Harum Manis - Mangga istimewa

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Sekarang ni musim buah mangga kot.
Harga mangga dah agak murah kat pasar tani.
Semalam beli jenis Gold Lily dapat 4 biji RM10.
Qisya dan Amsyar suka sangat makan buah-buahan.
Betul-betul mengikut mama diorang kalau bab makan buah.

Hari ni beli lagi mangga.
Orang utara panggil buah mempelam.
Yang ni dari jenis Harum Manis.
RM 30 sekilo beli kat kawan opis.
Memang istimewa, so jangan bising-bising pasal harga dia.

Buah ni hanya dituai setahun sekali di ladang Harum Manis kat Perlis nun.
Musimnya di antara bulan April dan Mei.
Buahnya pulak sangat sedap, ok.
Sudahlah harum, manis pula.
Haaa.....kiranya di antara jenis-jenis buah mangga, Harum Manislah ratunya.
Sangat sedap dimakan dengan pulut.



#tak sabo nak makan dengan anak-anak...

Tapi yang tu kalau ada banyak stoklah kan.
Setakat beli sebiji berharga RM13.50 tak berbaloi nak menanak pulut.
Katanya harga di ladang tu pun RM22 sekilo.
Untunglah orang Perlis.
Senang nak jumpa buah mempelam Harum Manis ni.
Kat Selangor ni kalau bisnes buah ni masyuuukkkk....
RM 50 sekilo pun ramai yang sanggup beli.
Haihhh.....kalaulah ada lori. ekeke...* otak bisnes tak sudah-sudah mokcik nih.



9 Comments

  1. waaahhh warnaa diaa. mesti manis ni. df punye pokok mangga kan kalau dah kuning mcm ni. pehh maniss :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg manis. Tp biasa je rasanya. Diorang ni semua gempak sgt kata sedap bebeno sampai dlm entri pun beria kata sedap. Haha..

      Delete
  2. akak memang suka buah mangga..tapi kt Sepang ni tkde harum manis..tkpelah janji mangga tu manis hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn sedih kak. Mempelam yg masak mmg semua sedap. Harum manis ni sedap pun sbb dah masak.

      Delete
  3. sana sini saya nampak orang duk bercerita pasal buah ni, tak boleh imagine la kesedapannya, bak sini nak try sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa je rasa dia mommy jj. Cuma specialnya dia berbau harum dan rasanya mcm gabungan mangga dan buah kuini kot.

      Delete
  4. mahal naa mangga ni kak..bg aku taklah sedap mana..sedap lagi mangga lemak manis..muda2 hijau pon dah manis..

    -peminat mangga-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah makan pagi td. Betul kata ko bundle. Hari tu rasa2 mcm sedap bangat sbb mkn sikit je. Td makan rasa mcm biasa je. Hehe...cancel nak buat bisnes. :)

      Delete
  5. nak jugak. kat mana nak cari nih>

    ReplyDelete