Thursday, 31 October 2013

Papa Johns Pizza

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Kali ni nak review sikit makanan kat Papa Johns Pizza.
Selalu sangat lalu lalang kat depan restoran ni kalau meronda di IOI Mall Puchong tu.
Tapi tak berapa menggamit sangat la.
So, baru-baru ni dah takde idea nak makan kat mana, menyinggah la makan di sini.
Nak try katanya sebab belum pernah try. hehe..

# ini rupa restoran Papa Johns Pizza di IOI Mall Puchong tu. Rasa macam kat Mexico pun ada juga. hehe...


 #Tiap hari Selasa, hentam la nak makan banyak mana pun pizza kat sini. Bayarannya hanyalah RM15.90 seorang.


 #pilihan kami di hari itu. Pizza mexican katanya. Konon-konon nak makan yang pizza yang pedas. So, order la jenis ni. Tapi toppingnya agak mengecewakan. Saya makan sekeping je. Yang lain angkut balik rumah.


 #roti dan supnya.


 #closed up sikit rupanya. Nampak menyelerakan atau tak??


# yang ni side dish yang kami order. Chicken roll yang dituang keju atasnya.

Ok. Dah makan pun pizza di Papa Johns ni tapi inilah penilaian saya.
Rasa pizzanya tidaklah mengecewakan sangat.
Tapi di antara Pizza Hut, Dominos dan Papa Johns ni, Papa Johns berada di tempat ketiga.
Boleh la kalau sekali sekala nak merasa kelainan, ye tak?



Friday, 25 October 2013

Karnival sukan sekolah

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya di zaman sekolah rendah, hari sukan la paling best.
Ada banyak makanan dijual.
Harga pun murah je.
Mak bagi 50 sen, macam-macam boleh dibeli.
Lepas tu masuk sukaneka dapat macam-macam hadiah.
Kemain best lagi kalau diingat.

Minggu lepas, sekolah Amsyar pulak buat karnival sukan.
(eh...lama tak citer pasal dia, ye?)
Wah wah wah......kemaiiinnn.....
Dahsyat jugak sekolah dia buat bisnes.
hahaha...


 # ini budaknya. Ramai bising kata dia dah bulat. Habih tu, mamanya nak buek camno? Takkan nak tahan-tahan dia tengah berselera nak makan. Mamanya pun tak kuruih2 jugak walaupun tahan-tahan jugak makan tu.


Seminggu sebelum kejadian ini berlaku, bising dia nak beli kupon untuk join karnival sukan ni.
Mintak duit beli baju sukan rumah merah.
T-shirt RM17 pastu kupon RM10.
Memang tau dah tak cukup RM10 tu. huhu..
Mana idaknya.
Cer tengok kat bawah.


 #teringin nak main paintball. Kat sini je RM5 lebur. Tembaknya 10 kali tak sampai pun 10 saat. hahaha..


 #amboi. Siap ada floating boat lagi. Pastu depa pakat berendam ramai-ramai. Faham je la dengan fe'el bebudak.



 #sesi mengepow lagi dan lagi. Ingat cukup ka RM10? Si kecik tu pun kuat mengepow gak tu. Dengan bolanya entah berapa kali beli pastu hilang, dengan air sabun buih tiupnya tak sampai 5 saat habis tumpah. Adeh laa.....


 #nak naik kuda juga. Tak pe la, sekali sekali. Naik kuda ni pun sekejap je RM5. Jenuh beratur tunggu turn.


# nak masuk tempat pet pulak. Kat sini bayar RM3. Pun sekejap je masanya sebab ramai nak masuk. Kang mati pulak arnab2 tu. Maklum la, dah ramai sangat berduyun-duyun nak pegang depa. Huish abaaanggg......kena kerap joging lagi ni. Tembam sangat dah ni. huhu...


Camni la karnival sukan sekolah Amsyar.
Tu belum lagi masuk yang lain-lain tu.
Rumah hantu pun ada, tau.
Hebat beno.

Pergi try makan kat kantin sekolah dia,
Dengan tak sedapnya, dengan mahalnya.
Sabo je la.
Terfikir-fikir mereka yang ada anak ramai duduk kat tengah bandar macam ni.
Macam mana la agaknya. huhu..



Wednesday, 23 October 2013

Buang kalori tambah kalori hujung minggu

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Dah kena sound pasal tak hapdet blog. hahaha...
Meh sini saya hapdet.
Entah apa la nak cerita.
Macam takde citer best.
Haa......hujung minggu lepas pi jogging kat Taman Bukit Jalil.
Punya la ramai orang.

 #sebelum joging kena streching dulu.


 #aik? apesal macam jalan lenggang kangkung ni? Ini tengah joging ni tau. Kuat semangat betul Qisya. Jauh dia berlari tanpa stop. Hai laaa.....mamanya yang semput nak mengejar.


 #selalu datang area taman antarabangsa ni, tak pernah pulak amik gambar. Datang kali ni, meh pose banyak-banyak. Perasan dah sampai Holland dah ni. hehe..


 #Feeling kat Iran kejap. Konon-konon kat Isfahan Road, bole?


 #tengok abangnya bergambar atas batu, dia pun nak jugak.


 #LRT tak siap lagi. Nanti dah siap, bertambah mahal la rege rumah kat Bandar Kinrara ni. Sekarang ni rumah teres 2 tingkat yang biasa pun dah rege lebih 800k. Gila betul.


 #ini masa shopping sikit-sikit sempena raya haji. Tahun ni beraya dengan family sebelah encik hubby.



 #getah rambut letak kat tangan bukan kat rambut. Mana la rambut tak serabai.



#haaa.....ini menu Aidiladha yang lalu. Ada yang ditempah dan ada yang masak sendiri. Lepak kat rumah je pun. Tak beraya ke mana sebab diserang sakit kepala.


Cerita banyak, tapi tak berkesempatan la.
Tengok la tu semua gambar tak berwatermark.
Tapi ada ke yang nak cilok gambo-gambo blog ni?
Hahaha..... wonder jap. :p



Friday, 18 October 2013

Pencari kesilapan?








Assalamualaikum wbt....bismillah...

Sape dah tengok movie Escape Plan?
Best gilak, i tell u.
Super genius itu Ray Breslin lakonan Sylvester Stallone.
Letak la dia dalam penjara macam mana pun, mesti dapat keluar punya.


*korang kena tengok movie ni.

Apa kerja si Ray Breslin ni?
Satu kerjaya yang saya tak ingin nak buat.
Bayar la berjuta pun. hahaha.
Kerja dia, memastikan sistem keselamatan di penjara tidak boleh dilepasi banduan.
So, dia kena jadi banduan dan cuba sedaya upaya untuk keluar dari penjara itu sebagai banduan.
Sampai la dia ditempatkan di penjara yang tidak diketahui lokasinya di mana.
Memang best la.
Kagum betul saya dengan pengarah movie yang genius ni.

Ok. Itu movie.
Isnin lepas saya dapat job lebih kurang macam Ray Breslin jugak la.
Dia dibayar berjuta, saya dibayar RM150 je.
Tapi kejap je pon.
Buat keje tak sampai sejam.
Kejenya macam ni.
Saya ditugaskan memeriksa perkhidmatan sebuah bank.
Bank mana? 
Itu rahsia.
Saya konon2nya customer dan ditugaskan menyemak perkhidmatan kaunter dengan menanyakan beberapa soalan kepada staf bank.
Kira macam auditor rahsia le ni. haha..
Syok juga bab mencari kesilapan ni.
Bukan susah pun.
Pengalaman duduk di control room bertahun-tahun banyak mengajar untuk menjadi pemerhati.
Yang itu, saya akan cerita kemudian.

RM150 atas khidmat yang tak sampai sejam, dah selamaaaattttt....

errr....jangan lupa tengok movie Escape Plan, tau. Besttt....

Friday, 11 October 2013

Cendol terbaik di Shah Alam

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Excited sangat nak bagitau ni.
Saya tak tau la kenapa tekak saya ni mengada-ngada.
Kat Shah Alam ni, susah betul nak jumpa makanan murah yang super sedap.
Yang biasa jumpa adalah sedap dan mahal, super sedap pulak super mahal.

Pasar tani memang banyak makanan tak dinafikan.
Tapi yang melekat di ingatan adalah agak payah sikit.
Contoh macam kepak/tongkeng atau pedal madu panggang tu.
Kat pasar tani yang besar di stadium Shah Alam tu takde yang sedap.
Depa ni jual setakat boleh jual dan ada rasa je.
Yang sedap saya jumpa di pasar tani berhampiran rumah saya di Puchong.
Yang tu memang tak payah sos pun dah sedap.
Tapi kalau nak makan masakan pantai timur, memang pasar tani di stadium Shah Alam tu la yang banyak pilihan.

Berbalik kepada apa yang saya nak cerita ni.
Waaahhhhh......mula-mula kena ucap terima kasih kat adik ipar kesayangan saya sorang ni.
Dialah yang mula-mula jumpa warung lori ni dan tayang kat whatsapp family.
Seterusnya buat saya excited sangat tak sabar nak merasa juga.

Di Shah Alam ni, Cendol Pak Akob seksyen 16 la paling glemer.
Laksa yang paling glemer pulak yang di Seksyen 18 jugak.
Tapi tidaklah memberi impak sangat kat saya.
Takdelah teringat-ingat macam ni. hahaha...

Meh saya tunjuk...


 #laksa macam ni memang feveret saya. Tak pekat sangat. Tak cair sangat. Memang terbaik!


 #memang ramai orang. Tapi kali ni kami pergi awal sikit, maka dapat la tempat duduk ada meja. Rezeki.


 #mula-mula rasa, ya Allah....nape sedap sangat ni? hahaha....jakun sekejap. Untuk makluman, pagi tu dah makan nasi, makanya perasaan ini bukanlah disebabkan oleh perut yang lapar. :D


 #closed up sikit cendol pulut durian saya. Mak aiii.....saya yang biasanya tak suka durian dicampur sana sini selain tempoyak dalam gulai, boleh telan pulak cendol ni dengan penuh rasa kegirangan. Sedap melampau, okay?? haha..


 #kat mana? kat mana? cer kabo. Ok...nak bagitau le ni. Warung lori ni dekat area kilang dari seksyen 7 menghala ke Bukit Raja. Ikut Jakel terus sampai hujung lepas tu ambil kiri.


 #ada tiga warung lori kat situ. Sila pilih yang paling hujung. Yang ada bunting Cendol Din's.


 #terparking di sebelah kilang pharmaniaga.


#ni ha nama jalannya. Kalau tak tau lagi, silalah google. Apa payah beno,kan?

Eh lupa pulak nak bagitau harga.
Cendol biasa RM1.80.
Campur pulut dan durian jadi RM3.50.
Laksa mabeles tu pulak RM3.50.
Mee kari, pisang goreng pun ada juga.
Lepas ni boleh angkut kawan-kawan pulak ke sini. :D




Tuesday, 8 October 2013

Bola punya pasal

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Terus terang.
saya tak minat bola.
Cuba nak faham tapi tak faham-faham.
Yang saya faham bila bola dah dekat tiang gol je.
Kalau Malaysia yang main, tang situ la saya dok sorak sama. hehe...

Bola sepak di Malaysia ni kira hebat jugak la.
Pemain-pemain negeri dibayar gaji yang tinggi.
Malah ada yang sangat tinggi.
Sampai ada bini pemain bola ni yang eksyen sangat sampai dicop kongajo. hehe.
Apa pun minggu lepas, saya dah tengok la team Kelantan vs JDT.
Kali pertama saya rasa happy tengok bola bila melibatkan negeri lain.
Permainan yang penuh emosi saya kira.
Ganas pun ya kot.
Tak tahulah diorang ni sengaja atau tak sengaja.

Yang penting dan kelakar saya rasa,
peminat JDT yang over.
Di wall FB saya malam tu, banyak luahan perasaan tak puas hati.
Semua nak disalahkan seolah tak boleh nak terima kekalahan.
Ingatkan kawan-kawan FB saya saja.
Rupa-rupanya ada yang sampai nak membunuh!
Gila ke hape?
Pasal bola je pun.
Adoyaiiii......

sumber: FB

Kalah sekali, bukan bermakna kalah selamanya.
Adat permainan je pun.
Kalau rasa tengok bola tu best, jagalah disiplin.
Baru rasa selamat nak pergi stadium beramai-ramai satu family.
Ini kalau ada peminat yang hampeh penuh keganasan macam ni, buat malu pasukan bola je.
Negara pun boleh malu, tau.




Monday, 7 October 2013

Penyakit 'ada aku kesah'


Assalamualaikum wbt...bismillah..

Semalam pergi pasar malam.
Yezzaaa.....harga makanan yang selalu saya beli dah bertambah harganya.
Roti John RM3 dah jadi RM3.50.
Jagung rebus RM1.50 setongkol dah jadi RM1.70.
Fine.

Pergi foodcourt Giant, nasi goreng belacan feveret kami tu dah jadi RM6.00.
Sebelum ni RM5.50.
Naik 50 sen.
Fine.

Pergi Fruity nak beli kek untuk kakak saya.
Biasanya harga kek feveret saya tu RM48.
Semalam harga yang perlu dibayar menjadi RM55.10.
Naik RM7.10.
Fine.

Ada aku kesah? Ada aku kesah? Ada aku kesah?
Ko giler kalo tak kisah. hahaha...
(tawa dalam tangisan)

Kalau dulu, bila tiba bab makanan....ambik je.
Nak makan katanya. Bayar je laa...
Tapi sekarang ni mocik terpaksa berkira-kira.
Angkara 20 sen, duit minyak kereta dah bertambah lebih RM30 sebulan.
Kuih-muih dah jadi 50 sen.
Kalau ada yang 40 sen pun kecik bebeno.
Kerana kasih dan perut yang mintak diisi, terpaksa la layan.

Bunyi macam miskin je ye tak?
Betul la. 
Golongan pertengahan dikira kalau dah pakai Mercedes dan ada harta bernilai RM2 juta.
Jauh lagi tu. huhu
Makanya berjimatlah selagi boleh walau hakikatnya pemimpin-pemimpin negara ni ramai yang bermewah sakan.
Itu takpa.
Menjawablah kalian di akhirat sana.

Mocik di sini sangat kesah walau nampak macam tak kesah.
Mocik rasa macam nak masuk parlimen je bila tau hutang negara ni dah jadi RM 622 billion.
Menggeletar rasanya.
Bagaimana nasib Amsyar dan Qisya di masa akan datang?
Oh myyyy....... mengapa orang2 di atas tu macam tak kesah?
Semua kena penyakit 'ada aku kesah' ke?

*google
ko kucing jangan nak berlagak. lempang kang baru tau. :p


Makin jauh untuk menggapai impian nampaknya. huhu...




Friday, 4 October 2013

Pertemuan pertama dan terakhir

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Salam Jumaat yang barakah.


 #gambar kenangan bersama arwah bonda kepada kak halima tuan blog Moh Kembara pada Aidifitri lepas.

Dari blog sebenarnya saya jumpa ramai yang hebat-hebat dan kak halima salah seorangnya.
Saya suka sangat baca blog Moh Kembara tu.
Banyak gambar dan gaya cerita yang sempoi buat saya pun teringin sangat nak pergi ke Laut Hitam, Turki.

Hari Raya lepas saya berkesempatan singgah ke rumah mak kak halima sebab beliau masih berada di kampung.
Masa tu arwah masih sihat dan kak halima kata beliau masih mampu mengayuh basikal di usia menghampiri 90-an.
Semalam, terkesima saya membaca di fb tentang pemergian arwah.
Terkejut saya kerana sejak akhir-akhir ini kak halima suka share pasal arwah.
Gambar arwah menyapu halaman rumah paling segar di ingatan.
Salam takziah buat kak halima sekeluarga.
Al-Fatihah utk Hajjah Zawiah bt Hj Nor Rashid.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.


#bersama embah Mar.

Nenek kepada suami saya pula sedang terlantar di Hospital Selayang kerana menjalani pembedahan pinggul yang patah kerana terjatuh di bilik air.
Ya Allah, sembuhkanlah nenek kami ini.
Panjangkanlah  usianya kerana dialah penyatuan keluarga besar kami.
Aamiiinn.....





Wednesday, 2 October 2013

Sejak bertukar jabatan

Assalamualaikum wbt...bismillah...

hari yang agak tenang sikit, maka bolehlah hapdet sikit-sikit cerita basi lebih sebulan kot. haha..
bermula dari cerita open house yang dibuat di penghujung Syawal.
giler ah rakyat Malaysia ni.
sampai sebulan beraya....walaahh...
apa pun layankan aje kalau dah ramai yang nak sedekah makanan.

 #sebahagian kawan-kawan di jabatan baru. Open house tahun ni tak best sangat sebab takde penglibatan staf dalam penyediaan makanan. Kitorang datang makan je. Boriiinnggg...


 #makanya banyak la pose tak tentu arah macam ni sebab tak buat apa lepas kenyang makan.


 #yang ni open house kat rumah mak mertua pulak. Adoyaiii....penjimatan yang amat ketara dari segi baju raya. Tahun ni saya takde sehelai baju kurung pun. Semuanya jubah dress. Ada la pulak tukang buat spoil gambo kat belakang nun. huhu...


#antara juadah yg dihidang. Berhujan la pulak masa petang tu. Kesian kawan-kawan yang datang.



#acara makan-makan diselang-selikan dengan segala mak nenek program di hujung minggu. Yang di atas ni masa program banteras tikus tu. Semua pakat-pakat kerumun tikus dalam sangkar tu siap ambil gambar bagai. Kalau Little Stuart dalam tu tak pe jugak. hahaha...



 #disebabkan mama diorang ni kena design playground baru kat Taman Tasik Shah Alam ni, tiap minggu la diorang berdua ni berkampung kat sini. Kemain happy la jawabnya.



 #sebahagian playground jenama Kompan yang menjadi pilihan untuk diletak dalam design saya. Yang beruntungnya si kecik Qisya le. Test semua. haha..


#di taman Setia City Mall Convention Centre. Kemain ramai couple pengantin photoshoot kat sini. Best ke tak di jabatan baru? heheh. *mata ke atas.


Rutin kehidupan dah berubah.
Balik keje masak.
Pastu mandi dan solat.
Pastu layan drama jap.
Pastu solat maghrib, ngaji dan solat isyak.
Pastu terus zzzzzzzz..........oh myyyy....


Dah dapat jawapan, kan? :D