Cerita Hari Lahir 2014

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Alhamdulillah.....diberikan kebahagiaan di usia ini.
Diberikan kenikmatan yang tidak putus.
Keluarga, kawan-kawan, kerjaya.....saya syukuri semuanya.
Alhamdulillah....

Tahun ini, harijadi saya agak unik sedikit.
Tidak berada di dalam negara untuk disambut dengan keluarga tercinta.
Puncanya, di tarikh itulah tiket ada promosi Airasia.
Haruslah grab, kan?
Nak jimat katanya. hehe...

Dan inilah kali pertama saya hampir-hampir terlepas flight.
Pintu gate dah tutup semasa saya dan Kella sampai.
Semuanya angkara tiada kaunter yang buka untuk document check.
Rasa sia-sia je buat online check-in last-last kena beratur panjang jugak.
Nasib baik sempat kejar.
Naik mengah dibuatnya angkara berlarian dah macam masuk amazing race. :D
Kelakar bila dikenangkan balik.


#tapi yang sweetnya, sempat la pulak budak kaunter check in tu wish birthday kat boarding pass. Comel je. Terima kasih kerana menggembirakan hati. :)


#dalam termengah-mengah dalam flight, sempat membaca wish birthday di whatsapp, sms  dan fb. O myyy.....pagi-pagi dah ramai yang wish. Kalau tiada segala teknologi ini, berapa ramai je yang ingat tarikh ini? huhu..... thanx to my beloved family and friends. Birthday saya turut dikongsi anak saudara iaitu  Ireen yang berusia 4 tahun. 


#potong2 juga semasa di Vietnam. Tapi bingka ubi je la. hahaha...
Bingka ubi Vietnam memang terbaik. Jauh lebih sedap berbanding di Malaysia. Haruslah beli sebiji. Harganya USD 10 ye u olss. Jangan lupa beli bingka ubi ni kalau ke sana.


Hujung minggu lepas, kawan-kawan ajak buat potluck.
Masing-masing kena bawa makanan kekdahnya.
Tempat kejadian adalah di banglo kawan saya ni.
Waahhh.....kemain banyak menu yang direquest sampai tak muat meja, ko.


#ini hanyalah sebahagian sahaja. Masa ni, hanya saya dan Wai je yang baru sampai. Kemain tuan rumah punya menu. Haruslah kitorang yang makan dulu...hehe.


#tak cukup korum lagi masa ni. Sila makan dulu..

Anak-anak biasalah diorang.
Dapat mengadap kartun ramai-ramai, makanan penuh meja pun tak berapa nak peduli.
Tunggu semua ahli majlis dah sampai, barulah tuan rumah membacakan doa selamat.
Setiap majlis kenalah ada doa, baru berkat.
Terima kasih tuan rumah.
Lain kali, jemput lagi. hehe...


#adehhh.....teringat la pulak rojak buah ni.



#rasa nak nanges. Ini cheesecake hasil tangan Aina yang sweet. Jadilah ia kek harijadi saya tahun ni sekali harung namanya.



#ini adalah muka-muka excited nak makan kek.




#tahun ni celebrate dengan kawan-kawan pula ye. Mood adalah happy dan touching....



#main tiup-tiup lilin la pulak. Takde wish apa-apa. Saje mengada namanya ni. hehe...



#sayang korang....



#uik....macam comel jer....hahaha...



#hi-tea wajiblah ada teh, kan? Ini teh stoberi dari Cameron Highlands.



#mari ambil gambar dengan anak-anak pulak. Muka sedih je time nak berpisah.


Saya ingat rezeki birthday saya hanyalah bingka ubi, tak sangkalah pulak dapat celebrate dengan kawan-kawan tersayang. huhu...
Gila touching nihhh.....saaayang sangat kat diorang ni.
Semoga persahabatan ini kekal selama-lamanya.



17 Comments

  1. hepi bestday kak yana..:)

    ReplyDelete
  2. bestnya camni..dikelilingi sahabat2 yang menyayangi..:)
    tunggu cho bawak telekung..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wokayyy....kali ni kaler lembut2 ye. Dijamin cantik dan selesa. :)

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih minah bunga. Thnx sudi singgah... :)

      Delete
  4. perghhh. sedapnya rojak buah. terliuqqqq. hahaha.
    happy belated birthday kak Yana =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang sedap pon. teringat2 lg ni ha. Terima kasih ye. :)

      Delete
  5. Bestnyaaa. happy belated birthday kak :D

    ReplyDelete
  6. happy belated birthday kak... sedap nyerr kek bingka... nyummmm :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih miss boo. Mmg terbaik la bingka ubi vietnam. :)

      Delete
  7. Again.. happy birthday kak... belated.
    Haaa sambut jugak, dua kali lagi tu, hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nastyna....2 kali wish tu. hahaha...

      Delete
  8. potong bingka ubi...kelasss...:)
    kain yg bertimbun kat belakang tu yg rambang mata nengoknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bingka ubi tu sedap sangat tau kak. Langsung tak sama dengan bingka ubi kat Malaysia ni.

      Delete