan border lace jualan saya mengikut citarasa pelanggan.
Kadang-kadang customer ni tak tahu nak padankan border lace pilihan mereka dengan kain yang sesuai.
Masing-masing ada citarasa sendiri.
Nak beli yang dah siap-siap satu set, kebanyakannya berlining.
Makanya saya menawarkan perkhidmatan sebegini khusus untuk semua pelanggan border lace dari Audrra Blossom .
Pilih border lace dan nyatakan jenis kain yang diminta.
Insya Allah saya akan tunaikan satu persatu.
Sebagai contoh, saya telah memadankan beberapa pasang kain dan border lace untuk customer saya hari ini.


#pilihan customer Audrra Blossom yang telah pun siap dipos tadi.

Cantik-cantik,kan?
Semuanya hasil perbincangan dan harga pun boleh runding.
Best tak gitu?


Contoh-contoh baju kurung menggunakan border lace.
#Credit : FB


Dapat pakai border lace dengan jenis material kain yang disukai,
harga pun mampu milik, mestilah puas hati.
So, sesiapa yang berminat boleh inbox saya atau pm Audrra Blossom di Facebook.


Terima kasih sudi baca.
Luv,



Saturday, 12 January 2013

Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2012

Disebabkan drama tempatan kini semakin tinggi mutunya,
jalan cerita pun memang menarik setiap sekali...
jadinya di tahun 2012 saya adalah menjadi penonton drama Melayu yang agak setia.
Tak dapat menonton di tv, saya gagah layan di Tonton atau dailymotion.
Memang terbaiklah drama-drama Melayu.
Kalau dipromosikan lebih giat, silap haribulan lagi best dari drama negara-negara lain.
*cuma saya sangat menyampah dengan penggunaan rumah yang sama berulang-kali. Sila take note wahai pengarah sekelian.

Dan saya juga buat pertama kali join menghantar borang untuk peraduan ABPBH 2012 ni.
makanya saya nak buat sedikit analisa tentang calon-calon kategori pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2012 di mana empat daripada mereka memang mendapat undi saya. 
Tahniah kepada Fasha Sandha, Izara Aishah, Nabila Huda, Neelofa dan Siti Saleha kerana tercalon.
Memang layaklah tercalon sebab populariti.
Kalau bab bakat, mari kita analisis sikit.
ecewaahh....analisis le pulak. ekeke...
Ok. Lets start... (lapangkan dada dan jangan emo dengan pandangan saya, ok...hehe)


#Fasha Sandha

Pada saya, Fasha Sanda adalah artis yang kuat semangat dan berdisiplin tinggi. Menjadi pilihan pengarah selalu, maka banyak drama lakonan beliau tersiar di tv. Selain kisah peribadi yang sering mengundang kontroversi, deretan drama lakonan beliau masih belum ada yang betul-betul melekat di ingatan saya melainkan drama Natasya. Tapi paling tidak boleh dinafikan, Fasha Sandha adalah pelakon drama TV yang popular.




#Izara Aisyah.

Izara Aisyah ni kalau berlakon drama yang sweet-sweet ala drama Korea memang sesuai. Memiliki raut wajah yang agak garang tapi comel memang sesuai sangatlah dengan watak agak keanak-anakan. Populariti Vanilla Coklat menaikkan nama Izara Aisyah dan buatkan saya teringat akan beliau seiring dengan nama Vanilla Coklat. Watak antagonis dalam drama Sofiyya pun agak menjadi juga. 



#Nabila Huda

Sangat jelas sebab saya memilih Nabila Huda. Belum ada lagi pelakon drama wanita yang buat saya terkesan sangat dengan watak lakonan mereka. Nabila buat saya asyik terfikir-fikir akan nasib wanita bernama Julia watak lakonannya. Saya tak nampak Nabila tapi Julia yang tersangatlah Julia. Sangat mengesankan. Kalaulah anugerah ini bukan anugerah popular tapi anugerah pelakon terbaik, sudah pasti Nabila Hudalah pemenangnya. 



#Neelofa

Maaf. Tiada lakonan Neelofa yang terkesan dihati. Jadi saya tak undi beliau. Tapi beliau selalu keluar TV. Macam-macam drama, macam-macam kontroversi. Tidak dapat dinafikan beliau adalah popular. Nama pun anugerah bintang popular, makanya saya tak hairan beliau tercalon sampai tiga kategori.



#Siti Saleha

Nora Elena dan Terlanjur Cinta adalah antara drama lakonan Siti Saleha yang melekat diingatan. Agak malangnya, dua-dua watak tu kena rogol. hehe... Tapi kesungguhan Siti Saleha membawa watak Nia sangat mengesankan. Boleh maju lagi ke depan. :)


Gigih juga cari gambar menutup aurat. hehe...
Kak Kamsiah pesan kita dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita tulis.
Saya pun bukan peminat tegar atau best friend mereka ini.
Nak tulis lebih-lebih takut tersilap pulak.
Kepada calon-calon Pelakon TV Popular ABPBH 2012, good luck la ye.
Ini je la yang mampu saya tulis sebagai si penghantar borang peraduan.
Harap-harap jadi pembaca bertuah...ekeke...