Tuesday, 30 April 2013

Umrah 2013 - Part 9 Ziarah di Makkah

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Alhamdulillah sepanjang berada di Mekah, ada 4 kali program ziarah untuk melihat tempat-tempat bersejarah dan tempat miqat berniat umrah di Tanah Halal.
Jarak yang semuanya adalah berjauhan memang mengundang air mata apabila mengenangkan perjuangan Rasulullah saw.
Jika di Madinah, masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah ialah masjid Quba yang jauhnya 5 km dari rumah baginda.
Tapi baginda tetap beristiqomah berulang alik ke masjid itu dengan cara berjalan kaki.
Sedang diri ini jarak hotel ke Masjidilharam pun tidaklah sejauh itu tapi sudah tidak tahan rasanya melangkah ulang-alik setiap waktu solat.
Ya Allah, terasa malunya diri ini......

Ziarah pada 3 April 2013 ini, kami sempat melawat muzium senibina dua masjid suci di Mekah.
Alhamdulillah rezeki dapat masuk sebab muzium ni tidak terbuka kepada awam melainkan disertai dengan surat kebenaran.
Ini ikut ikhtiar travel ejensi masing-masinglah.
Semasa lawatan kami ini, yang turut serta ialah Andalusia.

Tak sampai setengah jam pun kami dibenarkan berada dalam tu.
Makanya sampai kehabisan bateri kamera dibuatnya angkara saya dok snap gambar-gambar dan bahan pameran yang pernah menjadi sebahagian senibina masjid-masjid suci tersebut.
Hampir kesemuanya saya sentuh sampailah nak keluar baru perasan larangan menyentuh bahan-bahan pameran.
Selamaaat pak arab tu tak nampak. huhu....


 #Pintu masuk mengambil facade senibina Masjidilharam...



 #Masjidilharam akan sentiasa mengalami proses pembesaran masjid. Inilah rupanya Masjidilharam di masa akan datang yang kini sedang rancak proses pembesarannya dijalankan. 



 #Tidak tahulah bentuk sebegini akan bertahan selama berapa tahun.



 #sebabnya, masjid ini akan sentiasa mengalami tranformasi dari zaman dulu lagi. Dan yang makin canggih, di musim haji nanti akan ada pulak platform lain di mataf ini menjadikan ianya bertingkat. Masya Allah......sesiapa nak tahu, boleh tengok di youtube. 



 # Dua masjid yang paling indah di dunia...



 #Masjid Nabawi di suatu ketika dulu..



 #tangga kayu menuju ke mimbar...



















 #Makam Nabi Ibrahim...























 #al-Quran tulisan tangan mashaf Uthmani. Tidak pandai saya membacanya kerana ketiadaan baris. Bahasa Arab masa SPM tidak memberangsangkan. hehe...











 #habislah hotel-hotel cantik di keliling Masjid Nabawi akan diruntuhkan demi pembesaran masjid ini.



 #keratan rentas telaga air zam zam.



 #perkakas yang digunakan untuk mengangkut air zam zam termasuklah kulit kambing.




 #telaga air zamzam di sebelah Kaabah pada zaman dahulu..



 #sekarang ianya telah ditutup untuk pembesaran mataf.







 #penghargaan dari negara Malaysia.















 #mudahnya nak minum air zam-zam. Kat sini pun ada. 



 #guna kamera mak pulak. hehe...









Selepas melawat muzium, kami meneruskan perjalanan ke Hudaibiyah.
Sebelum tu, kami singgah melawat ladang unta yang punyalah banyak di sepanjang highway.
Elok je pintu coach terbuka, semerbaklah bau unta menyesakkan hidung.
Nasiblah kalian ni unik.
Maka saya pun seronok jugalah nak bergambar dengan 'mereka' ini.
Inilah contoh binatang yang sentiasa berasa cukup.
Kambing-kambing di sini pun begitu.
Tiada padang ragut, tiada sungai mengalir.
Tapi mereka hidup dengan seadanya.
Eh,... tetibe pulak rasa malu mengenangkan diri ini yang selalu banyak komplen.
Sesungguhnya ziarah dan umrah itu mendidik jiwa kepada yang mahu melihat dari mata hati.














 #Masjid Hudaibiyah.....tempat miqat umrah. Sesiapa yang nak buat umrah, boleh menyalin pakaian ihram di sini.



 #saki baki peninggalan bangunan di mana perjanjian Hudaibiyah berlaku. Perjanjian yang berat sebelah tu. Terlalu ramai orang di sini ketika ketibaan kami.



 #silau pemandangan.



#perjalanan pulang ke kota Mekah yang dihiasi padang pasir, bukit bukau berbatu.


Jauhnya perjalanan.
Bagaimana Rasulullah melalui perjalanan ini tanpa kenderaan laju yang berhawa dingin, tanpa jalan bertar yang lurus dan lancar..... demi mengembangkan syiar Islam.
Sedih lagi bila mengenangkan.





Saturday, 27 April 2013

Blogger tak ramah!

Assalamualaikum wbt....bismillah....

Stop jap story mory pasal umrah.
Saya bukan blogger tak ramah, tau....
Memang agak slow di blog sekarang ni memandangkan keadaan busy dengan kerja dan perkara lain.
Kalau ada masa lapang pun, vitamin M sering melanda. hehe....
Ya.... secara teorinya menulis pengalaman umrah adalah agak sukar.
Ini bukan pasal penceritaan pengalaman sahaja, tapi bimbang ayat yang gagal diolah sebaiknya akan menimbulkan annoying si pembaca lantas akan tertimbulnya fikiran tentang 'riak'.
Riak yang tanpa disedari ini adalah merbahaya saya kira kerana ianya adalah berkenaan dengan ibadah.

Puncanya, saya ditanya..

1) Yana, berapa kali ko buat umrah? Maka saya pun bagitahu. Lalu si polan pun menjawab, XXX buat (lebih banyak le) umrah. Dapat pahala haji......buat untuk orang tu...untuk orang ni...
Serius. Ada pertandingan umrah siapa buat lebih banyak ke? hehe...

2) Yana, ko panjat tak Bukit itu, bukit ini? Saya jawab tak. Seterusnya si polan jawab, xxx panjat jabal nur, panjat jabal rahmah sampai puncak. Dan cara penceritaan seterusnya membuat saya hanya terkebil-kebil. Tak bermaknakah umrah saya kalau tak memanjat segala bukit tu? Bukan ada dalam rukun pun melainkan Bukit Safa dan Marwah. Betul tak?

Begitulah....maka saya menjadi agak bimbang jika saya berada di golongan sebegitu.
Lagi pun, cerita umrah saya tak popular berbanding blogger tersohor yang lain.
Yang mampu saya tulis, saya share.
Lagi pun, biarlah gambar yang bercerita.

Hairan juga memandangkan yang komen di blog ni asyik orang yang sama je.
Macam takde readers lain pulak.
Perasaan? Poyo je rasanya ada follower sampai  2k lebih. hahaha...
Tapi Alhamdulillah....pengalaman umrah saya yang tak seberapa ini dibaca oleh silent reader yang memang kesukaannya hanya nak membaca saja.
Terima kasih juga kepada yang pm saya di FB dan yang menelefon bertanyakan tentang tips tips umrah.
Ada la jugak blog ni silent readers yang merupakan kawan-kawan baru saya.
Ingatkan takde. Ngee....
Selamat membaca la ye.

Nantikan sambungan kisah umrah saya yang melalut melancong ke Thaif tak pasal-pasal. hehe...



Friday, 26 April 2013

Umrah 2013 - Part 8 Makkah al-Mukarramah

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Berkampung di Mekah adalah jauh beza berbanding Madinah.
Di sinilah nasihat embah sebelum berangkat iaitu 'SABAR, ya..' diguna pakai 100%.
Udara yang berhabuk akibat proses meruntuh dan membina bangunan yang sedang rancak, cuaca yang panas menjangkau 38 darjah Celcius, hotel yang sederhana, jarak masjid yang jauh berganda-ganda dan pelbagai ragam manusia di Mekah menuntut diri supaya gandakan sifat kesabaran.
Saya pun agak musykil dengan hotel-hotel di Mekah.
Rapat, sempit dan agak rendah ketinggian silingnya.
Ada CF tak ni? hehe....
Malah mak saya sendiri bagitahu semasa beliau menunaikan haji dan melawat rakannya di hotel berhampiran, terdapat bongkah batu besar di ruang lobi!
Nasib saya tak menginap di hotel sebegitu.
Apa pun sabar sajalah...

Di sini, kami sepakat menunaikan umrah berselang-selikan ziarah.
Tapi kalau tempat ziarah tu adalah berziarah ke tempat bermiqat, maka bolehlah siap-siap memakai ihram untuk umrah seterusnya.
Jimat kos sewa teksi ke tanah halal kekdahnya.

Umrah di hujung Mac 2012 menyaksikan suasana Masjidilharam tidak jauh berbeza di waktu musim haji.
Terlalu ramai manusia.
Dan yang paling mengagumkan, di sinilah masjid yang menerima jemaah daripada seluruh dunia, dalam keadaan pelbagai rupa- yang cacat, yang tak berdaya......semua berbondong-bondong ke masjid.
Tak kiralah bertongkat, berkerusi roda, berpimpin....semuanya gigih menyahut panggilan azan.
Memang pemandangan yang sangat hebat.


 #inilah laluan saya ulang-alik ke masjid dan bersesak dalam lautan manusia.







 #menapak dan terus menapak melalui dataran burung merpati....



 #di sinilah saya melalui pengalaman yang agak menakutkan. Ketika sedang asyik merakamkan suasana menuju ke masjid, tiba-tiba tangan saya ditarik dua orang pengemis kiri dan kanan. Terkejut usah kata masa tu. Nasiblah encik hubby dan abah ada di sebelah. Padahal, sebelum itu dah berulang kali ke masjid pun, belum pernah nampak walau seorang pengemis. Memang agak panik masa tu.



 #salah satu pintu feveret selepas pintu nombor 84 yang ada eskeletor.



 #hotel orang-orang kaya. Turun hotel, terus masuk dataran masjid....







 #cute je ayam makan jagung ni.



 #kereta-kereta di Arab Saudi walaupun cantik dan mahal, tapi kebanyakannya kemek dan berhabuk. Suka bunyikan hon pulak tu. 



 #Inilah Jabal Nur di mana puncaknya terdapat gua Hira' tempat Rasulullah saw beruzlah dan menerima wahyu pertama. Saya tak panjat bukit ini.




 #Jalanraya di Mekah juga dihiasi tanaman hijau. Tanda-tanda kiamat yang makin jelas.



 #kalau tiada bangunan, inilah yang kelihatan. Tanah pasir berbatu-batan dan berbukit-bukau.



#Jabal Rahmah. Bukit di mana Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu.



 #tangga mendaki yang curam.



 #tak sampai pun ke atas. Di sini saja tempat kami berdoa untuk kasih sayang kami sekeluarga. Memohon kebaikan untuk seluruh ahli keluarga, muslimin dan muslihat....dipertemukan jodoh (untuk yang belum bertemu jodoh) dan keturunan yang baik-baik.




 #pemandangan dari atas Jabal Rahmah.




#melawat Mina, Muzdalifah dan Padang Arafah. Di sinilah tempat melakukan ibadah melontar pada musim haji. Betapa jauhnya khemah-khemah orang Asia Tenggara ditempatkan sungguh mengharukan.



 #Selepas umrah kedua (bermiqat di Ji'ronah). 



 #Inilah Bukit Safa dari dekat. Sudah ditutup dan tidak boleh dipanjat lagi.



 #Saie menuju ke Bukit Safa.



 #Dari Bukit Marwah.



#Selesai je umrah, minum air zam-zam sepuas hati. Entah kenapa air zam zam di sana rasa sungguh sedap. Minum pulak yang sejuk memang terbaik.




















 #Gaji cleaner di sana hanyalah SR300. Makanya, kalau sampai di sana...sedekahlah kepada golongan ini.




#Sila redah lautan manusia lagi.....