Thursday, 30 May 2013

Percutian di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Suatu petang Sabtu yang damai, tercapailah hasrat terpendam nak naik Bukit Tinggi, Bentong.
Teringin sangat nak tengok resort Colmar Tropicale yang katanya macam bandar kat Perancis.
Akhirnya sampai juga saya bersama keluarga walau pun pada mulanya tak merancang pun nak menginap di sini.
Konon-konon nak jalan-jalan je, lepas tu turun balik la.
Alih-alih adik ipar dah book bilik untuk sambut birthday.
Abah pulak book suite yang tersangatlah besar.
Haruslah kami menepek sekali. hehe...


#sampai dah dekat pukul 6 lebih. Cuaca pun mendung je. Biras saya sibuk ambil gambar dari celah-celah pokok Plumbago capensis. Meh menyelit sekali sekala.... :p



#suka tengok gambar ni. Qisya baru sampai dan nak bersalam dengan Tok Bah dia.



#Qisya bersama Ummi dan Tok Bah.

#Qisya bersama Uncle Is dan Aunty Dija. Masih dalam mood honeymoon depa berdua ni.



#Gyomi versi Qisya yang tak berapa menjadi. Takyah buat pun adik dah gyomi katanya. hahaha...



#Tak sejuk pun kat atas ni. Sejuk angin bukit je. Tak macam kat Cameron Highlands atau Genting Highlands.



#Colmar Tropicale menjelang Maghrib.



#jamuan sempena sambutan birthday Uncle Is.




#Aunty Dija yang kreatif bila tiba part makan. Angkut macam2 dari rumah. Masak dan kukus itu ini guna periuk nasi. Esoknya saya goreng nasi goreng cina pun guna periuk nasi. Jimat angkut dari rumah. Kalau nak makan kat restoran-restoran kat sini pun boleh jugak. Cuma tahan tak tahan je la time nak bayar tu. hehe..




#dua beradik yang bergumbira...  si Amsyar kat bawah selimut tu.



#Luas kemain ruang hallnya. Selesa solat berjemaah...



#nama je resort ala Perancis. Saya bawa masakan kampung untuk dinner. Gulai tempoyak, beb!



#lama tak berposing macam-macam depan kamera. Tapi tak sanggup la nak tepek kat sini. Gedik sesama family je udah le.



#setiap tingkap ada pasu pokok bunga ros. Haishhh....berkenan nengoknya!



#memang cantik-cantik bangunan Resort Colmar Tropicale ni. Macam-macam warna.



#jalan-jalan selepas tengok show.



#akrobatik China. Semuanya nampak macam ringan je memasing.



#berpuluh kali si Amsyar tawaf kat area ni.



#layankan jugak le sebab kesian.



#haaaa.....ini jadual untuk sesiapa yang nak melayan show.



#pagi esoknya lepas subuh, semua pakat-pakat berjoging. Qisya masa malam tu terhantuk bucu meja. Lagi sikit je nak kena mata. Berdarah pulak tu. Panik kejap dibuatnya. So pagi tu dia lambat bangun sebab asyik terjaga malam ngadu sakit mata. Bertapa la kami di bilik tak keluar jalan-jalan.



#time nak check out sempat snap-snap lagi. Kami semua tak pergi ke Japanese Garden pun. Burn je tiket macam tu. Entah kenapa langsung tak teringin nak ke situ.



#sempat lagi layan show untuk pagi tu pulak. Mak aiii.... lembutnya tulang budak tu. Berlipat sana sini macam takde tulang.



#sebelum balik, meh amik gambar ramai2....






#Qisya sabar menunggu giliran mendapatkan belon.


#hahaha...ada orang heran tengok kakak clown. Mood tak berapa baik sejak kes terhantuk meja.
Suka tengok belon Qisya yang bentuk bunga tu.




Lepas check out, kami bergerak ke Rabbit park pulak.
Kena bayar seorang rm3 untuk tiket masuk.
Kecik je tempatnya.
Binatang yang ada hanya arnab, hamster, rusa dan keldai je.
Nak tunggang keldai kena bayar rm6 seorang.



#Mak yang suka sangat dengan binatang memang suka la tempat-tempat macam ni. Saya tak berani pun nak angkat arnab tu. huhu...



#ini budak garang yang jerkah-jerkah je arnab tu. "Makan! Makan!!" laung si Qisya. Mana la arnab tu nak datang.


Colmar Tropicale ni ok jugaklah untuk mereka-mereka yang suka duduk kat bukit.
Ada juga aktiviti-aktiviti lain yang ditawarkan.
Tapi tempat ni tidaklah besar sangat.
Sehari pun dah cukup.



Thursday, 23 May 2013

Taman Bukit Jalil

Assalamualaikum wbt....bismillah....

Saja nak tunjuk tempat kami beriadah sekali-sekala di hujung minggu.
Tak jauh pun dari rumah.
Cuma rajin tak rajin je. hehe...

Taman yang dimaksudkan ialah Taman Bukit Jalil.
Memang luas taman ni.
Berbukit-bukau pulak tu.
tak payah berlari pun dah jenuh berpeluh dibuatnya.
Biasanya kami suka pergi selepas subuh.
Dalam pukul 7 lebih, kami dah sampai kat sini.


#sila ikut peraturan di Taman Bukit Jalil ni.


#udara bukit yang nyaman. Uit! kemain jauh encik hubby meninggalkan bini kat belakang.... adoii...
Taman ni ada banyak binatang liar juga. Sekali tu terserempak dengan rombongan babi hutan. Tapi nampak jinak le pulak. Geng monyet memang banyak. Seriau jugak kadang-kadang tu.



#masa ni dah start tak larat.



#Qisya dan Amsyar. Alahai gelapnya Amsyar....



#dah start meragam kalau penat.



















#Suka tengok ikan kat sini. Besar betul ikan keli tu..







#Acara akhir yang dinanti-nantikan sebelum balik.







#hasil gigih belajar naik buaian di rumah Opah di kampung, Qisya pandai main buai sendiri. hehe...




Wednesday, 22 May 2013

Umrah 2013- Part 12 (Last part)

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Perjalanan pulang ke Mekah dihantar oleh Dr. Amar.
Dr. Amar ni lecturer Medic kat Universiti Taif.
Hensem, dah berkahwin dan ada anak tiga.
Dia pun jadi mangsa temuramah kami juga. hehe...

Dua kali menyinggah dalam perjalanan pulang ni.
Ada satu konsep perniagaan yang saya rasa agak sempoi.
Di Malaysia, konsep jualan pandu lalu ni hanya ada kat restoran makanan segera.
Tapi di Mekah, mereka ada jual minuman panas dan makanan ringan di kiosk2 pandu lalu.
Beli kopi terus minum tak payah turun dari kereta.
Rasa nak buat bisnes macam ni jugak tetiba. haha...

Dr. Amar ni memiliki wajah yang agak serius tapi dia peramah.
Macam-macam hal kami sembangkan di sepanjang highway yang tak ada tol.
*oh jelesnya.... (bab takde tol tu la...)
Ceita yang dia bekerja hanya 5 jam sehari.
Tiap-tiap bulan pergi buat umrah dengan family dia di Mekah.
Suasana umrah itu adalah percutian mereka sekeluarga.
#oh....jeles lagi.... (sedang saya terfikir, bilakah masanya saya akan kembali menjadi tetamu Allah?)

Akhirnya kami sampai di Mekah pada waktu menghampiri pukul 1 pagi.
Berkemas beg terus sebelum tidur.
Bangun pukul 3pagi dan terus bersiap ke masjid untuk solat Subuh terakhir di Masjidilharam.
Alangkah sayunya hati ketika melakukan Tawaf wida' selepas Solat Subuh.
Sedih sangat masa tu.
Ya Allah, jemput aku ke sini lagi ya Allah...
Jadikan aku ini di kalangan hamba-hambaMu yang terpilih menunaikan haji Ya Allah...



#yang menjadi peneman hampir 2 minggu...


Ibadah Umrah bukan hanya ikut-ikutan.
Orang pergi umrah, kita pun nak pergi tapi tanpa ilmu adalah amat menyedihkan.
Perkara asas seperti wudhu' yang sempurna dan menutup aurat sempurna adalah sangat penting.
Itu pun ramai yang gagal.
Saya lihat masih ramai yang memakai telekung tapi memakai seluar panjang malah ada yang memakai legging.
Bila rukuk atau sujud je, terpampanglah warna seluar dalam yang jelas kelihatan.
Memang kesian.

Setiap kali selepas solat fardhu, akan ada solat jenazah.
Solat jenazah lebih penting berbanding solat sunat ba'diyah.
Memang sedih tengok ramai yang tak mengikut solat jenazah.
Jika imam membaca surah sajadah, silalah ikut imam bersujud tilawah sekali.
Jika tidak, hukumnya solat itu gugur keahlian solat berjemaah.

Memang banyak yang ingin saya kongsikan tapi mungkin di entri yang lain jika berkelapangan.
Apa-apa pun, silalah jangan terikut-ikut bangsa lain yang bersolat ikut mazhab masing-masing.
*(itu pun kalau ikut mazhab)
Ada yang bersolat kejap duduk, kejap bangun ikut dan, ada yang tengah bersolat boleh pegi berjalan ambil anak yang merangkak lepas tu sambung solat, ada yang solat tiada masbuk dan macam-macam yang pelik di depan mata, silalah jangan bawa balik ke Malaysia.
Mak saya pernah nampak mak arab tidur kemain lena, lepas bangun je terus ambil wudhu' dengan cara lekap tangan kat tiang masjid!
Dia ingat dia angkasawan gamaknya. hahaha...
ok. Sila jangan tiru aksi-aksi mereka... :)

Sambung balik perihal keberangkatan pulang.
Selepas bersarapan, kami bersiap memunggah beg-beg ke dalam bas.
Mutawwif memberitahu kami yang kami akan singgah di masjid terapung di Jeddah.
hoho.... nak melawat Laut Merah!


 #Jeddah yang pesat membangun.


 #Jeddah.



 #Masjid terapung di Jeddah. Rasa macam kat terengganu pulak.



 #di Laut merah. Laut inilah yang dibelah dengan tongkat nabi Musa as tu. Walaupun cuaca panas, angin laut di sini adalah sejuk. 



 #Contoh banglo Pak Arab kaya di Jeddah. Banyak banglo mewah kat sini. Teringat cerita kakak sekumpulan umrah ni bercerita.....trip umrah beliau sebelum ni sempat melawat tempat hukuman hudud dijalankan. Ada 200 orang maid Indonesia yang sedang menunggu giliran untuk dipancung. 200 orang? Memang melopong dibuatnya. Kesalahan? Menurut beliau, ada di antara mereka yang membunuh majikan. Ya Allah....kasihannya. Jauh-jauh merantau mencari rezeki, berkesudahan begitu. :'(



 #di airport Jeddah. Troli free di airport ni pun dibisneskan oleh staf kat situ. SR3 untuk sebuah troli. Itu belum kat timbangan berat. Diorang tak takut sebab kat sini Tanah Halal kot. Sigh....



#Ayam goreng Al-Baik yang sangat femes di Mekah dan Madinah. Memang sedap.



#sambil tengok kapal terbang, sambil layan perasaan yang macam-macam ada. Di sebalik kesedihan, terselit kerinduan yang bertimpa-timpa.


Flight delay lebih 3 jam kerana salah seorang penumpang dari Kedah meninggal dunia di tempat pemeriksaan masuk kerana diserang athma.
Pukul 8 malam lebih baru bertolak.
Saya diingatkan berkali-kali supaya waktu subuh adalah sangat singkat dan ambil wudu' pun hanya menggunakan air spray.
Mak, encik hubby dan abah bimbang saya terlepas solat sebab duduk berasingan dari mereka.
Solat Maghrib dan Isya' sebelum tu saya buat solat jamak di bahagian belakang kokpit.
Ya. Abah sangat strict bab solat.
Tiada solat menghormati waktu baginya selagi boleh bersolat.

Sampai di LCCT pukul 10 pagi waktu Malaysia.
Alhamdulillah selamat sampai...
Lega rasa hati tengok senyuman anak-anak.
Tak terhingga rasa terima kasih kat semua adik-beradik yang sudi menjaga mereka.

Semoga umrah ini bukan kali terakhir.... :)


Terima kasih sudi baca.
Luv,