Monday, 17 February 2014

K A W A N

 Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya tak tahu memulakan entri ini bagaimana yang sepatutnya.
Tapi ada satu rasa yang terlekat di sudut hati mengenai erti sebuah persahabatan.
Maka, saya rasa saya patut luahkan.
Mungkin  bagi sesetengah orang, istilah bersahabat itu ada pelbagai definisi.
Mungkin juga bagi sesetengah orang, sebuah persahabatan itu releven hanya pada satu masa dan ketika saja.
Itu saya tak tahu.

Tapi yang pasti, bila usia meningkat, latarbelakang pendidikan dan gaya hidup yang berlainan....sedikit sebanyak akan mempengaruhi dengan siapakah kita mahu bersahabat.
Dengan siapakah yang kita mahu berkawan?

Saya terfikirkan mengenai hal ini sebab saya ada ramai kawan yang boleh memberikan pengajaran dan pengalaman yang besar dalam hidup.
Kepelbagaian karakter kawan-kawan kita mendidik hati untuk menerima seadanya mereka itu dalam kehidupan kita.
Baik atau buruk, masing-masing ada hikmahnya.

Alhamdulillah...
Di usia ini saya tidak bersendirian walaupun telah lama meninggalkan alam persekolahan dan kampus.
Tiada ramuan istimewa untuk kekal bersahabat walaupun hingga akhir hayat.
Terima seadanya, itu saja.



#kawan sekolah. kawan ipta. kawan blogger. Just luv them all.....


#hujung minggu lalu kami menyongket ke Cameron Highlands. Bawa anak-anak. Hubby semua kena tinggal. hahaha...


#heh....tetibe feeling remaja. ngeee


#ini anak-anak kepada mak-mak yang perasan remaja tadi tu. :D


#Asyik Cameron Highlands je ye dop. Lama tak singgah kat kilang teh boh yang lama ni. Haruslah bergambo dengan anak-anak.


Beberapa hari lepas seorang kawan lama menelefon saya.
Menceritakan perihal kehidupannya yang makin senang lenang.
Beli kereta Alza baru cash bagai.
Oh, saya tumpang gembira.
Sungguh.
Seronok dengar cerita yang best-best.
Sekali, saya tanya dia..."ko tak nak ke beli telekung aku tu selai?"
dan-dan dia jawab aku takde duit.
Ye la, dah kaya bunyinya haruslah saya promote telekung saya tu, ye dak?
Hahaha ......serius.
Kawan-kawan saya memang pelbagai.
Apo nak dikato. 



4 comments:

  1. shomell tau bila mak mak budak bergambar feeling remajer hehehe. Makin ramai kawan, makin kenal perilaku orang.

    ReplyDelete
  2. tetiba teringat lagu KAWAN- Ruhil...
    ikhlas dalam persahabatan semestinya tiada syarat2...

    ReplyDelete
  3. Pengalaman mendewasakan..ada kawan yang ikhlas bersahabat..ada kawan yang akan cari kita hanya bila diperlukan..ada kawan yang suka ambil kesempatan...ada kawan yang baik di depan tapi di belakang kita macam2 diumpatnya nauzubillah... apa pun, semoga kita pandai & bijak menilai sahabat yang benar-benar ikhlas dengan kita...Insya Allah :-)

    ReplyDelete