Cintaku bukan pelik

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Minggu lepas patut diberikan title minggu ingatan namanya.
Ada yang ingat saya sebab buat silap dan ada yang ingat saya sebab buat baik.
Redha ajelah sebab di dunia yang sementara ni, tiada manusia yang sempurna selain kekasih Allah swt.
Masalahnya, yang fefeeling sempurna tu yang ramai.

Disebabkan sibuk melampau dengan 5s opis, 5s luar opis, program2, fail meja dan KIK ....sampai balik rumah pun tengah malam (sampai qisya pun merajuk dengan saya), otak saya tidak mampu lagi nak melayan apa2 saja yang mengganggu fikiran.

Alhamdulillah dah selesai siang tadi dan minggu depan adalah sesi buang stress. Yes!! Legaaa.....
Minggu lepas juga saya dapat macam-macam souvenir .
Ramai pulak yang baru balik dari melancong.
Alhamdulillah....murah rezeki sungguh mereka ini.


#tudung kiriman dari Turki, beg dari Bandung, dompet syiling dari Acheh, fridge magnet dan tikar kecik dari Vietnam, fridge magnet dari Pangkor dan yang terbaru sekali fridge magnet Taj Mahal dari India. Last week punya cerita.

Dua orang blogger yang terlibat dengan souvenir di atas ialah tuan blog Moh Kembara dan tuan blog Dari Jari-jari Halusku.
Nampaknya banyak cerita diblog mereka sekarang ni. Hehe....
Tq my dear sisters kak halima dan kella.
Tak pernah lupakan saya sejak kenal.
Touching pulak tetibe. :D
Yang lain- lain tu pemberian dari kawan sekolah dan officemate.
Tq frens...

Tadi petang dapat balik awal dan lepak kejap dengan makcik kesayangan yang dikenal hanya kerana jadi customer di pasar tani.
Cintaku bukan pelik.
Ia datang jika ada keikhlasan.
Ia datang jika ada penerimaan seadanya.
Ia datang jika tiada penilaian rupa dan harta.
Ia datang jika tiada pilih kasih.
Cintaku pasti hadir di situ.
Eceh! :p


3 Comments