Andai itu takdirnya

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Suatu hujung minggu di kampung tempat tanah tumpah darah.
Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar yang indah.
Memerhati pinggiran sungai suatu masa dulu adalah tempat paling best di seluruh dunia.
Kini pun masih.
Mudah-mudahan.




Jernih air sungai lantaran kekurangan hujan. 
Surut hingga timbul bonggol-bonggol pulau yang gondol.
Surutnya air Sungai Perak hampir saja dapat menyeberang ke Bukit Chandan.
Jauh saya dapat meneroka pulau-pulau di tengah sungai.

Jernihnya air hadir bersama kepiluan walau masih dapat berendam dengan gembira.
Bonggol-bonggol pulau itu tidak berumpai sungai lagi di mana pelbagai jenis ikan dan udang suatu masa dulu berumahtangga di situ.
Tiada lagi rumpai yang boleh disauk untuk dikutip hasilnya.
Pinggiran pun...sudah tidak kelihatan ikan seluang yang berenang....udang yang main sembunyi-sembunyi dan siput-siput yang tidak terkira jumlahnya.
Tidak ada.

Ke manakah?
Sejarah silam di sini seakan dipadam.


Saya mengharapkan generasi akan datang masih menikmati keindahan ini.
Malangnya tanah di sebelah rumah mak saya sudah dijual kepada golongan berhati kapitalis.
Tambah luka parah rasa di jiwa memikirkan masa depan.
Sedih usah dikira.





Tanah di belakang kakak saya tu telah dibersihkan.
Kami memandang dengan rasa kecewa dan remuk redam di sebalik senyuman.
Tiada rezeki kami adik beradik membeli tanah tersebut.
Semoga pemilik tanah ada rasa perikemanusiaan kepada mak saya dan persekitaran nostalgia kami ini.
Kami redho kerana tiada rezeki.
Andai itu takdirnya.......



6 Comments

  1. semoga dapat di selamatkan.. & di tinggalkan sedikit untuk generasi akan datang merasai keindahannya

    ReplyDelete
  2. selamat berkenalan...tak sangka yana org perak...kami selalu ke kuala tu...jln2 pasar sehari pagi ahad, bestnya...tapi panas terik...beli makanan dan makan kat tepi sungai tu....

    ReplyDelete
  3. Sayang... cantik tempatnya, jangan la depa rosakkan nyer.

    ReplyDelete
  4. seronoknya... ada sungai ke tasik tu...harap dikekalkan alam smulajadi ni..

    ReplyDelete
  5. sayangnya jika keindahan itu bakal terhakis....

    ReplyDelete