Thursday, 8 May 2014

Hotel Traders Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Lawatan kerja ke Pulau Pinang dan Taiping sangat ohsem!
Kira ambil kesempatan cuti-cuti dengan rakan sekerja la tu.
Sambil buat lawatan, sambil-sambil jalan-jalan cari makan.
Penginapan pun alhamdulillah....
Rezeki saya la dapat menginap di Hotel Traders Pulau Pinang ni.
Taraf 4 bintang katanya.

Hotel Traders ni ada 443 buah bilik.
Kadar semalam hampir RM300 macam tu.
Itu untuk rate bilik penginapan saya tu.
Bilik dua single bed.
Pada taraf 4 bintang, dah maklum la kan servisnya macam mana, kan?
Tapi saya nak share juga review saya.
Mana tau kot-kot membantu sesiapa yang nak hanimun kat Penang tu. hehe...
Ok. Jom layan.....


#inilah Hotel Traders. Betul-betul bersebelahan Komtar. Nak shopping, jalan kaki je. Serba-serbi dekat. Suasana pun happening je sebab tengah-tengah bandar.  Tak payah letak map pun pasti jumpa Hotel Traders ni. hehe...


#Ruang lobi sangat luas, ok. Ada beberapa butik jual baju dan souvenir kat sini. Yang dalam gambar ni jual jeweleries. Macam-macam ado. Ada duit, boleh beli belaka kalau nak.


#arca menara tu diperbuat dari stok paper di Hotel Traders Pulau Pinang untuk seminggu. Hambek, satu hotel....dalam masa seminggu papernya boleh buat menara, ko. Buang kertas betul la. huhu...


#ini nombor bilik saya sebagai kenang-kenangan kekdahnya.




Masuk-masuk, mesti snap gambar dulu.
Lihat persekitaran.
Check semua.
Baru puas hati. :D



Terlalu banyak perabot saya rasa.
TV pulak masih yang lama.
Rasa macam klasik di situ. hehe...


#tapi ini paling melegakan. Dah siap-siap ada seterika dan board dia. Tak payah nak mintak2 kat servis. Semua ada complete siap-siap. 


Bilik air pun best siap ada bathtub.
Yang tak best, takde paip la pulakk.....adoiii..
Tapi jangan susah hati, kena call servis jugak la untuk mintak cebok.
Takkan nak guna gelas tu aje.
Jenuh tadah wehhh.... ekeke...
(info ini sangat berguna, kan? :p)


#view dari bilik ni. Betul-betul sebelah bangunan Komtar Pulau Pinang.


Fitness centre Hotel Traders Pulau Pinang ni terletak di tingkat 4 ye.
Kolam renang dan rooftop garden pun kat sini.


#nak masuk ke sini kena pakai sport shoes, ok. 



#sebab ada beberapa mat salleh berbikini kat sini, tiadalah rasa keinginan nak lepak apatah lagi turut berendam kat sini. Silau pemandangan, wehhhhh....



#rooftop garden Hotel Traders.

Best tengok view bandar Georgetown dari atas ni.
Teringat zaman dolu-dolu di Pulau Pinang. eceh... :D
Kami lepak kat sini sampai sambil tengok matahari terbenam.
Lepas tu meronda cari makanan untuk lapik perut.
Ya, lapik perut je dulu sebab malam tu baru dinner kat Padang Kota Lama.
Penang, ok.
Rugi kalau tak banyak makan. hahaha... :p



3 comments:

  1. klu dah 4 bintang, pasti mantap serba serbi...mklu 5 bintang mcm mana pulak ye

    ReplyDelete
  2. Overall semuanya nampak cantik la yana. Tapi tv jer spoil hehe. Biasa la tu kan,.

    ReplyDelete
  3. cantik la, betol2 sebelah bangunan komtar yang femes tuh

    ReplyDelete