Qisya dan demam pelentong

Assalamualikum wbt...bismillah...

Qisya si kecik buah hati pengarang jantung saya kena chicken pox atau cacar air atau demam pelentong kata orang Perak.
Puncanya berjangkit dengan budak lain kat rumah pengasuh.
Adalah kelakar pulak bila encik hubby bertanyakan pasal anak orang lain yang kena chicken pox, saya pulak dicadangkan kena ambil cuti demi menyelamatkan anak saya yang sihat.
Boleh?
patutnya mak bapak si budak yang demam tu la ambik cuti jaga anak sendiri.
Ini pi jugak-jugak hantar anak demam tu kat pengasuh.
Kelako betul pemikiran orang-orang zaman sekarang.
Sudahnya, Qisya pulak kena jangkit.
Haihhh.....tak munasarawak betul la.

Tapi, lihatlah my precious Qisya!
Dia tak mengeluh.
Dia tak meragam.
Dia memaafkan mama dia yang marah2 kadang-kadang babap dia sebab melampau sangat memunggah.
"kenapa mama marah-marah? Adik sayang mama. " oh myyyy....
Dia tak tahu setiap kali tu mamanya rasa menyesal.
Rasa nak tumbuk diri sendiri sebab gagal jaga dia seharian.
Dia tak tahu.


Masa baru dapat demam pelentong.
Badannya panas tapi ceria saja.


Yang ni semasa kemuncak.
Besar-besar tumbuh kat merata badan.
Kami bagi dia minum air kelapa banyak-banyak bagi cepat reda.


#dah boleh sapukan dermatix ni kot.

Foto malam tadi.
Gigih menyanyi lagu let it go kartun frozen tu.
Melalak bagai.
Terharunya....kawan-kawan saya bertanyakan tentang Qisya.
Keadaannya....bagi petua.....suggestkan ubat2.
Saya bagitau dia, mama ambik gambar Adik ni sebab aunty2 adik tanya keadaan Adik.
Abangnya tanya, aunty2 (family) ke yang tanya.
Nope. Kawan-kawan mama.
Kadang-kadang kawan-kawan yang lebih mengambil berat.
Kawan-kawan sebegini, tidak mungkin saya lupakan. InsyaAllah...
Tak pe la Qisya.
Selagi ada hayat mama ni, Qisyalah baby princess mama buat selama-lamanya.

Paling kelakar,
"Adik tak mo makan kicap! Nanti tak cantik. Ada itam2. " hahaha...
Kemainkan statement budak kecik ni??



6 Comments

  1. alhamdulillah...kesian la budak2 kalau kena demam pelentong nie..1st time dengar

    ReplyDelete
  2. Sakit2 pun maintain comel si Qisya ni...

    ReplyDelete
  3. chicken pox cepat aje merebaknye kalau dah ramai2 budak ...

    ReplyDelete
  4. tu la risiko hantar pengasuh yg jaga ramai budak kan.. tp nak buat camna. takde pilihan. macam anak saya ni sebab saya jaga sendiri kat umah & tak campur budak2 lain kot jarang nak sakit.

    ReplyDelete
  5. mak budak tu pi hantar buat apa...takkan dia tak tau boleh berjangkit kat budak2 lain...kalau sekolah pun,dapat mc...
    jangan bg dia garu parut2 tu...nanti jadi parut kekal..

    ReplyDelete