Friday, 13 September 2013

Senyuman bersama entri lama

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Disebabkan terlalu lama tinggalkan blog, semalam saya belek-belek balik blog saya ni.
Baca balik apa yang saya tulis dulu-dulu. :D
Sengih memanjang saya dibuatnya.
Sayakah itu?? hahaha...

Kat bawah ni antara entri-entri saya yang saya suka baca. (psiko kot, sendiri tulis sendiri baca. :p)

'Membazir amalan syaiton'
'Kerja sambil-sambil'
'Hantu ijo'
entri-entri hari raya.

(cari sendiri le...malas nak letak link. ekeke..)

Ada kawan-kawan pm saya bagitau blog saya ni best dibaca.
itu depa kata. bukan saya tau.
kembang kempis jap hidung ni. kah kah kah... (matik la perasan mengundang. :p)

By the way, thanx kenkawan yang jadi silent reader.
Tak sangka u olls rajin pulak membaca blog ni.
Siap bagi semangat untuk terus menulis.
Insya Allah.... mudah2an saya diberi kelapangan untuk mengadap blog ni dan berkongsi cerita.
Nasib baik juga ada blog.
Boleh ingat balik kenangan dolu-dolu. hehe..

Terima kasih sudi baca. Luv u oll...





Tuesday, 10 September 2013

Aidilfitri 2013

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Pencapaian paling lama meninggalkan blog. haha...
Makanya terlalu banyak cerita yang tak terhapdet kat sini.
Alasan? Sibuk. Hehe...Agak klise di situ.

Well, kerja di tempat baru....suasana baru....tugasan baru....kawan-kawan baru...bos baru, memang serabut sikitlah.
Tapi tidak mengapalah.
Semua akan ok. Insha Allah...
Saya kena bersabar dan cepat-cepat belajar. :)

Raya tahun ni memang best.
Alhamdulillah mak saya masih sihat untuk menyediakan lemang 40 batang.
Ada lemang biasa, tepung dan jagung.
Best, kan?
Lepas tu, ada sepupu saya suami isteri volunteer nak beraya dengan kami semua disebabkan teringin nak belajar membakar lemang. Salute!

Memang happy sangat dapat berkumpul bersama seluruh ahli keluarga.
Photoshoot raya je mengambil masa berjam-jam termasuklah berjemur di tepi Sungai Perak yang airnya tengah surut dan sangat jernih pulak time raya tahun ni.
Pagi petang kami berendam di Sungai Perak. haha...

Meh la layan gambar raya tahun ni.
Sikit-sikit je la ye. :)

 #dengan mak tercinta. :)


 #kami.


 #entah mana satu kamera nak tengok masa ni. hehe...


 #di tepi Sungai Perak belakang rumah mak tempat kami bermandi-manda.



 #nak beli tanah. konon-konon.


 #heheh..



 #berlakon je lebeyyy...



 #Amsyar dan sepupu2nya...



#susah betul nak dapat semua ada dalam gambar macam ni. Dah selebet baru nak dapat bergambar gara-gara tunggu abang sulung dangan familynya sampai.


 #di rumah ibu mertua saya pulak. Yang lelaki sibuk kat luar. Tak dapat juga bergambar beramai-ramai. huhu....


#last pic....Qisya dan Ireen. Kemain mekap bagai. Semua nak sama. huhu..


p/s: Tak sempat nak berkunjung ke blog kawan-kawan.