Thursday, 6 March 2014

Perosak Rumahtangga Boleh Dihukum Penjara

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Semalam adalah hari yang menjengkelkan apabila membaca cerita Hanez Suraya mengarahkan Liyana Manan iaitu isteri kepada teman lelakinya supaya memohon maaf kepadanya.
Memang pelik tahap tak boleh nak fikir dah ni.
Sakit hati tak terkata dibuatnya.
Kau kebas suami orang tu, kau suruh dia pulak yang minta maaf?
Adehhh....ada juga orang macam ni.
Saya teringin juga nak menyampuk komen, tapi nampaknya komen-komen rakyat Malaysia ni memang sedia dahsyat belakanya.
Harus kutulis dalam blog saja. hehe...
Panjang kot.


#semoga Puan Liyana tabah menghadapi dugaan ini.

Merampas suami/isteri orang adalah antara dosa sesama manusia yang paling besar.
Kau buat, akan ramai yang memaki kau.
Tambah-tambah selebriti, memang mengundang makian 1 Malaysia la jawabnya.
Memang tak dapat ditolong.
Nak kesian pun tak boleh sebab dah terang lagi bersuluh.

Ramai juga yang tak tahu, sebenarnya perosak rumahtangga ni boleh dihukum penjara.
Ini sedikit petikan Harian Metro bertarikh 27 Mac 2013.

KUALA LUMPUR: Orang ketiga yang menyebabkan hubungan suami isteri berantakan kini berdepan tindakan undang-undang kerana perkembangan terkini menunjukkan mereka perosak institusi kekeluargaan Islam dan antara punca meningkatnya kes perceraian, terutama dalam kalangan pasangan muda.
Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Tan Sri Ibrahim Lembut berkata, tindakan ke atas orang ketiga itu bakal dikuatkuasakan dengan lebih tegas dan meluas di Wilayah Persekutuan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559).
“Seksyen 36 membenarkan orang disabit bersalah didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tiga tahu atau kedua-duanya atas kesalahan memujuk lari perempuan bersuami.

“Seksyen 37 pula merujuk kepada kesalahan menghalang pasangan sudah bernikah daripada hidup bersama sebagai suami isteri dan mereka yang disabit kesalahan itu boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Islam anjuran Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur (MSKL), di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Hakim Syarie MSKL, Mohd Amran Mat Zain dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja BSK, Datuk Kamilia Ibrahim.
Ibrahim berkata, satu lagi peruntukan membicarakan kes membabitkan peranan orang ketiga ialah Seksyen 38 iaitu menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan serta tanggungjawabnya dengan hukumannya sama seperti Seksyen 36.
"Malaysia mempunyai undang-undang menghukum orang ketiga iaitu pihak yang menghalang pasangan menjalani kehidupan suami isteri (bukan di Wilayah Persekutuan saja, tapi hampir serupa di setiap negeri), tetapi setakat ini tiada kes khusus mengenainya dibawa ke mahkamah.
"Masalah ini tak boleh dipandang ringan kerana peningkatan kes perceraian berlaku setiap tahun, malah sejak 2001 sudah mencecah 277,001 kes dan setiap permohonan cerai walaupun tak dinyatakan mengenai orang ketiga, kita tahu ia wujud.


Kan? Memang busuk hati sangat golongan perosak rumahtangga orang lain ni.
Jadi, sebelum bercerai dengan pasangan yang curang ni, ajar mereka sikit.
Buat laporan polis dan sertakan bukti-bukti.
Biar masuk penjara.
Baru puas hati.
Tak gitu?
So, Puan Liyana....kami rakyat Malaysia menyokong puan untuk mengheret mereka berdua ni ke muka pengadilan.
Cakap banyak pun tak guna dah sebab orang tengah kemaruk bercinta takkan sedar perlakuan mereka menyakiti hati dan perasaan orang lain.
Dan u olls, tak perlu tunjuk sangat suami  u olls tu kaya raya dan romantik sangat-sangat sampai mengundang penyakit ain dan cemburu kepada yang melihat dan membaca.
Menyesal kemudian tiada gunanya.



9 comments:

  1. mentang2 la laki tu tgh sayang kemaruk cinta kt hanez, sedap la hanez buat perangai..dia yg buat salah, suh bini boifren dia plk mntk maaf... mmg hanez la ka artis yg dikatakan suh boifren ceraikan bini sblm kawen ngn dia...skrg ni pun dh ramai orang hentam hanez ni kt FB.. rasakan ko !!!!!!

    ReplyDelete
  2. Dasar betina jalang!! Jantan tu masih lagi suami orang...siap pergi bercuti lagi bersama-sama..Haram hukumnya bersama atau menaruh perasaan terhadap suami atau isteri orang.

    ReplyDelete
  3. Yang hairannya, kenapa tak diceraikan saja Liyana tu, senang cerita. Takdelah dia terikat dan terluka... Haih kerana satu lelaki hampeh, 2 perempuan bermusuh dan satu malaya dapat dosa free sbb mengutuk, mengumpat dan mengeji... :-)

    ReplyDelete
  4. kesiannya . haihh harap pn.liyana dpat bersabar dan diberi kekuatan . apa la hanez ni . hmm kecewa dgn sikap mcm tu -,-

    ReplyDelete
  5. akak cukup2 geram kat jantan dayus yg backing kekasihnya tu...Semoga Liyana bertemu lelaki lbh baik dan beriman lps ni...

    ReplyDelete
  6. haishh..senang jer rampas suami orang..huhu

    ReplyDelete
  7. kesian liyana, bertambah tertekan dia
    dah la cukup tertekan dengan kelakuan suaminya...
    moga ada hikmah buat liyana

    ReplyDelete