Thursday, 28 February 2013

Muzium Negara mengundang nostalgia

Assalamualaikum...bismillah..


Kali pertama saya ke Muzium Negara ialah di zaman persekolahan.
Masa tu mengikut rombongan sekolah melawat KL.
Kiranya dah lebih 20 tahun saya tak ke Muzium Negara.

Balik dari AEON Big tu terus ajak encik hubby ke sana..
Lagi pun Amsyar dan Qisya belum pernah masuk Muzium Negara lagi.
So, kali ni bagi can la kat diorang.
sambil jalan-jalan, sambil tambah ilmu kekdahnya.
Happy kemain la apa lagi budak dua orang tu.
Tambah-tambah si Qisya yang suka perati sesuatu yang baru.
Memang tak rugi bawa dia ke tempat-tempat macam ni.

Maka encik hubby pun membuka cerita sebaik sahaja masuk ke laman Muzium Negara..
"Teringat dulu masa Hari Kanak-kanak Sedunia, Abah bercerita tentang Kisah Raja Brooke kat sini. Masa tu dengan Hj Jamali Shadat...masuk tv. Ramaiiii sangat orang masa tu..." sengih je saya.
Tak pe la....orang KL ada can le join event2 macam tu, ye tak?
Saya di zaman tu ronda kampung je....hehe...

Saya biarkan encik hubby bercerita.
Mesti tengah layan nostalgia dia le tu...lantak.
Saya pulak memang suka pergi tempat-tempat macam muzium ni.
Nak tau sejarah-sejarah lama.
ermmm.....gamaknya si Qisya terikut perangai saya jugak kot. hahaha....

Ok. Jom saya share sikit gambar-gambar dari sana.
Tak sempat nak resize atau watermark gambar.
Kursus daaa.....


 #sekarang ni sedang diadakan pameran topeng di Muzium Negara.



 #Sejarah Muzium Negara.



 #Qisya pun menyibuk nak memanjat....



 #Pintu masuk.



 #Bukti dah bawa abang dan adik kat sini...



 #cepat teka ini pokok apa...












 #Canggih la... 3D...



 #Memang suram je dalam ni. Bab suram tu saya tak berapa berkenan. Sudah la banyak tengkorak dalam ni. Perak Man pun ada kat sini, tau. Kira dah bertentang mata le saya dengan dia... erk!!?



 #Suram-suram pun tak payah la risau. Memang ramai sangat pengunjung kat sini..


Paling mengharukan perasaan kerana banyak artifak di sini berasal dari negeri Perak.
Bukan setakat Perak Man yang sangat terkenal tu tapi pelbagai barang yang pernah digunakan oleh orang pada zaman dahulu ditemui di Perak.


   

#Ini contoh ye. Perahu Sagor ini ditemui di mukim kelahiran saya. Sangat besar ok. Kalau sebatang balak cengal digunakan untuk membuat sampan ini, berapakah harganya agak-agak? 






 #ini lagi satu. Bukan setakat labu Sayong yang femes, rupa-rupanya ada juga yang diperbuat daripada tembaga dan perak dan dipanggil Bocong. Oooo.....baru nak tahu....




 #contoh-contoh senjata orang zaman dahulu.



 #lenguh berjalan, boleh berehat di cafe yanga terdapat di kawasan muzium. Macam-macam makanan ada kat sini. Restoran ada aircond pun ada di sebelah dalam. Boleh nak order makanan ala carte.



#Istana Satu dari negeri Terengganu..


Hoho....jenuh menapak wehhh....
Qisya pun dah start nak buat perangai masa ni sebab terlampau letih ....
Tapi memang enjoy la sebab dah lama tak pergi katanya.... :D




Wednesday, 27 February 2013

AEON Big Riverwalk Village

Assalamualaikum....bismillah...

Hujung minggu adalah hari menyongket sekeluarga.
Walaupun encik hubby ada appoinment, saya dengan anak-anak akan mengikut juga.
Mana boleh, masa tu la nak bawa anak-anak jalan-jalan, kan?
Kebiasaannya saya dan anak-anak akan meronda di kawasan sekitar berdekatan encik hubby berjumpa dengan klien atau ejen beliau.

So, minggu lepas adalah giliran AEON Big Riverwalk Village.
Dulunya adalah Carrefour tapi sejak November 2012 dah bertukar ke AEON Big.
Terletak di jalan Ipoh, kawasan ni sangat menariklah.
selain AEON Big yang terletak di Riverwalk Plaza, shoplot di sekitarnya adalah sangat menarik.
Terlalu banyak tempat makan yang best-best.
Dekorasi shoplot semuanya cantik-cantik dan dihiasi landskap yang menarik.

Setiap lorong ada nama tersendiri macam Art street, Food Street dan lain-lain.
Kami lepak makan di foodcourt yang terdapat di Food Street.
Tak tahu nak makan apa sebab terlalu banyak pilihan.


#Foodcourt Riverwalk Village. Ada bubu-bubu ikan tergantung....ala2 village/kampung le konon ni...hehe...



#Bumbung-bumbung stall beratap daun nipah...



#Qisya dan Qina.....comey sungguh si Qina ni...



#Riverwalk Plaza yang menempatkan AEON Big...



#Baking Express. Boleh tengok baker uli tepung buat roti kat sini.



#Unik, kan? 



#landskap di foodcourt area...



#parking ada grass grid siap ada waterfall di tembok.


Ok jugaklah lepak di sini sebab banyak kedai makan best.
Tapi malangnya saya tak nampak river pun. kikiki.... 




Tuesday, 26 February 2013

Border lace hitam

Assalamualaikum...bismillah...

Akhirnya stok border lace warna hitam yang dinanti dan ditanya begitu ramai kepada saya dah sampai.
Dijual dalam kiraan meter, semakin banyak meter semakin murah harganya.
Berkain net lembut, border lace hitam ini adalah berlabuci untuk menambah eksklusif baju.
Sila pm Audrra Blossom atau saya di FB untuk sebarang pertanyaan.
Kalau payah sangat, sms saja di talian 019-2764682.
Jangan malu dan segan ye.
Saya bukanlah blogger bajet retis. hehe...

Stok adalah banyak, cukup kalau nak buat baju sedondon untuk sekeluarga di Aidilfitri nanti.
Pm atau sms saya ye...

#Border lace hitam....

Sila war-warkan kepada kawan-kawan.
Terima kasih sudi baca.

Luv,



Nak polok!

Assalamualaikum....bismillah...

#Qisya masa umur 6 bulan...


Sekarang ni tiap malam sebelum tido, belek muka si kecik ni.
sejak dia lahir hinggalah kini, tiada tidur malamnya tanpa saya di sebelah.
Bulan Mac ni saya akan ke Sarawak dan seminggu selepas itu pun akan pergi jauh meninggalkan si kecik ni dengan abangnya.
Adeh laaaa....
Sudah la sekarang ni kalau tido malam je nak polok.
Tak minta nak polok mama, minta nak polok abah pulak.
yang pastinya nak polok.
ada seekor teddy bear untuk dia, langsung taknak polok.
haisshhh...

Harap-harap dia ok semasa kitorang takde nanti.
Lagi sebulan, tapi sedihnya dah bermula dari minggu lepas...huhu... 
wahai hati, tabahlah.... 


p/s: ibu yang baca entry ni jangan gelabah ye. bagi je main henpon. kikiki.....


#budak yang suka minta mama polok dia ......
polok=peluk



Sepi Itu Indah

Assalamualaikum.....bismillah...

Sejak saya berniaga online ni, waktu lunch saya tidak lagi seperti dulu.
Kalau dulu, selalunya nak jalan-jalan tawaf kedai dengan kawan-kawan.
Sekarang, tidak lagi.
Sentiasa lone ranger sebab nak uruskan hal pos barang di pejabat pos.
Akibatnya, saya makin seronok pulak jalan sorang-sorang sekarang ni.
Shopping pun sorang-sorang.
Makan pun sorang-sorang tanpa rasa canggung atau pelik lagi dah.

Hari tu saja layan blues di Secret Recipe sorang-sorang lepas balik kerja.
tempat di mana selalunya mesti pergi bersama kawan-kawan atau family.


 #beli kek dapat kopi free. 3.00 pm - 6.00pm shj.



#lasagna daging.

Seronok juga melayan kesepian sekali-sekala sambil menternak lemak dengan jayanya. kih kih kih....




Monday, 25 February 2013

Fatih Seferagic - Patut jadi Idola remaja Malaysia

Assalamualaikum....bismillah...

Masya Allah..... baru berkenalan dengan suara Fatih Seferagic.
Kagum sungguh bukan kerana parasnya tapi kagum kerana beliau seorang tahfiz 30 juzuk al-Quran di usia 12 tahun!
Di usia 17 tahun, Fatih Seferagic juga merupakan seorang guru Al-Quran di Texas, USA.
Sila sebut Masya Allah lagi kerana... Texas setakat yang saya tahu di usia ini hanyalah tempat asal para cowboy Amerika.
Masya Allah.... ada seorang hafiz bersuara merdu di sana!
Tak sangka betul.

Fatih Seferagic ni berbangsa Bosnia, di lahirkan di Jerman dan kini menetap di Texas.
Yang buat saya kagum sangat tu, tinggal dan menetap di Amerika Syarikat bukanlah alasan untuk beliau tidak menghafal al-Quran.
Hebat, kan? rasa macam nak buat menantu. wah wah waahhh....
Jom dengar bacaan Fatih semasa menjadi imam.





Alangkah bagusnya kalau remaja Malaysia menjadikan Fatih  Seferagic ni idola remaja.
Daripada sibuk hafal lagu Korea yang tak masuk SPM tu ok sikit la kalau pilih lagu Justin Bieber untuk belajar English.
Tapi daripada fanatik  sangat kat Justin Bieber pulak, lebih baik la minat kat Fatih Seferagic ni.
Untung-untung je dapat pahala bila hafal al-Quran.
lagi bagus gitu.



#Ok. Yang manakah pilihan hati? Masihkah pada Justin Bieber? hehe...




RM 3 sekilo?

Assalamualaikum...bismillah...

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Baiklah di negeri orang. hahaha.....
Ok. jangan marah pulak konon-konon saya tak faham peribahasa atau materialistik semata.
tak tak...
saya realistik weh...

Ceritanya macam ni.
Saya kalau pergi ke Cameron Highlands tu menjakun sungguh beli strawberi walaupun masam berdengung.
Harga sekilo strawberi di atas Cameron Highlands tu lebih kurang RM 30.
Yang petik sendiri pulak rm35 untuk sekilo.
Takpe, layankan aje.
Bukan selalu naik atas tu pun.

Baru-baru ni adik ipar saya balik bercuti seminggu.
Dia bawa balik berbekas-bekas buah strawberi Mesir.



 #Ini strawberi dari Mesir yang kami layan dengan Nucrema. Krim coklat hazelnut ala-ala nutella tu. Jadilah strawberi celup coklat yang mabeles melampau.



 #Besau-besau buahnya. Manis pulak tu. Yang sebiji ni dah macam kembar tiga pulak. hehe..


Makan kenyang-kenyang tanpa rasa bersalah sebab my SIL kata, harganya cuma RM3 sekilogram.
Ha? 3 hengget je sekilo?
Walahhhh.......murah giler kot.
Saya sudah terasa musykil.
Entah-entah, strawberi yang dijual kat Cameron Highlands tu, ada yang datang dari Mesir jugak kot.
Ye la, tengok kat pokok-pokoknya kecik dan masam bebeno.
Kalau beli yang dalam bekas kat pasar-pasar tu, besor-besor dan manis pulak tu.
Tak musykil ke?

Di Malaysia ni, buah rambutan time musim berbuah lebat rasanya payah nak jumpa RM 3 sekilo.
Pisang pun payah nak jumpa harga rm3 sekilo melainkan yang hanya layak dibuat cekodok.
Ini strawberi, okeh.
Bilalah harga buah-buahan tempatan lebih murah daripada buah-buahan import.
Cempedak, rm8 sekilo.
Jambu, rm8-12 sekilo.
Durian, usah katalah. Rugi bayar berat kulit je. hahaha....

Orang tak suka makan buah, memang tak kisah la kot.
Tapi saya dan anak-anak yang jenis memang hantu buah ni memang wajib beli tiap minggu.
Kos beli buah je sekurang-kurangnya rm25 seminggu. ater??? ce pikio...

Lepas tu, entah sape yang order mende alah kat bawah ni.
Gigih my SIL angkut balik.
Ya Allah, sedap betul.
Selalunya rasa ngeri nak makan sebab manis sangat.
Kali ini sedang-sedang je tahap manisnya.
So, memang layanlah kitorang adik-beradik makan mende nih.


#Namanya Halawiyat. Saya rasa diambil perkataan jamak untuk halwa yang bermaksud manisan kot. Tak tanya kat my SIL pun. Yakin betul je. Bahasa Arab dapat A katakan.  ekeke....
Yang macam sarang tu, dalamnya ada badam bersalut madu yang rangup. Sedap betul.



#yang dalam bungkusan ni potato chips Arab style. Layankan aje. hehe...


Nak ngendeng apa pulak my BIL nak angkut balik dari Dubai.
Takyah yang mahal-mahal, yang unik-unik dah cukup.
Kalau dah ramai-ramai tu, menjakun adalah sesi yang menghiburkan. hahaha....




Saturday, 23 February 2013

Adab berjiran


Asalamualaikum....bismillah..

Semalam semasa balik kerja, terpandang beg kertas yang dilekatkan di dinding tangga tingkat rumah saya.
Di beg kertas itu tertulis..
"Mintak mahap yer, taik kucing ni bukan taik kucing saya. Kucing saya dah 2 minggu tak keluar rumah."

haish.....silap betul tak snap gambar.
Tersengih-sengih saya membacanya.
Lawak, kot.
Mesti ada jiran-jiran saya buat perangai lagi. -menghantarkan semula tahi kucing di hadapan pintu jiran saya yang membela kucing tu.
Si tuan kucing bengkek, dilekatkan pulak kat dinding tangga, bagi semua orang nampak.
hehe....memang tak menahan.

Macam manalah jiran-jiran tak menuduh dia, hanya dia yang membela kucing di tingkat kami tu.
Nak kata kucing liar, tak pernah nampak la pulak.
Saya pun pernah kena juga sekali, tapi encik hubby tak banyak cakap, buang je.
Malas nak gaduh-gaduh.

Susah juga bila ada jiran yang tiada kesedaran sivik ni.



Jom kongsi :
Hadis-hadis dinukil dari; Adab-Adab Berjiran, tulisan Syeikh Ali Hasan Ali Abdul Hamid


Haram Menyakiti Jiran
01. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasa aman dari kejahatannya.” [Bukhari dan Muslim dan lain-lain]

Berbuat Baik Kepada Jiran
02. Dari ‘Aisyah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jibril terus menerus berwasiat kepada ku untuk berbuat baik terhadap jiran, sampai-sampai (sehingga) aku mengira dia akan menjadikannya sebagai ahli waris.” [Bukhari dan Muslim]

Memberi Perhatian Terhadap Jiran
03. Dari Abu Dzar r.a katanya : Kekasih ku (Rasulullah saw) berwasiat kepada ku : “Jika kamu memasak sayur, maka perbanyaklah kuahnya dan perhatikanlah jiran mu.” [Muslim dan lain-lain]

Toleransi Terhadap Jiran
04. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Janganlah sekali-kali salah seorang dari kalian melarang jirannya untuk menancapkan kayu di temboknya.” [Bukhari dan Muslim dan lain-lain]

Cabang Dari Iman
05. Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah menyakiti jirannya.” [Bukhari dan Muslim]

Sebaik-baik Jiran
06. Dari Abdullah bin ‘Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap jirannya.” [Sahih, At-Tirmidzi, Ahmad, Darimi dan Hakim]

Jiran yang Baik Termasuk Dalam Kebahagiaan
07. Dari Sa’d bin Abi Waqqash r.a : Rasulullah saw bersabda, “Ada empat perkara yang termasuk (dalam) kebahagiaan :
(a). Isteri yang solehah,
(b). Tempat tinggal yang luas,
(c). Jiran yang baik; dan
(d). Kenderaan yang nyaman.

Dan empat perkara yang termasuk kesengsaraan :
(a). Jiran yang buruk,
(b). Isteri yang buruk (agama dan akhlaknya),
(c). Tempat tinggal yang sempit; dan
(d). Kenderaan yang buruk.” [Sahih, Ibnu Hibban dan Al-Khatib]

Tidak Diperbolehkan Kenyang dan Membiarkan Jirannya Lapar
08. Dari Abdullah bin Musawir, katanya : Aku mendengar Ibnu ‘Abbas r.a menyebutkan Ibnu Zubair, lalu menuduhnya bakhil. Kemudian berkata :

‘Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah disebut mukmin orang yang kenyang sedangkan jiran di sampingnya kelaparan.” [Hadis Hasan. Riwayat Bukhari, Hakim dan Al-Khatib]

Hilangnya Iman
09. Dari Anas r.a : Nabi saw bersabda, “Demi Dzat yang jiwa ku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang hamba itu beriman, sehingga dia mencintai jirannya – atau berkata : saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya.” [Bukhari]

Wasiat Kepada Wanita
10. Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda, “Wahai para wanita Islam, janganlah sekali-kali seorang jiran perempuan meremehkan hadiah yang diberikan kepada jirannya walaupun hanya kuku kambing.” [Bukhari]

Mendahulukan Hak Jiran yang Paling Dekat
11. Dari ‘Aisyah r.a, katanya : ‘Wahai Rasulullah, aku mempunyai dua jiran, lalu kepada siapakah aku memberikan hadiah? Baginda menjawab, “Kepada yang paling dekat pintunya dari mu.” [Bukhari]

Kesaksian Jiran
12. Dari Ibnu Mas’ud r.a, katanya : Seseorang bertanya kepada Nabi (saw) : Bagaimana saya boleh tahu bahawa saya telah berbuat baik dan berbuat buruk?

Baginda (saw) menjawab, “Jika kamu mendengar tetangga mu berkata, ‘Engkau telah berbuat baik’, maka bererti kamu telah berbuat baik.

Dan jika kamu mendengar mereka berkata, ‘Engkau telah berbuat buruk’, maka bererti engkau telah berbuat buruk.” [Sahih, Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-Baghawi]

Perdebatan Antara Jiran
13. Dari ‘Uqbah bin Amir r.a : Nabi saw bersabda, “Dua orang yang berdebat pertama kali pada hari kiamat adalah dua orang jiran.” [Sahih, Riwayat Thabrani, Ahmad dan lain-lain]

Menyakiti Jiran Penyebab ke Neraka
14. Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seseorang berkata, ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya Fulanah banyak melakukan solat, sedekah dan puasa (ibadat). Hanya saja dia menyakiti jiran dengan lisannya.’

Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Fulanah diceritakan sedikit melakukan puasa dan solat. Tetapi dia bersedekah dengan beberapa potong keju dan tidak menyakiti jirannya.” (Kemudian) Rasulullah saw bersabda, “Dia di dalam syurga.” [Sahih, Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Hakim]

Maksudnya : Islam bukan hanya menitikberatkan pelaksanaan ibadah fizikal semata-mata. Ia perlu seiring, iaitu pelaksanaan fizikal dan kerohanian (akhlak yang baik). Sesuai dalam firman Allah yang Maha Agung;
Surah An-Nahl [16] : 90
90. Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.


Fitnah (Godaan) Jiran
15. Dari Hudzaifah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Fitnah (godaan) seseorang itu terletak pada keluarga, harta, anak dan jirannya. Boleh dihapus (godaan itu) oleh solat, puasa, sedekah, amar (ma’ruf) dan nahi (mungkar)...” [Bukhari dan Muslim]

Bersedekah Kepada Jiran
16. Dari Abu Said Al-Khudri r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak halal sedekah diberikan kepada orang kaya, kecuali fisabilillah, orang yang dalam perjalanan atau jiran fakir yang diberi sedekah kemudian memberikan hadiah kepada mu atau mengundang mu.” [Sahih Abu Daud, Ibnu Majah dan lain-lain]
  



 Terima kasih sudi baca.

   

Thursday, 21 February 2013

Ceria dalam demam

Assalamualaikum....bismillah...


#haiiiii......



#kes posing tak tengok kamera



 #cantik tak? hehe



#si rambut kerinting



 #jom main slide..



 #yes! tak takut dah..



#alahaiii....


#di pantai Morib hari tu. Eksesori sendiri pilih, sendiri bawa dan sendiri pakai. Itu la jadinya.


Budak suka berzikir terapi Hafiz hamidun ni demam.
Mamanya dah tak sabo nak balik rumah tengok dia.
Tak senang duduk, wehhhh....