MH 370 dan IM 529 - Jadilah orang yang KESAH


Assalamualaikum wbt....bismillah...

Manusia memang macam-macam perangai.
Itu sebab Allah swt jadikan syurga dan neraka.
Malah bertingkat-tingkat pulak tu.
Kita ni tak tahu akan ditempatkan di mana.
Wallahua'lam.

Cuma apabila terjadi perkara-perkara besar melibatkan musibah yang melanda negara seperti MH 370 dan melibatkan saudara sagama Islam seperti IM 529 kita tak boleh jadi manusia yang BERSYUKUR dan pasrah dengan KUN FAYAKUN saja.
Kita tak boleh jadikan BERSYUKUR sebagai ayat untuk berasa lega sebab tak jadi kat kita atau negara kita.
Kita tidak terkecuali untuk terkena macam tu juga.
Sampai masa, Allah swt bagi kita merasa seperti negara-negara lain juga.
MH 370 dan IM 529 adalah contoh dan peringatan yang patut kita sama-sama fikirkan.


Dan kita tak boleh pasrah dan seolah-olah menyalahkan Tuhan apabila sesuatu terjadi.
KUN FAYAKUN....Allah swt kata jadi, maka akan jadilah.
Tapi asbabnya mestilah dari kelalaian dan kesilapan manusia itu sendiri.
*Orang yang buat jahat hantar santau pun Allah swt izinkan, tau. Jangan lupa.
Mengenai MH 370, mula-mula dah nampak pelbagai kepincangan.
Passport curi boleh terlepas, dan macam-macam lagi.
Ya, kita kena redha sebab perkara tu dah terjadi.
Tapi bila itu terjadi, perlukan kita pasrah saja tanpa mengambil tahu apa yang sebenar-benarnya terjadi seterusnya mencari jalan penyelesaian?
Apa yang sepatutnya seorang rakyat marhaen seperti kita lakukan?
Tiada yang paling utama melainkan sikap ambil tahu dan mendekatkan diri kepada Allah swt.

Jika ada di antara kita yang memiliki hati yang kering, itu tak kisah...ini tak kisah, berubahlah.
Kehidupan selesa ko hari ini adalah hasil perjuangan orang dulu-dulu.
*Sorry...lari tajuk sikit.
Jangan tunggu orang bagitau ko baru ko tahu seolah-olah hal sekeliling langsung tak penting melainkan keluarga ko saja.
Jangan harap orang lain berjuang untuk ko, sedangkan ko tau komplen je
Kalau ko tak sedar lagi, duit BR1M yang ko dapat tu pun hasil kekuatan pembangkang, tahu?
errrr....tershashul...





1 Comments

  1. Boleh pulak cakap...ada ahkak kesahhh??? Eh ehhh..ada kaitan ke dengan tajuk kat atas?

    ReplyDelete