Wednesday, 14 May 2014

Bukit Bendera - Dah kertu baru sampai

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Akhirnyaaaaaa........
Sampai jugak mokcik kat atas Bukit Bendera nun! hahaha...
Mau tak puas hati sesangat.... dah berapa kali entah nak naik Bukit Bendera sejak jadi mak-mak ni dan ehem ehem...atau lebih tepat sejak ada blog ----> tak dapat-dapat juga sampai atas nun.
Macam-macamlah puncanya.
Cuti sekolah beratur panjanglah....train rosaklah.....tengah maintenancelah....
Kali ni....berjaya jugak!
haihhh...memang happylah.
Menjakun la kejap, kannn... hehe

Alkisahnya, dulu-dulu masa keje kat Intel, ulang-alik Intel Penang tu dah kira biasa sangatlah.
Lepas tu, bila cuti atau hujung minggu tu ke Penanglah destinasinya.
Tapi zaman tu langsung tak teringin pun nak naik Bukit Bendera.
Rasa macam takde apa pun kat atas tu.
So, i olss tak minat.
Zaman tu la ceritanya.

Sekarang ni bila dah sampai atas Bukit Bendera tu baru hilang rasa ingin tahu ni.
Lets tengok.
Best ke idaknya Bukit Bendera tu.


#di pintu masuk train station. Cantik dah landskap.

Kaunter tiket di sebelah kiri ya.
Sebelah kanan pulak toilet.



#train dulu-dulu macam ni la. Slow pun ye. hehe...


#waktu operasi dan harga tiket.

Kalau taknak bayar harga RM30 tu, sila tunjukkan Mykad u olls.
Wajib ada Mykad atau lesen memandu.
Petugas kaunter tiket sangat strict.
Ko muka orang Melayu tulen, bercakap bahasa Melayu dan datang dengan kumpulan orang Malaysia pun...kalau takde Mykad memang kena bayar RM30.
Jangan lupa bawa pengenalan diri, ok?


#view dari atas Bukit Bendera.

Akibat terlampau teruja sangat sampai atas, terus snap view tak menyempat-nyempat.
Wow! Nampak dua-dua jambatan.
Angin pun agak sejuk kat atas Bukit Bendera ni.


#ini la rupa train baru. Dah moden dan cantik.

Teruja sampai lupa nak ambil gambar train yang dah gojes ni.
Laju pulak tu.
15 minit dah sampai atas.
err....laju la tu berbanding yang dulu. ekeke....



#tempat wajib ambil gambar katanya...



#antara pemandangan di atas Bukit Bendera, Pulau Pinang. Jom menapak beramai-ramai.



#menuju puncak namanya ni. Tapi kami tak berjoget pun. :D


#menuju ke tempat utama iaitu Astaka Bukit Bendera.

Apa ada kat astaka Bukit Bendera ni?
Ada jualan barang-barang dan souvenir Pulau Pinang la.
Dan paling bessttttt.......tempat makan!!!

Kami semua ingat harga makanan kat atas ni mahal.
Tapi tak sangka pulak harganya sama je dengan harga kat gerai-gerai foodcourt biasa.


#laksa Penang tu RM4.00. ABC tu pun sama.

Agak ajaib la harganya yang kena naik train tiket harga RM30 tu.
So, u olls jangan susah hati ye.
Makanan ada pelbagai dan harga pun berpatutan walaupun terletak di anjung tinjau yang cantik dan merupakan tempat pelancongan utama Pulau Pinang.
Siap makan dengan tourist, ko. hehe..


#view perjalanan turun.

Masa turun kami ambil tempat belakang sekali.
So, boleh la poyo-poyo macam ko je ada kamera. ekeke...

Keseluruhannya, yang best tentang Bukit Bendera ni?
Ok. Kita dapat tengok Pulau Pinang dari tempat tinggi, dapat menghirup angin bukit yang nyaman dan pada saya, ia tempat lepak yang menyeronokkan jugaklah. *dah macam karangan zaman sekolah pulak... kah kah kah..

Walaupun trip kami ni di waktu orang pergi kerja dan sekolah, tapi masih tetap agak lama menunggu dan train penuh.
Makanya bersiap sedialah kalau nak bawa anak-anak masa cuti sekolah nanti dengan sebarang kemungkinan, tak perlu berjanji sakan dulu.
Kalau nak juga naik Bukit Bendera ni, pastikan awal pagi dah sampai kat kaunter tiket.
Mudah-mudahan tercapai hasrat di hati. :)



3 comments:

  1. Keje intel.ioollsss pon keje intel kulim.tahun 2010.hee.dan kita pon xpenah naik bukit bendera.hehehe

    ReplyDelete
  2. ohhh ni lah dia bukit bendera tuu. hahaha tak pernah pergi. kesian =.=

    ReplyDelete

  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete