Tuesday, 11 March 2014

Komen kurang EQ mengenai MH 370

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya tidak dapat hadam banyak komen-komen yang macam IQ level rendah sangat macam tak pernah pergi sekolah sejak terjadinya cerita mengenai MH 370 yang misteri.
Tapi paling tak boleh hadam rasa nak hempuk sorang-sorangnya ialah orang yang EQnya sangat rendah tapi sibuk nak mengomen juga.
Atau mungkin sebab EQ memang rendah, maka wujudlah komen-komen sebegitu.
memang aneh-aneh jiwa mereka ini.
Ramai pulak tu wujud kat Malaysia ni.
Tepuk dahi dibuatnya bila baca komen-komen sebegitu.
Kat bawah ni saya letak sebahagiannya sahaja sebagai contoh rakayat Malaysia yang kurang EQ.
Harap-harap IQ diorang ni tak rendah dari IQ yang duduk kat dalam zoo tu.


#ini contohnya. Tapi mamat ni dah mintak maaf, kita maafkan je lah. Jadikan ini pengajaran.


 #jangan nak buat spekulasi yang boleh jatuh fitnah. Memandai-mandai je. 


 #yang ko dengki sangat dengan negeri Kelantan tu dah kenapa, bai???


#wah wah wah.....gamaknya dia ni takde family kot. Kurang kasih sayang. (haihh.... tak pasal-pasal ada perkataan maki pulak dalam blog ni)


Ok. Ini sebahagian yang kita nampak.
Cuba check keliling u olls.
Akan ada spesis macam ni.
"Lantak la."
"Malas nak fikir."
"Malas nak ambil tahu. Tunggu berita masa jumpa je la."

Tak peduli.
Masih sibuk dengan keduniaan.
Sedang Allah swt sedang beri 'warning'.
Cuaca kering.
Panas.
Air dicatu.
Politik cacamarba.
Dan terbaru MH 370.
Sigh.

Yang menangguk di air keruh pun ramai.
Terutamanya blogger.
Kejar traffik blog tak peduli cerita yang disampaikan itu sahih atau tak.
Gunakan hashtag MH370 tapi promot cerita lain.
Memang sakit hati bila mengenangkan yang kita ni tak senang duduk nak dapatkan info terkini.
Betul, kan?
Kalau u olls ada membaca di entri ini tapi termasuk dalam golongan seperti di atas, percayalah.
Anda memang tergolong dalam golongan lemah EQ.

Meh check EQ u olls. OK ke tidak?

Seiringkan IQ dan EQ, barulah hidup kita ni tak mengundang maki.
Mari sama-sama kita doakan keselamatan semua penumpang dan krew MH 370.



12 comments:

  1. salam dear yana, bella ade gak terbaca psl Fake twitter la, status nth ape2. langsung xade hati.
    urm,, kite hanya perlu berdoa ,tawakal. Isyaallah. jgn cpt putus asa =) done be ur follower.
    p/s : hope EQ bella ok .selamat hari selasa

    ReplyDelete
  2. tu namanya bodoh tak boleh diajar...agaknya saja nak cari publisiti murahan..semua org kenal bila buat kenyataan bodoh mcm tu..

    ReplyDelete
  3. ape pun spekulasi,jangan menjatuhkan maruah negara sendiri..Masa nielah kena bersatu..

    ReplyDelete
  4. SI ZZ TU EJA TELANJANG PUN SALAH
    BUAT MALU JE

    #PRAYFORMH370

    ReplyDelete
  5. Saya bangun pagi hari lepas bila baca pasal kehilangan pesawat Mh370 yang terpancul kat mulut.. Ya Allah. rasa berderau darah tiba2. Memang tak berapa faham dengan hati & perasaan golongan macam mereka tu.. Blogger yang gunakan isu ni utk traffic blog dengan main sumbat jer apa berita pasal tu even sahih tak sahih.. Janji boleh pancing traffic memang agak mendukacitakan jugak la.. saya pun update tapi bkn pasal traffic.. saya memang mengikuti & turut rasa sedih & risau.. hari2 tertanya2 kemana MH370.. kadang2 sampai menangis.. Apa yang mampu kita buat adalah doa berterusan.. Moga Allah bersimpati dengan rayuan hamba2 Nya yang ingin melihat MH370 bersama isi kapalnya pulang dengan selamat

    ReplyDelete
  6. tu lah mak ayah hantar g sekolah srh belajar..diorang bukan belajar menjadi manusia yang berguna tapi mbelajar menadi manusia yang sama ada otak macm haiwan..huhu..#maaf kalau komen ini keterlaluan...

    ReplyDelete
  7. Kemarau.. betul
    Politik kucar kacir n kotor.. betul
    Mh370... mungkin di 'hantar' sebagai amaran.. ujian agar kita kembali padaNYA.

    Seluruh negera buat sembahyang hajat.. merayu.. memohon.. merintih.. kepadaNya. Meminta kasih sayangNYA.

    Semua ini dari DIA. Musibah di datangkan agar kita kembali erat. Sesama umat. Sesama manusia.

    ReplyDelete
  8. blog yg baguss..hi..im your new follower..jemput2x la jenguk blog saya..slmt brkenalan

    ReplyDelete
  9. Mmm.... memacam versi dah cerita mh370 ni....

    ReplyDelete
  10. Tulah, abaikan komen2 yg ntah pape mcam ni, yg penting kita doakan semua anak2 kapal & penumpang semua selamat..mmg sakit hati baca komen2 dorang ni tapi biasalah manusia takde yg sempurna, masing2 punya kepala..

    ReplyDelete
  11. Tak nak semak ler...kikikikiki.
    Kadang2 memang pelik lihat sikap manusia ada ujud sebegini yek..

    ReplyDelete
  12. haihh macam stupido sgt lah org macam ni . takda perasaan lgsunng . kang kata biadap marah pulakk -.-

    ReplyDelete