Thursday, 18 July 2013

Diduga melalui Sista Ovari

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Apakah itu sista ovari/ cyst?

Copy sikit...


Sista atau ketumbuhan ovari merupakan kantung cecair dalam ovari. Ia bagaimanapun boleh berada di mana-mana saja dalam tubuh seseorang. Jika ia berada dalam ovari, sista yang terbentuk biasanya bersifat ‘functional cyst’ .

Biasanya sista ovari itu bersifat benigna yang tidak akan berubah menjadi barah. Tetapi sebahagian daripada sista benigna ini memerlukan rawatan jika ia tidak hilang seperti kebiasaannya.

Jenis sista ovari

1. Functional Cysts – ‘sista fungsi’ sangat lazim berlaku. Dikaitkan dengan kelainan dari fungsi ovari yang normal, apabila telur cuba dikeluarkan seperti dalam proses ovulasi. Ia akan menghilang dalam tempoh sebulan hingga empat bulan.

2. Endometriomas – terbentuk pada wanita yang berhadapan dengan endometriosis, apabila tisu dari lapisan uterus membesar di luar uterus. Tisu ini mungkin terkena ovari dan mula membesar. Sista jenis ini mungkin akan mendatangkan kesakitan ketika hubungan kelamin dan ketika haid.

3. Sista folikel & korpus luteum – terbentuk apabila folikel yang menghasilkan telur dalam ovari membesar dan dipenuhi cecair. Korpus luteum pula jisim tisu berwarna kuning yang terhasil daripada folikel selepas ovulasi.

4. Sista neoplasma – dermoid, mengandungi pelbagai tisu seperti gigi, rambut, serpihan tulang - ovari polisistik, disebabkan timbunan sista-sista kecil yang berganda dan berlakunya ketidakseimbangan hormon.

Simpton sista ovari selalunya sukar dikesan sebagai simpton oleh sesetengah orang. Biasanya ia ditemui secara tidak sengaja ketika pemeriksaan pelvis. Apabila sista dikesan, imbasan perlu dilakukan untuk mendapatkan imej lebih jelas berserta ukuran, lokasi dan sama ada ia bersifat ‘solid’, dipenuhi cecair atau bercampur.

Untuk mengetahui jika sista ini mungkin barah, doktor biasanya akan membuat ujian darah untuk mengukur kehadiran bahan dalam darah yang dikenali sebagai CA-125.

Tetapi ujian CA-125 ini biasanya untuk wanita berusia 35 tahun ke atas yang lebih terdedah kepada penyakit ini.

Rawatan sista ovari bergantung kepada beberapa perkara, antaranya saiz dan jenis sista, usia (sama ada dalam tahun-tahun yang subur atau sudah putus haid), keinginan mendapatkan anak, tahap kesihatan secara total dan tahap serius gejala yang dialami.

Tetapi kaedah rawatan sista ovari ini biasanya menerusi pembedahan (itu pun jika ia tidak menghilang selepas beberapa kitaran haid dan bertambah besar, mendatangkan kesakitan dan anda sudah diambang pra menopaus) doktor akan membuangnya menerusi prosedur laparoscopy atau laparotomy.

Jika tidak, pesakit akan diberikan perhatian dan diminta kerap membuat pemeriksaan dalam tempoh sebulan ke tiga bulan untuk melihat perkembangan pertumbuhan sista ini. Ini biasanya rawatan pilihan untuk wanita muda yang masih inginkan zuriat dan tidak memerlukan pembedahan sebagai jalan terakhir.

Penulis :Hafizah Iszahanid
Sumber : Ruangan Diognasis Berita Harian.

Ok. Saya mula kesan cyst ni semasa saya mengalami keguguran kandungan kedua pada tahun 2008.
Masa tu baru 2 cm lebih.
Sejak detect cyst tu saya kena buat pemeriksaan berkala setiap bulan.
Yang peliknya cyst tu berhenti membesar pada tahun yang sama pada saiz 4.8 cm macam tu.
Dari pemeriksaan berkala sebulan, bertukar jadi 3 bulan kemudian kali terakhir pada tahun lepas iaitu tahun 2012 doktor memberitahu yang cyst tu tak mengganggu.
So dia buat appoinment untuk setahun kemudian iaitu 1 April 2013 memandangkan selama 5 tahun cyst tu berada pada saiz yang sama.
Malangnya 1 April 2013 saya berada di Mekah menunaikan ibadah umrah dan saya telah terlupa mengenai appoinment itu.

Hinggalah pada 2 minggu lepas saya mengalami sakit perut dan terasa benjolan di perut seperti pregnant 4 bulan yang disangkakan angin.
Mula-mula saya berurut (Alhamdulillah nasib baik cyst tu tak pecah).
Lepas tu saya pergi klinik dan minta doktor scan.
Memang terkejut tak terkata la apabila doktor bagitau yang cyst tu dah membesar sehingga lebih 12 cm.
Memang kena buang la jawabnya.

Walaupun surat ditujukan kepada O &G Hospital Serdang (tempat appoinment saya) tapi encik hubby membawa saya ke CTC Fakulti Perubatan UiTM tempat di mana bapa mertua saya bertugas.
Saya merasa bantuan daripada Allah swt kerana segala urusan dipermudahkan.
Bilik bedah seakan menanti saya saja sebab saya boleh dibedah keesokan harinya.
Paling best, dapat pulak single bedroom padahal dah sah-sah GL saya tak layak untuk dapat bilik tu. :)
Alhamdulillah..



#makanan terakhir sebelum berpuasa untuk pembedahan pada 1 Ramadhan.



#Penginapan saya di CTC Fakulti Perubatan UiTM Sungai Buloh selama 4 hari.




Saya dimasukkan ke OT pada pukul 9 pagi.
Ada 3 orang doktor pakar gynae dan 2 orang doktor bius yang mengendalikan kes saya.
Pembedahan adalah secara lapyroscopic iaitu melalui tebukan 4 lubang.
Pembedahan selesai 4 jam kemudian dan saya sedar pada pukul 2 petang.
Sedar-sedar je saya muntah beserta darah.
Azabnya rasa ya Allah....tapi memandangkan nak sihat cepat, saya redha sajalah walaupun paling tak selesa tentulah tiub urine yang dipasang.
Rasa macam tengah tahan kencing sepanjang masa dibuatnya.
Nak terbatuk takut, nak terbersin lagilah.
Huhu....sabar je lah.

Doktor memberitahu cyst saya tu jenis endometrioma.
Mereka telah mengeluarkan cyst yang seberat lebih 600ml berbentuk coklat choki choki yang cair.
(terus tak lalu saya nak makan choki choki lepas ni gamaknya).



 #serbuk pasir untuk tayammum.



#pelawat yang setia.

Awal Ramadhan yang agak derita tapi redha.
Encik hubby dan anak-anak turut berbuka puasa di hospital menemani saya.
Banyak berita suka dan duka yang saya terima semasa berada di sini.
Apa pun hidup mesti terus.

Lepas ni kena jaga pemakanan.
Waktu period jangan suka mandi basahkan kepala dan minum air berais.
Kepak ayam pun kalau boleh cubalah elakkan.
Siksa tau kena operate ni.
Sekarang dah sihat dan boleh tulis blog. ecewah...
Dapat mc selama 2 minggu..
Semoga kau tidak muncul lagi wahai cyst!




Tuesday, 16 July 2013

Kasut Clarks untuk dijual.

Assalamualaikum wbt....bismillah..

Baru-baru ni dapat rezeki kasut Clarks ole-ole dari London.
Memang le happy tapi malangnya saiz besar la pulak.
Saya pakai saiz 6 untuk saiz Europe tapi kasut ni saiz 7.
Makanya orang yang memberi bersetuju supaya saya menjualnya pada harga RM150 sahaja.
Kasut Clarks ni memang sangat selesa dipakai.
Meh la roger -roger saya sms/whatsapp 019-2764682 kalau berkenan ye.


#kaler coklat dan sgt selesa.


p/s: pasal operate cyst tu saya akan cerita kemudian ye.
edit: kasut ini telah berjaya dijual. terima kasih.




Friday, 5 July 2013

Di saat tak berharap dengan Nuffnang

Assalamualaikum wbt....bismillah...


Dah lama tak dapat BE berangkai dari Nuffnang.
Selalu dapat satu, lepas tu menyepi.
Tadi saja-saja buka akaun terkejut juga la dapat 3 sekaligus!
hehe....happy.
Alhamdulillah..




Saya nak kongsikan tip-tip pasal Nuffnang pun tak berapa pasti sebab Nuffnang ni selalu di luar jangkaan.
Jenuh pulun tulis entri hari-hari pun selalu tak dapat juga.
Yang blog ni bulan Jun lepas ada 3 entri je kot, tapi dapat pulak.
Ish...memang tak boleh nak kata bila tiba bab BE.
Apa- apa pun istiqomah je la dalam menulis blog ni.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
In shaa Allah...



Thursday, 4 July 2013

Ini entri stress

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Di sebalik cerita-cerita gembira yang disajikan, saya sebenarnya selalu terfikir....apakah yang mampu dilakukan melalui blog?
Apa tujuan kita menulis di blog?
Kalau mahukan duit, halalkah duit hasil dari hack traffic? Paksa orang like atau tipu link?
Adakah puas sangat di hati, kerana melalui blog boleh dapat populariti?
Lepas tu feeling2 macam selebriti?
Berapa ramai yang menulis memang dari hasil fikirannya sendiri?
Bukan setakat copy paste lepas tu guna Samseng Facebook?
Oh, memang stress. Sebab saya belum mampu menjadi blogger yang mampu menulis berdasarkan pendapat sendiri mengenai sesuatu isu yang menjadi pemangkin fikiran pembaca-pembaca blog ini.
Saya cuma mampu utarakan stress saya tentang isu di Mesir.

Ya. Mesir.
Bukan disebabkan adik ipar saya yang masih study di sana serta kawan-kawan saya yang sedang bertugas di sana.
Syria juga sudah meluluhkan hati saya, apatah lagi Mesir yang diketahui tamadun hebatnya ribuan tahun sebelum Masihi.
Tahun lepas, betapa leganya bila Dr. Morsi menang pilihanraya melalui sistem demokrasi.
Alhamdulillah, parti yang mendokong Islam menang di Mesir.
tapi hanya setahun.
Dan semalam, terima berita yang meluluhkan hati amat memedihkan.
Kenapa begitu payah Islam diutamakan?
Itu di negara yang mana ramainya para ulama Islam menuntut dan menyampaikan ilmu Islam.
Di dunia Arab yang begitu dekat dengan warisan para anbiya'.
Tapi yang mendokong Islam masih dijatuhkan.
Ironi sungguh.

Arab Saudi yang menyokong penggulingan ini memang mengecewakan.
Tapi apa sangatlah yang nak dihairankan.
Rumah saya jauh dari Starbuck dan Mc Donald.
Tapi Starbuck sangat dekat dengan Kaabah.
Keluar masjidil haram, naik escalator kat Burj al Bait tu dah boleh jumpa.
Entah apa yang ada dalam pemikiran pemimpin negara-negara Arab ini.

Saya memang geram dan sakit hati.
tertanya-tanya di hati, apa yang mampu dilakukan oleh seorang rakyat marhaen yang jauh dari negara  Arab ini seperti seorang saya?
Tiada perasaankah pemimpin-pemimpin yang dikatakan pemimpin negara Islam yang lain?
Siapa lagi pemimpin yang lantang menyuarakan pendapat tentang perihal umat Islam selain Morsi dan Erdogan?
Ada sesiapa?
Maaflah sebab banyak pertanyaan dan tanda soal.
Saya memang tengah stress sebab pemimpin negara sendiri pun ....errmmmm....
u olls nilaikan la sendiri.
Titik.


GUGUR SISTEM DEMOKRASI NEGARA MESIR

{TERKINI : Isu Semasa Mesir}
Pemerintahan Rampasan Kuasa di Mesir :

1) Menutup semua saluran siaran Islamik (17 saluran ), yang menyiarkan siaran langsung di medan perhimpunan , terutama di Rabaah Abawiyyah
2) Menyekat surat khabar FJP.
3) Menutup siaran Misr 25
4) Menyekat siaran langsung al jazeera di rabaah
5) Menggunakan peluru hidup ke arah penyokong Dr.Muhammad Mursi sehingga ramai yang syahid.
6) Menahan beberapa pemimpin yang menyokong kepimpinan Presiden Dr.Muhammad Mursi
7) Menangkap ketua pejabat siaran langsung al jazeera dan beberapa pemberita antaranya Syariff Mansour dan Muhammad Jamal.
8. Merampas semua kamera di tempat persekitaran himpunan Rabaah Adawiyyah
9) Menghalang wartawan daripada membuat liputan kepada penyokong Dr.Muhammad Mursi di Rabaah Adawiyyah.
10) Kesemua Stesen Televisyen Kristian meraikan rampasan kuasa keatas puak Islam sementara stesen televisyen Islam Mesir ditutupkan serta para pekerjanya ditangkap. Demi Allah SWT, ini penghinaan dan pengkhianatan keatas umat Islam.

"يا الله احفظهم وبارك فيهم وانصرهم"

SUMBER :
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)


Seni kreatif di calculator

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Di sebalik kekecewaan dan kesedihan yang turut dialami angkara peristiwa di Mesir, Qisya telah menambah lagi sedih di hati mama beliau ni.
Ada ke patut dicontengnya calculator mama guna permanent marker. (baru perasan)
Jenuh dok tonyoh  tapi tak mahu tanggal.
Itu baru bawa beberapa minit ke ofis.
kalau bawa sehari waktu bekerja, tak tahulah apa jadi.


 #seni kreatif di salah tempat.


Tengah dok taip-taip entri ni, dapat pulak sms suruh ambil hadiah sebab menang kuiz.
Apa lagi, laju je pergi ambil. hehe...



#yeayy!! lepas le juga bawa anak-anak makan Pizza Hut malam ni. :D


Alhamdulillah...
sesekali rezeki datang menjengah, memang happy rasanya walaupun tak seberapa berbanding rezeki orang lain yang semedang je menang peraduan tu. (ceh, berbau cemburu je bunyinya, ye dak? haha)
Tak jeleslah tapi pelik.
Encik hubby kata, kenapa asyik orang yang sama je menang? Itu tandanya Allah swt nak tunjuk kebesaranNya.
Pap!! Rasa macam kepala ni kena ketuk!
Baiklah bah. hehe...kadang-kadang bila asyik mempersoalkan, kita lupa Allah swt Maha Berkuasa.
Insaf jap. :)



Wednesday, 3 July 2013

Ajmal Perfume

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Hari tu masa jalan-jalan di Pavilion, encik hubby beria-ia ajak ke Ajmal.
Nak beli perfume yang best sangat baunya kata encik hubby.
Sebenarnya saya tak pernah pula ambil port sangat pasal minyak wangi ni.
Asal sedap je baunya tak kisah brand apa pun, saya belasah guna je.
Selalunya yang saya beli dari Avon atau Bodyshop je.
Selalu juga dapat perfume hadiah dari emak dan abah mertua kalau mereka balik dari melancong.
Stok yang dari Mesir pun ada lagi. hehe..

Ok. Berbalik kepada perfume dari Ajmal ni.
Walahh.....memang wangi sungguh la bau perfume-perfume dia.
Lama kitorang lepak kat situ membelek botol-botol perfume yang cantik.
Sambil sedut bau wangi puas-puas. haha..
Bau sinonim Arab tapi dapat diterima oleh hidung.
So, jangan dok imagine sangat bau minyak atar yang kadang-kadang agak keterlaluan tu.


 #see? cantik-cantik botol dia.



 #interior Ajmal di Pavilion.



 #yang ni feveret permaisuri Sultan Brunei. Salesgirl kat sini kata, dia beli semua stok perfume Areej al-Shouk yang ada kat kedai ni. Yang ni bukan perfume tapi concentrate. Kira pati minyak wangi yang lebih pekat berbanding perfume. Main calit-calit je tapi kekal satu hari bau dia. harganya dalam rm 315 sebotol.



 #ini rupa kotak dia. Kalau sesiapa nak feeling2 nak bau sama macam permaisuri, boleh try minyak wangi ni.



 #salesgirl yang rajin bercerita. Seronok dengar pengalaman dia berjumpa dengan ramai selebriti.



 #haaaa.... yang ni la perfume yang encik hubby berminat sangat tu. Wasal nama dia. Memang wangi pun. Best je cium baunya. Paling best, perfume ni sesuai untuk lelaki dan wanita. Kalau nak tau, Fazura pun suka perfume ni tau. Haih.....untung salesgirl tu.







# ini la kayu gaharu. Sape nak kaya, tanam la pokok gaharu banyak-banyak. Harganya rm20k sekilo. 



*credit : google


Lupa pulak nak snap gambar luar.
Ini la kedai Ajmal di Pavilion tu.
Sesiapa pencinta minyak wangi mesti dah tau kot.
Tapi sesiapa yang belum mencuba, Ajmal memang terbaik.
Rasa nak rembat untuk raya nanti sebotol. ngeee...




Monday, 1 July 2013

Happy birthday Qisya sayang!

Assalamualaikum wbt....bismillah...

29 Jun hari tu birthday Qisya yang ketiga.
Tiada birthday party untuk dia tahun ni.
Kami decide bawak dia jalan-jalan pi KL je.
Kami ikut saja apa yang dia nak.
hehe...nasib baik belum berapa pandai sangat nak minta hadiah bagai.
Cuma dia kata dia nak potong kek.
Maksudnya kek sebiji le tu.


 #tanya nak makan apa kat dia, balik-balik nak nasi goreng cina. Layan kan je la birthday girl ni. Makanya kami lepak kat Food Republic je. Kat situ macam-macam pilihan ada.



 #teruja sungguh tengok cupcake comel-comel. Nasib dia tak mintak yang ni. hehe..



 #nak pakai dress ni jugak. Jenuh suruh tukar tak mahu tukar. Feveret dress gamaknya. Ok. Mama layankan aje walau pun dalam hati....'adeh la Qisya oiii...ini baju pakai kat rumah je'. huhu...



 #buat kedai Ajmal ni macam rumah diorang pulak. hadoii...



 #ini time tak bergaduh ceritanya....hehe



 #ramai juga yang melepak kat Pavillion ni.











 #ini memang muka puas hati ni... 



#esoknya baru belikan sebiji kek untuk dia. Ini pun feveret dress dia. Dah macam takde baju lain. Adeh laa......




Dah alang-alang si kecik ni suka sangat bergambar, mama pun ambik kesempatan suruh dia jadi model untuk Audrra Blossom.
Amacam comey tak baju-baju peplum ni?
Sesiapa nak order, sila pm Audrra Blossom, sms/whatsapp 019-2764682.
Silalah jangan suruh pm, pm dan pm tak berkesudahan kerana PAGE tak boleh pm dulu.
Saiz yang Qisya pakai untuk usia 3 tahun seperti di dalam gambar ialah saiz S.
Berat dia dalam 13 kg gitu.

Ops!
Cerita pasal birthday Qisya ke baju peplum pulak melalutnya...haha..
Tapi apa salahnya beriklan terus ye tak? :D

Untuk si kecik Qisya kesayangan mama ni, semoga terus membesar dengan sihat dan cergas.
Semoga jadi anak yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Doa mama akan sentiasa ada untuk Qisya selagi hayat dikandung badan.
Insya Allah....