Berkira ke jalan Allah

Assalamualaikum wbt...bismillah....

Entri insaf namanya ni.
Harap baca sampai habis.

Cuba perhati...
1) orang tu rajin bercuti ke luar negara, kat dalam negara apatah lagi, tapi tak nak pergi umrah dengan alasan TAKDE duit.

2) orang tu selalu makan kat tempat mahal tapi bila nak bersedekah ...hanya seringgit. Itu pun kalau ada doploh sen, bagi doploh sen tu je.

3) orang tu kalau nak cantik depan orang lain, batik sutera rege rm300 dan tudung paridah rm200 dikata berbaloi sebab cantik walaupun jenis melekap dan singkat. Tapi bila bab telekung cantik, rege tak sampai rm100 pun dah bising mahal kata takde duit nak beli.

Atas tu contoh je.
Nampak tak????
Astaghfirullahaladzim....sesungguhnya manusia selalu berkira jika ke jalan Allah termasuklah saya kadang-kadang bila berkenaan perkara nombor 2.

Yang nombor 3 tu incident semalam since saya ni berjual le katakan.
Wajib dengar komen-komen yang dilantun seumpama para penjual ni tiada hati dan perasaan.
Alhamdulillah....ujian-ujian memerlukan kesabaran ini mudah-mudahan diberi kelapangan lebih rezeki di masa akan datang.
Saya mengambil ini sebagai perkara positif walaupun agak terluka mendengarnya dari kawan-kawan yang bergaji besar dan hidup senang.
Alhamdulillah.....semoga mereka juga diperluaskan rezeki.

I just keep smiling..... :)


#telekung lycra lace dewasa dan kanak-kanak berkualiti tinggi.



Sesiapa yang nak koleksi telekung-telekung lycra lace yang cantik menarik  malah selesa sekali dipakai ni sila whatsapp/sms 019-2764682.
Saya belum ada pasaraya untuk jual harga tetap.
InsyaAllah boleh runding.
Jangan lupa.
019-2764682.

Terima kasih sudi baca.
Luv,



10 Comments

  1. sbg peniaga online juga
    no 3 saya selalu dgr ;)
    tp ada jugak yg setiap bulan beli, yg lama di sedekahkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe. kena banyak bersabar. insyaAllah usaha kita dipermudahkan. amiinn...

      Delete
  2. bukan nak puji mak saya ni jenis suka bersedekah.. tak kira la sapa yg datang minta derma. dia tak peduli la kau tipu ke kau betul ke.. selagi dia ada duit dia bagi. sampai asben saya kalau kita keluar datang budak2 minta derma dia mesti cakap, kalau mak ni mesti dia bagi punya. pernah orang pungut derma dari rumah kerumah.. dia bagi RM50 terkejut orang tu yelah orang kampung ni paling tinggi bagi RM10 je. Maybe sebab tu kot dia murah rezeki.. even dia berkebun kecil kat belakang rumah pun mampu buat duit poket dia beli tu ni.. walau berkebun just hobi dia jer. Sebab tu orang kata sedekah tu membuka pintu rezeki.. tak miskin orang yang bersedekah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thumbs up kat mak sue. mak akk pun cmtu jugak. mmg suka sgt sedekah. tu yg semua pokok yg dia tanam kemain hasilnya...

      Delete
  3. ni nak beli lagi telekong yang ke 4 dan 5..boleh bagi diskaun tak..?haha..apapon memang puas hati ..kualiti terbaekk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sura...boleh sgt nak diskaun tu. tolong promote ye. hehe...

      Delete
  4. mahal model.. imported dari Turki... comey comey...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah tengok tu. ini bukan org turki. org kulim ni.

      Delete
  5. insaf kejap..sebab kadang2 zura rs cm musykil pulak nk bersedekah sbb byk sgt sindiket tipu minta sedekah yang berkeliaran kat merata2 shopping mall

    ReplyDelete
  6. jgn berkira sgt dgn Allah, rezeki Allah yg bagi.

    ReplyDelete