Monday, 25 March 2013

Labbaik Allah Humma Labbaik

Assalamualaikum wbt....bismillah.....


Alhamdulillah, semua urusan untuk berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah pada tahun ini sudah selesai.
InsyaAllah esok bersamaan 26hb Mac saya dan encik hubby beserta mak dan abah mertua saya akan menjadi tetamu Allah.
Bermula dengan angan-angan, sama sekali tidak pernah terfikir impian itu akan terlaksana secepat ini.
Alhamdulillah ya Allah....

Dengan itu, kepada semua yang pernah membaca entri atau komen saya andai ada yang tersinggung hati, mohon dimaafkan.
Ketidaksampaian maksud adalah kekhilafan saya yang sering terjadi.
Saya minta maaf.

Kepada rakan-rakan yang sudi mendoakan dan bersedekah, terima kasih yang tidak terhingga.
Sedekah kalian akan dipanjangkan di sana, insyaAllah.




Semoga dipermudahkan hendaknya.
Labbaik Allah humma labbaik.....



Thursday, 21 March 2013

Memberi dan menerima

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Saya tak ingat cendiakawan manakah yang menyatakan....'hadiah yang menarik daripada Allah biasanya datang selepas berlakunya krisis.
Hari ini, saya sangat menyetujui kata-kata tersebut.
Pelbagai peristiwa yang berlaku pada hari ini, masing-masing mengandungi hikmah yang terlalu tinggi untuk difikirkan.
Senyum tangis silih berganti hingga ke malam!

Bermula dengan sedekah yang dihulurkan kepada jiran saya pagi tadi kerana suaminya meninggal dunia, satu demi persatu sms diterima utk pembelian border lace.
Menjelang tengah hari, saya pula yang menerima sedekah.
Aneh juga dirasakan bila begitu ramai yang bersedekah kepada saya, termasuklah makcik yang saya kenal di pasar tani.
Terus terang, terasa agak ganjil di situ.
Namun disambut juga kerana sedekah itu akan dilanjutkan di sana, insyaAllah....
Akan saya doakan untuk mereka semua...

Alhamdulillah ya Allah....hari ini tiada sepi di hati.. :)


*entry skema itu boring. Hadap je la u olls....hahaha...




Wednesday, 20 March 2013

Border lace cantik

Assalamualaikum wbt....bismillah....

Saya nak war-warkan stok border lace cantik yang ditunggu-tunggu dah sampai.
Semuanya adalah warna-warna selamat yang boleh dipadankan dengan semua warna.
Harganya berpatutan pulak tu

Semua border lace cantik berharga rm19 semeter untuk satu layer/ satu side.
Ramai tanya berapa meter yang diperlukan untuk keliling baju dan tangan sepasang baju.
Jawapannya ialah 2 meter ya.
Tapi masih mengikut design baju dan saiz.
Apa pun, silalah ukur dulu sebelum order.


 Border Lace cantik warna hitam. RM 19 semeter.



 Border Lace cantik warna putih silver. RM 19 semeter.



 Border lace cantik warna soft gold RM 19 semeter.



 Border Lace cantik warna krim RM 19 semeter.



Border Lace cantik warna kelabu/grey RM 19 semeter.







Pelbagai lagi pilihan menarik di Audrra Blossom . Sila pm di facebook atau sms 019-2764682 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
Setiap tempahan melebihi 4 meter akan mendapat harga diskaun.
Jom pakat-pakat sedondon satu family dengan baju warna polos berborder lace cantik.
Confirm potret keluarga di Hari Raya u olls sangat ohsem!

Oh ya, semakin banyak border lace yang anda beli, semakin MURAH harganya!
Jangan segan-segan sms 019-2764682 untuk menempah border lace cantik berkualiti ini pada harga yang berpatutan.
Terima kasih.






Tuesday, 19 March 2013

Solat sunat Rawatib dan Solat Jamak

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Sesekali mari kita audit balik ibadah solat kita.
Adakah masih hanya bersolat fardhu sahaja atau turut menambah solat sunat Rawatib?
Saya sering mencari kaedah mudah untuk mengingati cara-cara solat ini atau dengan kata lainnya...cara mudah faham, mudah ingat dan mudah pula bagi orang lain faham.

Disebabkan saya kiranya sempoi juga la---> tak mengikut protokol untuk menjadi blogger yang menulis entri dengan cara yang matang seperti blogger tersohor lain, harap-harap perkongsian ilmiah ini akan memberi sedikit manfaat kepada semua yang membaca, insya Allah...

Sunat Rawatib = Solat sunat 2 rakaat yang mengiringi solat Fardhu sama ada sebelum (qabliah) atau selepas (ba'diah)

Sunat dilakukan 2 rakaat ---> sebelum semua solat fardhu tapi paling digalakkan ialah Subuh dan Zohor
                                   ---> selepas Zohor, Maghrib dan Isyak.



#contoh niat solat sunat Rawatib.


Tujuan solat Rawatib ialah nak sempurnakan solat Fardhu kita, nak didik kita supaya berdisiplin, dekatkan diri kita dengan Allah dan paling best, tentulah nak tambah pahala.
Semoga diteguhkan iman diri ini untuk upgrade solat seiring naiknya nombor usia.
Aamiiinnn.....


Seterusnya solat Jamak.
Sangat penting mengetahui cara-cara solat ini dan lafaz niatnya kerana kita sering bermusafir.
Ramai yang selalu konpius tentang solat ini walaupun bekas budak sekolah agama.
Tak percaya, tuan blog ni mengaku sendiri. hehe...
Ok. Serius.

Jamak = kumpul/himpun.

Jamak Taqdim = Himpun dua solat fardhu dalam fardhu yang pertama. Contohnya menghimpunkan                            
                         Solat Zohor dan Asar dan ditunaikan dalam waktu Zohor.

Jamak Ta'khir = Himpun dua solat fardhu dalam fardhu yang kedua. Contohnya menghimpunkan 
                          Solat Zohor dan Asar dan ditunaikan dalam waktu Asar.


Solat jamak ni boleh dihimpunkan jumlah rakaat solat fardhu dan boleh juga dipendekkan iaitu Qasar.
Solat yang 4 rakaat tadi boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat iaitu Solat Zohor, Asar dan Isyak.
Solat Maghrib tidak boleh diqasarkan.



Solat Jamak dan Qasar = Solat yang dihimpun dan dipendekkan.



Contoh lafaz niat Solat Jamak dan Qasar

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعال
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’khir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
Jamak Taqdim kerana Allah Taala.


Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’khir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


Semoga bertambah kefahaman insyaAllah.




Terima kasih sudi baca.
Luv,

Monday, 18 March 2013

Popiah SS Ali

Assalamualaikum wbt....bismillah....


Jom jalan-jalan cari makan.
Kali ini kita ke Popiah SS Ali pulak.
Popiah SS Ali yang dulunya saya selalu beli di pasar malam Seksyen 6 Shah Alam, saya tak perasan pun ada beroperasi di kiosk di hadapan Plaza Alam Sentral Shah Alam.
Padahal selalu dok lalu lalang kat situ.

Tak tahu la sebab terlalu fokus dalam perjalanan ke Alam Sentral atau memang nak kena tambah power spek lagi ni. hehe...
Ramai juga blogger selalu bergedering kat sini tapi saya nak join je, mesti bertembung dengan event family.
Tak pelah, ada rezeki insyaAllah boleh jumpa-jumpa.
Seronok tau kalau dapat jumpa kawan-kawan yang belum pernah bertentang mata ni.
Teringat pulak zaman join komuniti Melayu.com dulu-dulu.
Memang best.

Ok, citer balik pasal Popiah SS Ali ni.
Apa yang best ye?
Opkos la popiah dia.
Sama ada yang goreng atau yang basah, memang sesuai selera tekak saya nilah.
Yang best tu, bukan setakat popiah je yang ada kat sini tau.
Ada juga menu-menu lain.



 #Ini budak duduk di hadapan kipas angin lalu dia mengalami kerimasan akibat rambutnya yang mengerbang menutup muka. Makanya saya ikat dengan getah belacan je. Padahal mamanya jual eksesori kanak-kanak. ekeke....



 #Inilah popiah goreng  yang sedap tu. Satu set ni RM 3 ye.


 #Mee rebus yang rasanya so so je. Agak kecewa di situ.


 #Nasi ayam pilihan Amsyar dan abahnya sebagai penyelamat.


#anak dengan bapak sama je la pulak buat muncung-muncung. hahaha....


Siapa rajin ronda-ronda Shah Alam, boleh la try makan-makan kat Popiah SS Ali ni.
tempat makan pun lepak je sebab dalam taman laluan pejalan kaki.
Sebelah kolam air pancut pulak tu.
Untung-untung boleh ushar player bolasepak Selangor.
Budak-budak kedai ni bagitahu diorang selalu lepak kat situ.
Boleh la u olls sambil makan tu cuci-cuci mata....ekeke...



Sunday, 17 March 2013

Mangsa komen berantai

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Saya nak cerita tentang kisah komen berantai...

Lamaaaaaaaa dulu...

Si A menempah makanan untuk jamuan hari raya pada si B. Suatu petang, si C tanya kat si A tentang harga tempahan makanan tersebut. Tidak terfikirkan apa-apa melalui pertanyaan yang difikirkan sekadar soalan, si A pun memberitahu harganya rm50. Esoknya, si B menangis-nangis mengadu kat si D yang si A komplen makanannya mahal. Aikkk????? Si A sangatlah terpinga-pinga mengenangkan entah bila pula dia komplen makanan tempahan si B itu adalah mahal. Sedangkan kalau si B minta rm300 pun si A akan berbesar hati membayar lantaran kesudian si B membantu majlisnya.

Hingga kini....si A tidak pernah pun berkonfront dengan si C walaupun si A tahu krisis ini adalah angkara si C. 

Lamaaaaaaa dulu...

Si A ada membuat komen tentang suatu rekaan yang difikirkan boleh dibuat penambahbaikan pada si B tentang kerja si C.  Tapi apa yang disampaikan pada C ialah ialah kutukan si A. Wah.....kelassss......balas dendam dengan pakat-pakat undi A pulak....

Hingga kini......si A tidak pernah pun berkonfront dengan si B tentang krisis itu.....biarlah mereka.


Lama jugak dulu.....

Si A didatangi si B mengadu tentang hatinya yang sangat terluka dengan perlakuan si C. Tapi dipesan-pesan kepada si A supaya jangan cerita pada sesiapa pun. Yang anehnya pada pandangan si A. Si B dan si C tersangatlah mesra di mata si A. Konpius.....

Hingga kini, rahsia itu masih terikat rapi...


Tak lama dulu....

Si A terkena kembali seperti ala-ala kisah yang pertama. Kali ini kisah main jual-jual. Si A sangat tersentuh hati lantaran komen spontannya ketika bersembang dengan si B tentang si X amatlah biasa, tidak menggugat sesiapa atau ekonomi sesiapa pun tapi disampai-sampai bermula si B...lepas tu si C...lepas tu si D dan seterusnya, siap dibincang-bincang....kalau boleh nak serang si A la la tu jugak kekdahnya. Hebatkan B,C,D dan bla-bla tu? hehe....

Tak teringin nak konfront pun. Biarkan mereka...

Siapa pernah kena komen berantai atau mangsa main petik nama je macam ni? Jom share pengalaman.

Nak cakap mangsa fitnah, macam pompuan lindungan kaabah la pulak.
Lagi pun, yang main petik nama lepas tu spin-spin ayat tu orang keliling kita.
Hmmmm.....bersabarlah wahai hati.


Moral of story ------> biarlah kita selalu jadi penyampai salam, bukan penyampai komen yang boleh menyinggung perasaan. Sesungguhnya pada saya, tersinggung hati terhadap si penyampai sentiasa melebihi terhadap yang mengata. Orang lain, saya tak tahu. Makanya....sampaikanlah ayat ini. Memang Yana Halim yang taip hasil perasaannya yang sangat bengang dengan penyampai (tak kiralah betul atau ditokok tambah sesedap rasa apatah lagi langsung tidak betul). Kalau tukang sampai suruh baca blog ni, takpe jugak.  hahaha...





Wednesday, 13 March 2013

Membazir amalan Syaiton

Assalamualaikum wbt..... bismillah...

Saya masih terkenang lagi tentang telur-telur yang dibaling oleh penyokong UMNO di depan pejabat PKR...
ops...ops.....ini bukan entri pasal politik ye.
Walaupun politik itu tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan, nak bertegang urat dan melenguhkan tangan menaip tentang ideologi politik saya di blog sendiri adalah belum terfikirkan lagi.

Ceritanya pasal telur....
Alahaiiii......sayang ya amat nye laaaa....
sebak sungguh hati saya.
Kenapa mesti membazir bahan makanan sampai macam tu?
Adakah telur itu makanan yang low class sangat sampai tergamak menghinakan ia?
layak untuk dibuang-buang?

Serius rasa nak menangis sebab telur adalah makanan mewah saya di zaman kanak-kanak saya.
Hampir setiap hari saya bersarapankan nasi berlaukkan telur goreng berkicap yang disuap mak sebelum pergi ke sekolah.
Disebabkan setiap hari pagi-pagi dah biasa makan nasi panas atau nasi goreng, masuk je sekolah berasrama, perut saya tak dapat menerima roti.
Konfem sakit perut dibuatnya---------> ini contoh perut orang kampung yang tak biasa makan roti ye. 

Lepas tu kalau teringin nak makan telur hancur gaul dengan sos cili, menggagau cari duit tak pun  mintak kat mak untuk beli telur ayam kampung pada moyang saudara saya yang tinggal bersebelahan rumah mak.
20 sen sebiji masa tu.
Dapat 3 biji, kami share makan 3 beradik.
Masa tu telur hancur kira western abes la.

Ok.....malas nak sambung lagi citer yang dah lepas.
kang sendiri yang syahdu syahdan sensorang kat opis ni.
pokoknya saya sangat terasa hati dengan kelakuan mereka yang biasa hidup mewah ini.
tidak memikirkan langsung tentang orang lain yang masih hidup dalam serba kekurangan.

Semalam, entah apa yang menganggu fikiran saya hingga tersilap menyukat air untuk memasak nasi.
Hasilnya nasi menjadi lembik.
Dah tentu-tentu Amsyar tak nak makan.
Dia memang tak boleh berkompromi dengan nasi yang lembik.
Disebabkan dah masak kari telur, ikan goreng dan bok choy tumis.....makanya saya masak nasi lain.

Nasi lembik tadi takkan nak buang kot.
Sayang wooo.....
nak masak moi, daging dan daun sup takde.
Makanya saya blend ikan bilis banyak-banyak dengan beberapa biji cili api.
lepas tu potong-potong fishball dan bawang besar.
bubuh kiub ikan bilis sikit.
Gaul semua dalam nasi tadi yang dicampur dengan tepung sebagai agen pengikat nasi.
(kalau tak bubuh tepung, nasi akan terlerai. - sila take note)

Tadaa.......


#jadilah cucur nasi ikan bilis....... cicah dengan sos cili Life ye... :p


Disebabkan menggunakan nasi, cucur adalah agak crunchy.
tapi memang layaaannn......
tak percaya, balik karang u olls cuba.

'Kalau tak nak jadi macam syaiton, sila jangan membazir'




Tuesday, 12 March 2013

Kisah tentang buka aib

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Update sikit tentang kisah membuka aib.
Dekat-dekat nak pilihanraya ni, macam-macam komen di FB yang sangat membuat kita geleng kepala apabila membacanya.
Pihak sana mengata sini, pihak sini mengata sana.
Kalau boleh, semua aib pihak lawan nak diselak sehabis-habisnya demi nak pertahankan survival politik masing-masing.
Kadang-kadang terfikir juga di hati ini, tak teringat matikah masing-masing?
Bukankah membuka aib itu dosa yang besar?
Macam-macam hal hinggalah yang terbaru pasal polis kantoi ambil rasuah RM50 tu.
Dengar cerita, kisah tu dah lama...tapi ramai sangat yang pakat share di FB.
Astaghfirullahaladzim......agak-agak la sebelum kita share atau komen tentang sesuatu perkara.
Takut-takut nanti apa yang kita komen, apa yang kita share adalah jalan membawa kita ke neraka.
Nauzubillah....

Peringatan ini untuk diri sendiri juga semoga hari yang mendatang menjadikan kita semua insan yang lebih baik.
Teringat pasal kisah anjing dan kucing di zaman nabi Nuh.



Pada zaman Nabi Nuh a.s, seperti yang kita ketahui, Nabi Nuh diwahyukan ALLAH S.W.T untuk mebina sebuah kapal yang sangat besar. Menurut kata kitab karya Syaikh Muhammad bin Ahmad bin Iyas dan dari tafsir hadis Ibn Abbas r.a dan Syeikh Wahab bin Munabbih, yang mengikut ajaran Nabi Nuh ini, kebanyakannya adalah binatang. Then, ketika kapal berangkat, Nabi Nuh membuat pengumuman supaya penghuni kapalnya tidak boleh berkasih-kasihan atau dalam erti kata lainnya mengadakan perhubungan seksual. 

Tetapi anjing ni melanggar perintah Nabi Nuh tu yang mana anjing ni berkasih-kasihan dengan pasangannya dan telah disaksikan oleh si kucing. Maka, kucing pun melaporkan kejadian tersebut kepada Nabi Nuh lalu dipanggillah si anjing. Tetapi, si anjing tidak mahu mengaku sehinggalah ia dibebaskan. Di lain kesempatan, si kucing melihat lagi si anjing ni berkasih-kasihan, sehingga si kucing melaporkan semula kepada Nabi Nuh. Si anjing tetap juga tidak mahu mengaku kesalahannya itu dan dilepaskanlah si anjing itu tanpa dihukum. Peristiwa itu berlaku lagi berkali-kali dan kucing itu juga berkali-kali melaporkan kepada Nabi Nuh. Tetapi, apa hendak dikata, si anjing tetap tidak mahu mengaku kesalahannya itu dan berkata ;

"Si kucing berbohong. Aku tidak melakukannya!" 

Disebabkan kecewa, maka si kucing bermunajat kepada ALLAH ;

"Ya ALLAH, aku merasa dizalimi dengan kejadian ini, maka tampakkanlah apa yang telah aku lihat kepada Utusan Engkau (Nabi Nuh) agar laporanku ini dibenarkan olehnya dan disaksikan oleh seluruh penghuni kapal ini."

Permohonan si kucing kali ini dikabulkan ALLAH. Berikutnya, ketika si anjing berhubungan badan dan ia tidak mampu melepaskan diri daripada pasangannya sehinggakan sewaktu kedua-duanya melakukan hubungan badan tersebut disaksikan oleh Nabi Nuh dan seluruh prnghuni kapal. Akhirnya si kucing merasa lega kerana apa yang ia laporkan selama ini adalah merupakan kebenaran.

Akibat merasa malu, anjing pun memohon kepada ALLAH;

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku telah dizalimi oleh si kucing. Kerana dialah, aibku diketahui banyak mahluk. Oleh itu, jadikanlah setiap kali dia (kucing) mengawan, ia diketahui oleh banyak mahluk sebagaimana yang telah ia lakukan padaku! "

Permohonan anjing pun dimakbulkan oleh ALLAH. Maka sejak saat itu, setiap kali kucing mahu mengawan dengan pasangannya, akan didengar atau diketahui oleh mahluk lain kerana mereka akan mengiau bising.



Sumber : SINI 



Thursday, 7 March 2013

Dua tahun yang indah


Assalamualaikum....bismillah...

Tak perasan hari ni birthday blog ni yang kedua.
Happy birthday my dear blog! ececeee.....macam orang la pulak nak celebrate bagai.
Walaupun blog saya ni biasa-biasa saja, traffik pun tak gempak macam orang lain....inilah tempat happy saya.
Banyak yang saya luahkan di sini, dah taip-taip lepas tu delete. hahaha...
Kalau sesiapa jumpa broken link kat blog ni faham-faham je la ye.
Perkongsian tersebut hanya sebentar kekdahnya.
Buat buang tension je. :p

#dah dua tahun kasut but  merah tu menapak demi tapak......



Saya sedang menghitung hari.....
makin berdebar la pulak rasanya.
Harap-harap semuanya dipermudahkan....aamiiinnn....




Wednesday, 6 March 2013

Sabak Bernam - ada destinasi tersembunyi

Assalamualaikum....bismillah....

Minggu yang busy melampo ghasenye.
Tak dan nak melepak di ruang happy teman ni.
Kalo ada masa terluang pun sibuk dengan ceghite Lahad Datu.
Tetibe rakyat Malaysia bersemangat patriotik.
Tetibe jugak jadi nak jadi sejarawan belakenye.
tetibe, ok. tetibe...
*sampei teman pun sibuk jugak nyanyi lagu Hoi Kawan-kawan nyanyian AR Badul...hehe..

Ok dah. Kang ada yang penin baca teman speaking Perak. :p

Minggu lepas balik kampung embah di Sabak Bernam.
Lama tak jumpa embah, rasa rindu pulak dengar cerita tentang zaman dulu daripada Embah.
Biasalah orang tua-tua.
Suka cerita-cerita.....dan luckily, cucu menantu beliau ni suka dengar cerita dan tanya-tanya macam wartawan.
Sudah pasti cerita orang yang berusia 90-an itu lebih menarik.
tambah-tambah dalam bahasa Melayu yang slang Jawa.
Kadang-kadang bukan slang Jawa, malah cakap Jawa terus.
Saya layankan aje walau pun tak faham...hehe...

Saya tidak pernah kenal kesemua datuk-datuk dan nenek-nenek saya kerana mereka telah tiada sebelum saya lahir.
Jadinya, menumpang kasih embah ini adalah salah satu nikmat yang amat disyukuri. :)

Walaupun dah banyak tahun ulang alik balik kampung ke Sabak Bernam, saya belum pernah lagi terokai tempat-tempat menarik di Sabak Bernam.
Selalu pergi pun Bagan Nakhoda Omar je.
Makan mee udang dan kerang bakar kat situ.
Embah selalu cerita, belakang rumah beliau ialah pantai.
Tapi saya tak pernah pulak nampak pantai di area kampung Embah tu melainkan kebun.

Makanya di petang Ahad lepas, kami sepakat nak ronda-ronda area Politeknik Sabak Bernam.
Mula-mula pergi ke tapak ceramah PR di dataran Parit Baru.
Tengok-tengok gerai jualan kat situ.


#lepas tu melawat perusahaan IKS pulak.


 #ini ha alamatnya kalau nak memborong kerepek.


 #kerepek pisang dah habis. sob sob.... 



 #si kecik Qisya depan kedai. Kat luar ni best sebab ada buai dan slide. Seronok la dia.


#sempat mengangkut balik kerepek ubi dan kuih bakar.


Lepas tu meronda lagi di Sungai Apong ni.
Tak sangka wehhh....rupa-rupanya ada pantai di Sungai Apong yang lagi best dari Bagan Nakhoda Omar.
Encik hubby pun belum pernah datang ke pantai ni.
Tak ke pelik??


 #Qisya dan Ommey dia......



 #Amsyar memang excited memanjang kalau ke laut.



 #Ramai datang memancing di sini..





 #pantai ni tak sesuai untuk mandi-manda...



 #bila tengok orang membawa jala, teringat arwah ayah...



 #mengintai hasil tangkapan pakcik tu...



 #Gigih betul dia, walau pun sekali tebar hanya dapat seekor jer udang....



 #sape nampak udang tu kat mana, sila bagitau.... ;)



#kalau bab nak mengotorkan seluar baju, serah kat Amsyar....


Pantai ni tak mengecewakan.
Lagi pun, deretan kedai makan ada berdekatan.
Memang best la nak lepak-lepak kalau cuaca tak panas.
Lain kali balik Sabak Bernam, harus datang lagi.



Monday, 4 March 2013

Ramai awek cun di Masjid!

Assalamualaikum....bismillah...

Hujung minggu jom sesekali bawa anak-anak mengimarahkan masjid.
Bukan marahkan orang yang mengajak ke masjid ye. hehe..
Tapi join sekali menggerakkan atau menghidupkan suasana di masjid atau surau dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Biasanya aktiviti-aktiviti berbentuk keagamaan.
Paling tidak, asuh anak-anak untuk suka bersolat jemaah di masjid.

Hujung minggu lepas kami berombongan sefamily ke masjid negeri.
Meriah sungguh.
Memang banyak aktiviti kat masjid sekarang ni.
Air pancut pun sentiasa pasang je.
Rombongan lawatan ke masjid pun bukan main meriah lagi.







 #senaman kaki...



#sempat juga beli-beli kat sini.....

Kalau sesiapa yang nak mencari jodoh yang baik-baik, rajin-rajinlah ke masjid.
Ramai gadis baik-baik berada di sini.
Mereka ni datang untuk majlis-majlis ilmu di masjid.
Untung-untung dapat yang berniqab.
Sebab pada pandangan saya, kebanyakan yang berniqab tu cantik-cantik belakanya.
Serius.
Saya yang memandang pun rasa sejuk saja di hati.
Di saat gadis seusia mereka ramai yang terlalu trendy dengan pelbagai ledakan fesyen dan terleka dengan pelbagai jenis hiburan....mereka mengisi masa terluang di masjid dengan pengisian rohani.
Masya Allah......kagum saya.

Tak percaya, hujung minggu nanti rajin-rajinlah mengimarahkan masjid.
Join le dengar ceramah, bukan nak usha awek je pulak. hahaha...