Tuesday, 15 April 2014

Jacaranda dah masuk 5S

Assalamualaikum wbt...bismillah....

Saya ingatkan bila berpindah Jabatan, terselamatlah daripada memikul jawatan dalam 5S.
Hoho, rupa-rupanya kena jadi ketua kumpulan jugak! T_T ....
Takpe...sabo. Sabo.
Bertabahlah wahai hati. sobs sobs....

Kami ni sibuk ber5Skan taman dan jalan-jalan yang selalunya.
Tiba masanya nak gemilangkan balik opis. ecewaahhh...
Tetiba datang semangat pulak bila meeting petang semalam.


#baru masuk beberapa bulan, dah botingkek-tingkek memo meeting mocik dapat. :D

Nama-nama kumpulan baru dipilih berdasarkan pokok-pokok besar yang berbunga.
Nak rebrandkan balik jabatan le kononnya ni kami pilih nama saintifik pokok pula.
Makanya awal-awal saya pilih nama Jacaranda untuk kumpulan saya ni.
Nasib baik diorang setuju.
Cantik kot.
Purple gitu. hehe..

Pokok Tecoma yang meriah orang upload gambonya kat fb baru-baru ni, nama saintifiknya Tabebuai.
Tak sedap la pulak.
So, takde satu kumpulan pun yang pilih pokok tu walaupun bunganya cantik. hahaha....
Nampak tak permainannya di situ?
nama pun memainkan peranan, tau. :)

Maka, mulai minggu ini....bertabahlah kami dengan 5S di opis.
Kena mulakan balik dari bawah adalah sukar.
Tapi insyaAllah....berkat kesatuan hati kami semua, mudah-mudahan ia dapat dilaksanakan.
Chaiyokkk !!!

Err...ada sape-sape nak kenal pokok Jacaranda yang romantik tu?
Meh saya tunjuk...



#carian google



#carian google


Cantik tak?
hehe...rasanya pernah buat entri pasal pokok ni.
Semoga kumpulan Jacaranda berjaya dalam audit 5S minggu depan ni.
Doa-doakan ye....



5 comments:

  1. jacaranda...nasib baik bkn jandaranda..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jap. nak cari kot2 ada nama saintifik jandaranda. hahaha...

      Delete
  2. mula2 baca jandacara..huhu cantik bunga nye... memang lemah betul time 5s.. time tu la nak kena potong2,gunting2...sorok segala benda tak penting...haiihhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang memenatkan 5S ni. digandingkan dengan KIK. perghhh....bertabahlah. huhu...

      Delete
  3. aritu masa zura based kat satu jbtn kerajaan, zura seronok tgk staf2 gomen gigih hias department diorg, smp ke toilet pun siap tepek mcm2 sticker..trus zura rs nk 5S kan bilik anak2 zura..

    ReplyDelete