Novel I Love You , Stupid! dan My Precious Iris

Assalamualaikum wbt...bismillah..

Hati ni masih terbuai-buai lagi ni.
Angkara melayan novel I love You Stupid dan My Precious Iris tulisan kak Melur Jelita (MJ).
MashaAllah......dahsyat betul penangan.
Apa gerangan punya besarnya bakat menulis kak Melur Jelita ini?
Genius sungguh.


*google

Saya tengok kak MJ, macam tak percaya dengan imej yang saya lihat berbanding hasil tulisan beliau.
Hebaattt....sangat hebat.
Sampai saya pun naik sengal jugak. 
Saya layan novel ni sambil dengar lagu The Elegance of Pechebel by Serenade yang memang dah ada dalam koleksi instrumental saya.
Kemain ko, jiwang tak menahan sampai seret encik hubby sekali. 
Kot-kot la dia boleh bertukar jadi macam Abang Pedas. hahaha...


#Dalam list selepas My Precious Iris. 

Ok. Saya tak rajin nak tulis sinopsis kedua-dua novel ni.
U olls google sendiri la sebab dah ramai yang review.
Memang sangat-sangat tak rugi kalau nak buat koleksi.
Mana nak cari kisah cinta yang sempurna di zaman ni?
Terima kasih kak MJ.
Kisah cinta Firman dan Iris memang mendidik hati untuk terus memupuk kasih sayang dalam rumahtangga sendiri walaupun tak semestinya kita pun cantik dan hensem macam mereka berdua.

"Cukuplah Allah ada dan DIA ada untukku."

Walaupun saya belum pernah sampai ke Kemboja, tapi saya seperti dah kenal sangat dengan negara tu hanya melalui tulisan kak MJ.
Bagaimana negara yang serba daif itu boleh wujud kisah cinta yang sangat romantik mengalahkan filem Hindustan yang biasanya berlatarbelakangkan pemandangan indah negara-negara Eropah amatlah mengagumkan.
Inilah novel yang patut diangkat ke layar perak kalau tak pun di kaca tv.
Err....tapi siapa pulak yang boleh pegang watak Iris tu ye?
Ada cadangan?




14 Comments

  1. dulu ada pembaca blog yg suggestkan novel ni kat akak...katanya bagus sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bagus sgt. Jom pakat beli. Sbb mmg akan baca berkali2. hehe

      Delete
  2. Dah lama tak bernovel...

    ReplyDelete
  3. ramai yg ckp best..tapikannn..tebal sgt..!
    takut nur nak baca..hehehe

    ReplyDelete
  4. Akak ada ketiga2 novel MJ..bukan kata ada novel MJ je malah pernah beberapa kali jumpa Melor Jelita masa gathering.. penah lepak2 sekatil dgn MJ..peluk2 dan bergelak ketawa dgn beliau..wahhh indahnya masa tu..
    novel Awak Suka Saya Tak'"..habis baca beberapa hari je..ILUS baru baca separuh..dan MyPi langsung tk sentuh..alahai bilalah nk sambung baca...skrg mood membaca novel merudum sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh.....bestnya. Sy nak pergi gathering ni x berapa nak rajin. Cukup je menyokong dari kejauhan. :)

      Delete
  5. alemak... rugi tak beli masa kat tanahair tercinto baru2 ni. adehhhh

    ReplyDelete
  6. nk serbu mph nanti.. stok novel dh abes baca.. macam best je y gambar2 kat atas tu :) sy follow sini..

    http://kasihdani.blogspot.com/2014/01/benci_14.html

    ReplyDelete
  7. Terima kasih ima sudi follow. :)

    ReplyDelete
  8. tebalye nak habiskan novel ni.
    kalau saya baca ni agak2 satu novel sebulan baru habis..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala....nick tu bz sgt. Takyah la novel2 ni. haha

      Delete