Monday, 24 March 2014

MH 370 - Prasangka terhadap Kapten Zaharie

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Cerita pasal MH 370 ni dah makin tak berapa mendapat perhatian menjelang masuk minggu ketiga.
Mungkin ramai dah malas nak baca spekulasi kot.
Sat jumpa kat sana, sat jumpa kat sini.
Sat orang tu jumpa, sat orang ni jumpa.
Spekulasi usah kata la.
Mongolia buat khianat sebab altantuya!
Perancangan perang dunia ke 3!
Hijack sebab nak lepaskan Anwar!
Disorok Jin ala2 segitiga bermuda!
Kokpit terbakar!

Namakan saja. 
Semua dah keluar habis.
Pakar-pakar bersuara.
Para pemikir dah habis bercerita.
Brado kapak yang entrinya macam susah nak percaya tu pun last entrinya- tunggu jumpa dulu, baru sambung tulis.
Adehhh....penat mocik.
Penat baca dan memikir.
Masih buntu dan keliru.

Sangat pelik sebab geng seekers guna kamera dan pengesan haba saja pun boleh dapat rakam hantu yang sangat susah untuk kita semua nampak.
Inikan pula pesawat besar gedabak di mana segala teknologi yang canggih digunapakai pun masih gagal mencari.
Pelik, kan?

Tapi takde yang paling pelik melainkan pelik belaka apabila Malaysia sendiri mula berprasangka buruk terhadap permata berharga miliknya sendiri iaitu Kapten Zaharie sedangkan negara komunis yang ternyata komunis pun bermati-matian pertahankan kredibiliti rakyatnya.
Why? Why? Why?
Cari mangsa untuk dikambinghitamkan?
Kawan-kawan saya pun dah mula berprasangka begini.
Tuduhan mula-mula yang mengatakan pilot bunuh diri amat keterlaluan pada saya.
Ada pulak kata Kapten Zaharie seorang free thinker.

Saya sangat tak setuju.
Kasihan sangat dengan keluarga dan sahabat-sahabat beliau.
Patut sangat pun mereka lari.
Tengah-tengah sedih, terpaksa pulak menangkis serangan soalan yang mungkin mereka sendiri tidak tahu jawapannya.
Tak kasihan ke?

#orang yang pelik sebab kapten zaharie ada simulator adalah ORANG YANG PELIK. Lainlah kalau Kapten Zaharie ni drebar lori/teksi!



So frens, Lets stop negative speculation.
Indeed Some Suspicions Are Sins.
Ok?
Boleh hadam kot entri ni. huhu..

#Jangan berhenti berdoa untuk keselamatan kita semua. Di dunia dan akhirat. Wallahua'lam.





5 comments:

  1. saya pun kebetulan baru siap entri pasal kapten zaharie ni.. takpe nanti saya post. saya save dalam draft dulu ingat petang2 sikit baru nak post. Apapun dari awal lagi tuduhan pada kapten zaharie ni saya tak percaya langsung. Pakar spekulasi hanya karang cerita untuk nampak hebat.. hakikatnya orang yg hebat sebenarnya tengah bertarung nyawa antara hidup & mati di luar sana dalam misi mencari & menyelamat MH370.. kapten zaharie ni yg orang tuduh berkomplot dengan DS Anwar ibrahim nak jatuhkan DS Najib ntah2 macam mana keadaan dia.. Moga rasa berdosa pada semua yg pernah tuduh kapten zaharie bukan2

    ReplyDelete
  2. sama mcm ape yg bella pikir,, bnyak konspirasi, orang lain buat hal.. yg lain dapat nama buruk . kesian die =(

    ReplyDelete
  3. Makin lama makin mengarut, cian kat family dia blh jd trauma.....'

    ReplyDelete
  4. media asing lagi lah mengarut...tp herannya ramai yg percaya..

    ReplyDelete
  5. makin lama hilang, makin byk spekulasi timbul

    ReplyDelete