Wednesday, 16 April 2014

Bakar kek guna pan ajaib

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Orang ada pan ajaib, pemanggang ajaib, segala peralatan dapur ajaib, ko pun nak jugak.
Haa...ini lah gejala mudah terpengaruh yang sering berlaku termasuklah saya. hehe...
Nak beli pemanggang ajaib, teringat dah ada pan grill kat rumah.
Rasanya cukuplah kot yang tu.
Kali ni tengok kat katalog yang pan ajaib pulak.
Kukus....goreng ...grill....bakar....semua boleh buat.
Perghh....hebat ye dak?
Bakar kek dalam periuk je.
Senang sangat kot, tak payah nak guna oven yang meningkatkan bil elektrik tu.
Lepas kacau segala bahan kek, bubuh je dalam periuk pan ajaib ni, lepas tu tutup.
Nak tunggu dapat pergi Langkawi beli yang berharga murah sikit, tak tau bila.
Makanya ramai la satu opis ni order yang kat katalog je.
Senang.



#periuk pan ajaib masa baru keluar dari kotak. :p

Besar juga saiz periuk pan ajaib ni.
Nak menggulai dan mengukus pun senang dalam ni.
Disertakan juga resepi-resepi menggunakan pan ajaib di dalam kotak.
Boleh juga mencuba kalau teringin nak menu baru.

Makanya gigih saya keluarkan mixer nak mengadun kek kekdahnya yang selama ni terperuk je dalam kotak.
Kelakar juga rasanya angkara teringin sangat nak makan kek marble panas-panas.
Semangat membara, gitu. hahaha...

Tapi malangnyaaaa......


#terhangus la pulakkkk...

Saya tak lapik bawah pan tu.
Walaupun api agak perlahan, hangus juga kek itu. 
Tapi disebabkan saya terbalikkan pan tu, bahagian bawah yang hangus tu saya buang dan kek saya masih boleh diselamatkan. *wink wink...
Kiranya....merasa jugalah makan kek marble panas-panas di petang itu. hehe..
Sedap wehhh.....
Walaupun tak menjadi kek saya yang pertama ni, menu-menu yang lain tetap akan menyusul selepas ini.
InsyaAllah....

Err....patutnya pan ajaib boleh touch up masakan yang tak jadi...barulah ajaib, betoi dak? hahaha...



3 comments:

  1. terbau2 plk kek yg baru kluar oven...sedapnye mkn ngn teh o..wat minum petang...

    ReplyDelete
  2. yana..bahagian yg garing tu yg sedap..ranggup..

    ReplyDelete