Lif -Suatu pengalaman

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Cuba anda bayangkan.
Anda tengah kelam kabut nak masuk pejabat sebab nak punch card/thumprint kedatangan.
Kebetulan anda sampai di ruang legar lif, lif ke tingkat pejabat anda terbuka dengan sendiri.
Seolah-olah menjemput anda gitu.
Alhamdulillah...macam faham-faham je lif ni yang aku ni nak cepat kekdahnya.
Anda pun meluru masuk tanpa fikirkan lain-lain.
Almaklumlah hari-hari pun begitu.
Sorang-sorang pun takde hal.
Dah biasa.

Tapi kali ini sesuatu berlaku.
Lif anda meluncur laju naik tanpa diketahui ke tingkat mana.
Tiba-tiba terhenti.
Dan tersentak-sentak lif tu.
Termasuk anda sekali yang berada di dalam lif itu.
Anda tekan-tekan semua butang lif.
Malang sekali kesemua butang tu tak berfungsi melainkan butang loceng kecemasan.
Aircond berhenti.
Anda cemas dan risau kalau-kalau lampu turut terpadam.

Cepat-cepat ambil handphone.
Cuba whatsapp kawan-kawan opis.
Ada pulak yang sengal bagi nombor telefon pizza hut delivery.
Anda cuba berlagak cool walhal hati nak menyumpah pun ada dapat kawan gini.
Paling sadis, anda teringat pula arwah kakak saudara yang meninggal jatuh lif dari tingkat 5 tahun lepas.
Anda dah tak senang berdiri saja.
Dapat pula whatsapp kawan yang suruh mengucap, anda dah lemah lutut!
Cuba berlagak cool lagi call sana sini minta pertolongan.
Nasib baik line Celcom berfungsi dengan baik walau dalam lif.
Tapi hampir menitis air mata bila dengar suara pasangan yang sangat risaukan anda.
Baca segala ayat al quran yang dihafal.
Lif tersentak-sentak lagi.
Dan anda memang tak boleh bertenang lagi dah!

10 minit lif tak bergerak.
Tiba-tiba ia bergerak dan tersentak-sentak lagi.
Anda bersiap sedia dengan barang-barang anda untuk terus berlari keluar andai pintu terbuka.
Dan ya!
Pintu terbuka dan anda berlari keluar.
Fuhhh....lega.
#kau memang berjaya menyiksa perasaan aku hari ni wahai lif.


Itulah yang berlaku pagi tadi.
Saya tersekat dalam lif berseorangan dari pukul 7.20 pagi hingga 8.05 pagi.
Perasaan?
Allah swt je yang tau.



29 Comments

  1. takut..seram pun ada..kalau sura bukan lemah lutut dah..terduduk kat situ..entah2 dah terbaring..Fengsan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal sungguh pengalaman ni sura oiii....fobia rasanya. huhu

      Delete
  2. gile takut ok...dulu zura takut sgt nak guna lif sorang2 diri...teringat citer2 antu korea jepun tuh.. kan dorang suka tol buat cite antu dlm lift.. tawakal je la... lama2 dh ok naik lift sorang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. zura....nasib la akk x tingat citer antu korea jepun tadi. kalo idak, lagi menggigil gamaknya.

      Delete
  3. rasanya bukan benda untuk di buat lawak.. byk kemalangan lift berlaku. so, beragak la kalau nak buat lawak.. saya pun seorang yg suka berlawak tp lawak biar kena pada tempatnya. Kalau saya pun saya panik jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang2 kita akan jumpa kawan2 yg tiada empati dan simpati dlam dirinya. Semua perkara nak dilawakkn. Ya. memang ada.

      Delete
  4. Ngerinyaa...dah la pagi2...tapi kan sempat gak thumbprint sebelum merah..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama merahnya tu cikviva. akak masuk keje kul 7.30 pagi. Waktu anjal penjawat awam WP1.

      Delete
  5. terjebak di Lif ya sobat ? ... semoga bisa dijadikan pengalaman dan tidak terulang dikemudian hari :)

    ReplyDelete
  6. Pernah mengalaminya... Tersangkut dalam lif selama hampir sejam...
    Pastu memang taubat la nak naik lif lagi kalau sorang2
    sanggup turun naik tangga.. nasib la hanya di tingkat 3..

    ReplyDelete
  7. nasib baik siang2...kalau malam2 hehe...

    ReplyDelete
  8. kak, saya lebih teringatkan mati drpd ingatkan hantu. Td mmg x teringat langsung. Yg budak2 opis citer pulak yg lif tu mmg ada ...adehhhh. Nasib langsung x teringat.

    ReplyDelete
  9. sian ko Az..nasib takde apa2..aku pernah gak kena masa sek rendah dulu kat rmh flat..yg bestnyer adik aku yg kecik dok pujuk aku yg dah panik giler dia rileks jer...tp mmg sampai ke la nie lah aku terasa cuak nak naik lif...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...dah selamat. memang pangkah dah lif tu. Sanggup tunggu lif lain.

      Delete
  10. Dah boleh buat drama hantu lif dah ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak teringat hantu langsung masa ni. :)

      Delete
  11. alhamdulillah...as x der pe2 berlaku ...fobia aje kalau dgar tentang lif....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat mcm mana, nak panjat tangga, tinggi sangat.

      Delete
  12. fuhh semangat..aku baca pon cuak kak..alhamdulillah selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah....lepas ni mmg tak nak naik lif tu kalau sorang2. Mesti teringat. huhu..

      Delete
  13. ngerinya kak . tapi Alhamdulillah akak selamat , guna tangga jela untuk keselamatan . tu pon kalau larat nak naik . amy pon jenis yang takut nak naik lif , selalu fikir bukan2 . hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa sebab tingkat 7. campur g, lg dan tkt kosong, level akak tu sebenarnya tingkat ke 10. tak laraaatt..

      Delete
  14. bahayanya kak..klu cik nor mahu meraung dah dalam tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah....boleh cool pulak semalam tu.

      Delete
  15. Ada jin jahat nak test power dengan ko tu yana.

    ReplyDelete
  16. for me, tersangatlah seram Y_______Y

    ReplyDelete