Tuesday, 31 December 2013

Vietnam, Kami Datang ! - Part 6 (Shopping)

Assalamualaikum wbt...bismillah....

Vietnam memang hebat dalam membuat barangan tiruan.
Macam-macam barang tiruan boleh dijumpai di Ho Chi Minh City.
Pakaian dan kasut paling ketara.
Disebabkan makin ramai pelancong di Ho Chi Minh City, terdapat juga Saigon Square 1 dan Saigon Square 2 yang lebih luas di mana terdapatnya jualan jenama-jenama pasaraya.
Tapi saya tak pergi pun sebab tujuan utama bukan untuk shopping baju. hehe...

Jualan kasut pun banyak juga.
Lokasinya di Shoes Street 1 (Ly Chinh Thang) dan Shoes Street 2 (Luu Van Lung).
Google je.

Rakyat Malaysia ni suka menginap di area Pasar Ben Thanh saja.
Termasuklah kami.
Kali pertama la katakan.
Tak berapa pandai lagi nak explore jauh-jauh.
Lagi pun, kat situ je la yang banyak kedai makanan Muslim.


#memang femes le 'CHO' kat Vietnam ni. Pasar ben Tanh ni dipanggil Cho Ben Tanh. Entah apa maksudnya. Pasar kot. hahaha...



#macam ni la keadaan di dalam Pasar Ben Tanh tu. Naik sawan jap tengok kain cotton cantik-cantik. Harga murah pulak tu. Kat dalam ni punya la ramai rakyat Malaysia sampai peniaga kat sini pun ramai yang boleh cakap Melayu.


#lorrr...sape amik gambo ni ye? Bergego abes nih. Tapi ini je gambo kedai kasut yang ado, tepek gak le. memang pening nak buat pilihan.



#yang ni pulak kedai pelbagai topi. Macam-macam topi ada.

Pasar Ben Tanh ni pun banyak juga kedai jam tiruan berkualiti tinggi.
Kawan-kawan saya pun pakat membeli jam kat situ.
Tapi depa tak pe la.
Pangkat beso, gaji beso....pakai jam tiruan pun takde sape nak ngata.
Original aje.
Cuba saya.
Dari jauh dah orang kata, "alaaa....jam tipu le tu." hahaha...


#di luar Pasar ben Tanh yang juga merupakan tapak  pasar malam yang beroperasi bermula jam 7.00 malam sampai tengah malam.



#di pasar malam, harga jualan lebih murah berbanding di dalam Pasar Ben Tanh tu. Cuma kena pandai memilih dan tawar menawar.

Tips utama membeli-belah di pasar malam ialah.... jangan terus membeli di gerai pertama yang kita jumpa.
Sila survey dulu gerai-gerai lain kerana bimbang menyesal bila tertengok barang yang sama tapi harga jauh lebih murah.
Tapi tak rasa apa pun yang special kat pasar malam ni.
Feeling pun macam kat Malaysia je rasanya.
Dah ramai sangat orang kita kat situ.
Saya pun tak faham.
Best sangat ke Vietnam ni sampai macam destinasi orang Malaysia wajib pergi?
Mesti tak lama lagi, makin mahal la harga barangan kat Vietnam tu.


#Destinasi wajib pergi juga katanya. Hard Rock Cafe Ho Chi Minh City. Kalau jumpa sesiapa pakai t-shirt Hard Rock Cafe Vietnam, itu adalah tipu semuanya. Original hanyalah Ho Chi Minh City atau Saigon saja. 


#punya la lama diorang ni memilih t-shirt macam banyak sangat pilihan. Saya dah naik keboringan menunggu. Nasib hidung tak kuar asap. hahaha...




#nasib baik rembat banyak helai jugak. Idok jadi le nak marah. Entah apa special sangat t-shirt ni idok le tau. Harga udah le kemain mahal melampau. Saya beli yang tiruan seploh hengget je. Tipu-pun tipu la. Asal boleh je. ngeee...


Ada banyak lagi pasar borong.
Tapi u olls kena pergi dengan orang Vietnam.
Diorang kat pasar-pasar lain tak pandai cakap melayu.
Jenuh ko nanti nak bermuamalat dengan diorang.

Last but not least,
Tentulah shopping telekung bagai.
Kat sini banyak butik orang Melayu Champa dari Kemboja.
Terus-terang, sulam telekung Vietnam adalah sangat terkebelakang berbanding sulam Indonesia.
Tapi di Vietnam, telekungnya semua guna material tebal.
Tak jarang kekdahnya.
Untuk telekung lycra, banyak jenis juga rupanya.
Ada banyak butik, pilih sajalah.



#Ini butik Kamariyah. Tu haa....yang tukang lipat telekung tu. Siapa-siapa berbadan besor dan tinggi...telekung di sini adalah pilihan terbaik sebab koleksi telekung lycranya semua labuh. Tengok yang tergantung tu pun dah tau, ye dak? Yang berposing 3 orang tu jangan tengok. Posing je lebey. hahaha...



#yang ni kat Basiroh. Ramai kot dah yang tulis pasal Basiroh macam dah takde kedai lain. Dun worry, banyak butik lain yang peramah juga melayan.


#tudung botingkek-tingkek


Pasal tudung pulak, kebanyakan butik semasa saya ke sana hanya menjual jenis tudung Fareeda ni ha.
Harga di antara RM15-25.
Lawa-lawa juga.
Pandai-pandai la memilih ye u olls.
Kepada yang nak ke sana, Selamat bershopping di Ho Chi Minh City, Vietnam!




Monday, 30 December 2013

Rumah Rehat Kuala Kangsar

Assalamualaikum wabt...bismillah...

Saya belum pernah menginap di Rumah Rehat Kuala Kangsar.
Tak tahu pulak dah ada blok baru.
Masa Kak Ella datang hari tu, saya book Rumah Rehat Kuala Kangsar ni untuk dia.

Dah alang-alang tu, mari review sikit pasal Rumah Rehat Kuala Kangsar ni.
Mula-mula ingat nak book Perak Riverside Resort je, tapi baca review dari blog lain banyak yang komplen pasal servis kat situ.
So, tak jadi.



#Lobi berada di blok baru. Dulu kecik je lobi Rumah Rehat Kuala Kangsar ni, sekarang dah besar dan luas. Parking pun sangat luas.


#masuk pulak bilik delux yang ditempah untuk kak Ella. Mak aiii.....luaassss sangat! Kak Ella boleh buat kelas aerobic kat sini kot. hahaha....

Sangat rugi kalau duduk kat sini sorang-sorang, kan?
Amboi Qisya....nyempat lagi tu tumpang posing.



#sebab ini adalah toilet. Gambo kecik-kecik, sudehhh. Memang luas, bersih dan selesa juga.



#Ada sofa besar pulak tu. memag feel habis la stay kat bilik ni.


#Ada kabinet besar, meja solek dan tv LCD. Bagus....baguusss....


#di balkoni bilik.

Mari kita lihat pemandangan di luar pulak.
Haruslah tepek gambo wajah-wajah puas hati tengok bilik best, ye dak??



#pemandangan di sebelah kanan, adalah Sungai Perak dan kampungku yang indah, Kg Sayong Lembah.


#pemandangan di sebelah kiri ialah taman berlandskap indah menuju ke Kg Sungai Siput dan Bukit Chandan. Cantik, kan? Pagi tu macam kat Cameron Highlands jugak la. Ada kabus-kabus gitu.


#haa... ini lorong bilik-bilik di blok baru Rumah Rehat Kuala Kangsar.


#pandangan hadapan blok baru Rumah Rehat Kuala Kangsar.


#berlatarbelakangkan Sungai Perak.


#berlatarbelakangkan Rumah Rehat Kuala Kangsar.


#Inilah blok Rumah Rehat Kuala Kangsar yang lama.

Rumah Rehat Kuala Kangsar adalah di bawah pengurusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.
Makanya ada diskaun juga untuk staff kerajaan.

Kolam Renang Kuala Kangsar juga terletak bersebelahan Rumah Rehat Kuala Kangsar ni.
Entri mengenai Kolam Renang Kuala Kangsar dah ditulis tahun lepas.
Boleh la berkunjung bawa anak-anak mandi-manda kat sana.

Err...abaikan pasal Kolam Renang Kuala Kangsar.
Keseluruhan, menginap di Rumah Rehat Kuala Kangsar ini sangat berbaloi.
Kalau nak melancong di Kuala Kangsar, menginap di Rumah Rehat Kuala Kangsar adalah pilihan terbaik!


#dari Fb Rumah Rehat Kuala Kangsar.


Thursday, 26 December 2013

Cuti-cuti durian 2013

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Entri yang letak tahun lagi. kikiki..
Dah musim durian setahun sekali je kan?
Itu dusun keluarga saya la.
Kot-kot ada dusun yang berbuah dua tiga kali setahun tu rezeki depa la.
Dusun kami berbuah setahun sekali je.
Citer pasal dusun kami ni kat SINI .

Percutian durian di kampung saya kali ni, saya telah mengangkut kawan-kawan saya balik.
Salah sorangnya tuan blog Dari jari-jari halusku.
Blogger pertama yang datang ke rumah mak saya, tau.
Besar hati saya nih. Ecewaahh...
Acaranya seperti biasalah.
Ronda-ronda, makan-makan, masuk dusun dan memekak beramai-ramai.
Biar gambar je yang bercerita seperti selalu. ;



 #Qisya dan aunty2 yang best. Best beno dia mengepow macam-macam.

Balik kali ni tumpang kete wai.
Bertiga je dengan Qisya.
Kak Ella dan Mek Ti sampai esoknya.
Mereka menginap di Rumah Rehat Kuala Kangsar.
Nanti saya tulis review Rumah Rehat tu.


 #Terima kasih Amsyar gigih mencari dan mengangkut durian.

Amsyar la paling seronok.
Dapat stay dua minggu kat kampung.
Makin membolat dia.
Seronok sangat dengan sepupu-sepupu kat kampung tu.


 #Agenda utama mestilah masuk dusun, ye dak? Baru best. Nak makan kena cari sendiri kata mak saya. hahaha...Nasib la depa ni kena angkut durian. :D


 #Petang kak Ella sampai tu, kami menjemput diorang pegi makan cendol basic tersedap di dunia. Takyah ada kacang ke pulut ke..durian ke....konpom sedap!!



 # tuan blog Dari jari-jari halusku  bersama mak saya. 



 #pastu kitorang naik bot ronda Sungai Perak dari Jambatan Sayong ke Istana Iskandariah. Seronok hoihh....memekak dalam bot macam bot tu kitorang yang punya. Hahaha...


 #awat tutup mata tu dik? Mama dah fefeeling pelancong ni. Padahal kampung sendiri. ekeke...


 # Bukti yang pernah saya beritahu bahawa Sungai Perak di Kuala Kangsar jauh lebih cantik dari Sungai Mekong. Betul, kan? Lalala....



 #malam tu sebelum hantar kak Ella balik ke Rumah Rehat, menyinggah sat shopping baju di Arena Kuala Kangsar. Dah macam uptown je kat sini.



# sebab tuan blog suka gambo macam iklan ni, tuan blog bagi promosi percuma sebagai penghias blog ni. Bole? hahaha...

Memang seronok la balik kampung.
Macam tak cukup je dua hari.
Lagi pun, ada lagi durian feveret yang belum gugur.
Balik aritu, terkebil-kebil je pandang buah-buah tu kat pokok.
Rasa geram je tak gugur-gugur.
Yang mak pulak kata, "Pegi la kait deghoyan tu."..
hoh! Sabo je la.



Kedai Kopi 1, Taman Tasik Shah Alam

Assalamualaikum wbt...bismillah...


Mari review restoran Kedai Kopi 1 di Taman Tasik Shah Alam.
Hari tu lepas balik kursus yang tak menyediakan makanan tengah hari, bos suruh makan je kat Kedai Kopi 1.
Dia kata, order je apa yang nak dimakan.
Kemain order je la kitorang ni. hehe...


 #ini namanya Maryland Chicken. Ada sos yang agak manis, beserta nenas, salad, coleslow dan french fries. Harga RM12++.


 #Ok. Yang ni Chicken Chop dia. Portion agak kecil berbanding Maryland Chicken. Boleh laaa....



 #Yang ni Sago gula melaka. Ada letak aiskrim. Rasanya memang sedap.



#Ini menu yang saya order. Chicken Grilled. Sebelah ekor ayam saiz kecil. Harga RM 18 ++ . Rasa yang boleh tahan tapi saya suka Maryland Chicken lagi kot.


Sebenarnya ada banyak gambar lagi.
Tapi dari kamera lain la pulak.
Since malas nak transfer gambo kekdahnya, saya letak mana yang ada.
Keseluruhan, makan kat sini adalah best.
Ruang restoran yang selesa, ditiup angin sepoi-sepoi bahasa...maklum la tepi tasik, ko.
Lepas tu, banyak pilihan pulak tu.
Haruslah hujung minggu bawa anak-anak makan kat sini.

Alamatnya di :

#nampak tak? hazabedah punya pemalas. hahaha....


Dan terpaksa jugak le curi sekeping gambo dari blog orang. Kui kui kui....

#credit kat blog Apa menu hari ini

Blog apa menu hari ini lebih detail kot bercerita. hehe...
Yang penting, blog berhapdettt..... ;)




Monday, 23 December 2013

Bukan cerita kau saja

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Perlunya kita bergaul dengan ramai orang dan dari pelbagai bidang dan golongan akan membuka minda kita untuk berfikir dari sudut yang berlainan.
Saya memerhatikan orang sekeliling saya yang berada di media sosial akan mudah dikenalpasti cara berfikir mereka melalui tulisan mereka dan apa yang dikongsi.
Ada golongan yang main kongsi saja apa yang terfikir.
Ada golongan yang agak eksklusif dengan status yang ditulis.

Satu petang, saya dikejutkan dengan luahan hati seorang sahabat saya.
'Aku tak suka bila orang yang keje bidang tu, bila keluar sembang dengan kawan-kawan lain akan cerita pasal keje dia saja. Pasal dia saja. Macam takmo tau pasal orang lain.' kata dia.
Contoh? saya.
'Kalau doktor, asyik citer pasal hospital je....pasal keje dia je. Nak semua orang dengar cerita dia je. Boring." kata dia.
Ooooo......ok.
I got it.
Patut sahabat saya tu kalau keluar dengan classmate, silalah jangan cakap pasal landskap.
Pasal pokok.
Kena sound la jawabnya. hahaha....

Ye jugak.
Dah la duduk dalam bidang yang sama.
Cerita pasal benda yang sama.
Soooo boring.
But u should know, my sahabat.
Kadang-kadang keterujaan dan minat yang mendalam dalam bidang dia, nak tak nak tersasul juga.

Main point yang saya boleh ambil dari luahan hati sahabat saya tu,
'Bukan cerita kau saja yang wajib orang lain dengar. Cubalah kau pulak jadi pendengar cerita orang lain."
Haaa....gitu.
Makanya.....banyaklah gambar di FB yang saya delete.
Bukan kerana kata-kata sahabat saya.
Tersedar sendiri.
Terlalu berkongsi yang tidak perlu adalah lambang tidak eksklusif.
errr......boleh gitu?



Friday, 20 December 2013

Birthday Amsyar yang ke-9

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Lama dah tak cerita pasal Amsyar.
Minggu lepas celebrate birthday dia kat kampung bersama sepupu-sepupu dia.
Beli kek Secret Recipe je pun.
Tak de la buat parti ke apa memandangkan memang duduk bercuti di kampung tu, 24 jam adalah masa berparti dengan sepupu sepapat.
Dah meronda keliling rumah, bermandi sungai sakan...tak berparti tu? hehe...
Adik saya dan kakak ipar saya pulak rajin sangat masak macam-macam untuk budak-budak tu.
Kemain happy la si Amsyar.
Setahun sekali dapat berkumpul bercuti panjang di rumah Opah.

Dah 9 tahun rupanya anak mama sorang ni.
Dari rupa comel overload macam korea bak kata ucu dia, sampai la dah makin gelap dan bertambah lemak sampai jeans usia tak sampai setahun pun dah tak muat.....Amsyar adalah anak mama yang menyenangkan hati.
In shaa Allah... mama doakan selalu.

Walau pun lambat dapat adik, dan adik tu pulak selalu mengundang rasa annoying di hati dia.... Amsyar masih menjadi abang yang bertanggungjawab.
In shaa Allah....mama doakan selalu.

Makanya macam ni sajalah sambutan birthday dia tahun ni.
Tidak pernah meminta-minta setiap kali birthday dia, sebiji kek sudah cukup buat dia happy.


 #Qisya memang selalu buat Amsyar rasa annoying. Untuk pengetahuan, lilin yang ini ditiup Qisya terlebih dulu. Adeh laaa......mama faham perasaan mu nak. hahaha....



 #kasi can pulak Amsyar tiup. Ini la kali pertama main tiup2 lilin ni. Sebelum ni tak pernah pun. Saje je suka-suka bagi nampak meriah dan bercahaya sikit gambo tu. hehe...








#ok. jom makan kek. Eh, tingat pulak kek sedap ni. huhu....


Happy birthday anak mama sayang.
Semoga berjaya di dunia dan akhirat hendaknya.
Aamiiinn....