Friday, 11 April 2014

Terima orang lain seadanya, boleh?

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Di hari Jumaat yang mulia ini mari kita sama-sama muhasabah diri.
Tengok orang di sekeliling kita.
Family kita.
Kawan-kawan kita.
Perhatikan.
Adakah kita minta untuk bersama mereka?
Bersama maksudnya bekerja dalam satu pejabat atau belajar dalam satu kelas atau dari perut ibu yang sama.
Kita ke yang pilih.?
Tidak, kan?
Semua itu telah ditakdirkan.

Kita ditakdirkan bersama si polan si polan masa kita sekolah rendah.
Di sekolah menengah dan universiti, orang -orang lain pulak yang menjadi kawan-kita.
Begitulah seterusnya apabila bekerja.
Kawan-kawan di sekeliling bertukar mengikut arah organisasi dan jabatan tempat kita bekerja.
Semua berubah.
Sikap sudah semestinya berubah, tapi karakter masing-masing kebanyakannya masih sama.
Maksudnya born to be.

Makanya masing-masing ada kelemahan dan kebaikan yang tersendiri yang kadang-kadang tuan badan sendiri tidak sedar.
Saya tak pasti tentang orang lain.
Tapi saya selalu cuba menerima orang lain seadanya.
Tak kisahlah kawan atau family.
Tapi malangnya ada di antara mereka ini tidak menerima orang lain seadanya.

Kawan-kawan tempat kerja--->selalu sibukkan hal orang lain. tapi yang buruk2 saja. Ada je orang baru masuk, mulalah nak mencucuk supaya bencikan si polan tu si polan ni.
Pada saya, inilah racun sesebuah organisasi.
Kau sendiri pun datang cari rezeki kat situ, kau aniaya kawan-kawan kau yang datang situ pun untuk cari rezeki juga.
Pelik manusia.

Adik-beradik ---->kalaulah diberi pilihan, dah tentu-tentu taknak adik beradik yang hisap dadah atau bermasalah atau cacat atau tak cantik dan kacak. Mesti taknak, kan?
Mesti nak adik-beradik yang pandai belajar nanti dah besar semua ada kerjaya bagus.
Boleh tumpang bangga.
Semua nak yang baik-baik dan elok saja.
Tapi Allah tak jadikan begitu.
Setiap orang tak sempurna.
Kekasih Allah je yang sempurna.
Tapi manusia masih tak sedar-sedar.
Riak dan angkuh seolah-olah diri tu bagus nak memandang rendah pada kekurangan orang lain.
Orang lain boleh terima semua kekurangan kau, kenapa kau tidak???
Terimalah  orang lain seadanya, boleh???

p/s: kadang-kadang bukan nak putuskan silaturrahim, tapi manusia2 yang tak boleh terima orang lain seadanya.....eloklah kita hindarkan saja. Biarkan dia dengan dunia dia yang perasan bagus tu.



2 comments:

  1. betul tu... kalau orang tu tak boleh terima kita atau orang lain seadanya.. elok la kita pun jangan terima sangat apa yang buruk dia ada Peace :D

    ReplyDelete