Mr Cendol - Lumut

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Setelah bertahun-tahun tak ke Lumut, kali ni persinggahan saya menyaksikan pekan Lumut semakin cantik dan bersih.
Kedai-kedai lama di tepi jeti kelihatan meriah dengan jualan hasil laut dan keperluan percutian di pantai.
Malam saya sampai di Lumut, saya sempat membeli dress pantai untuk Qisya dan Ireen.
Qisya pilih sendiri baju dia dan Ireen.
Makin beso ni, makin pandai nak cantik-cantik.

Ok.
Entri ni bukan nak cerita pasal Qisya dan Lumut.
Tapi pasal Mr Cendol cawangan Lumut.


#nampak meriah jalan berhampiran jeti ni.

Malam sebelum tu dah ternampak kedai Mr Cendol masa melalui jalan ni untuk pulang ke hotel.
Nampak menarik sangat kedainya.
Ada konsep D.I.Y wehhh....
Memanggil-manggil gitu.
So, malam tu dah pasang angan-angan nanti lepas balik dari Pulau Pangkor nak singgah la merasa cendol kat situ.
Macam bessttt je.
Wajib singgah ni.


# Tengok ni. Sense of welcome yang sangat tinggi. 

So, balik dari Pulau Pangkor, lets singgah.
Ceria betul warna signboard kedai ni.
Hijau gitu.




#pandangan dari depan kedai.




#kaunter order dan bayar.

Saya tak tahu pulak Mr Cendol ni banyak cawangan.
Kawan yang bagitahu. haha...
Agak slow kat situ. :D
Tapi takpe, mari kita tinjau-tinjau apa yang ada kat Mr Cendol ni.

Kedai ni mengamalkan konsep DIY iaitu buat sendiri.
Tapi nak order pun boleh, bagitau je kat kaunter.
Siap ada demo mesin buat cendol.
Pengisar ais yang lama pun ada diletak kat kedai ni.
Mana-mana pelanggan nak buat cendol sendiri, sila gigih pusingkan mesin guna tangan, ye.

Saya suka kedai-kedai yang pamerkan barang-barang dan gambar-gambar lama.
Satu, ia menonjolkan nilai-nilai nostalgia yang tinggi.
Dua, secara tak langsung ia menambah ilmu kepada anak-anak.
Tak perlu tunggu pergi muzium.

Deko, hiasan dan susun atur meja di kedai Mr Cendol ini pada saya, ia adalah menarik.
Itu menjadi penyebab menjemput pengunjung ke sini termasuklah saya. 


#kaunter buat sendiri berlatarbelakangkan gambar lama.



#mesin membuat cendol di hadapan kedai.


#inilah rupa cendol yang diorder sebab saya tak koser nak buat sendiri. hahaha...

Dalam botol hijau tu, jangan ingat kicap pulak.
Itu ialah gula melaka.
Tambahkan saja dalam cendol anda mengikut tahap manis yang diinginkan.
Untuk cendol biasa semangkuk ini, harganya ialah RM3.30.
Malangnya ia tak mencapai piawaian selera tekak saya.
Tak tahulah orang lain macam mana.

Saya juga turut mencuba hidangan makanan yang turut ditawarkan di Mr Cendol ini.
Saya memilih mee rojak.
Kacang tumbuk ditaburkan dengan banyak di atas mee rojak.
Rasanya?
Boleh tahan.


#inilah rupa mee rojak di Mr Cendol.


Tapi jangan susah hati kalau ke Lumut, ye.
Banyak sangat gerai makanan berhampiran jeti ni.
Pilih saja mana suka.
Makanan di foodcourt pun tak mengecewakan.
Jangan spoilkan percutian anda andai tersilap pilih tempat makan.
Biasalah tersilap, kan? hehe....



7 Comments

  1. hehe..kenapa akak tak terpandang kedai cendul ni masa pi Lumut...

    ReplyDelete
  2. nampak cendol tu mcm best..:)

    ReplyDelete
  3. Lumut memang dah maju sekarang.. Tapi nak mencari parking tersangat la hazab... Tension dibuatnya.

    ReplyDelete
  4. sedapnya cendol..lagi2 makan waktu tghari...

    ReplyDelete
  5. macam sedap jee. fuhh tak pernah g Lumut

    ReplyDelete
  6. Eh .. ehhh .. rasa nak je tapi biasanya Lumut tu kereta kak Ella lalu je .. jarang beno nak menyinggah

    ReplyDelete
  7. Geli nk makan, mangkuk x de alas piring..jari pekerja masuk dlm mangkuk candol masa nk serve.,.yerkh!!!!!!

    ReplyDelete