Thursday, 1 May 2014

Jalan-jalan ke Pulau Pangkor - Part 1

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Alang-alang dah ke Lumut tu, kami ambil keputusan bawa anak-anak ke Pulau Pangkor.
Pagi-pagi tu kami check-out awal dari Hotel GM Holiday di Lumut yang gojes tu.
Sangat dicadangkan untuk korang yang mahukan penjimatan tapi ingin mendapat kepuasan maksima.

Kami bersarapan di foodcourt berhampiran parking khas Pulau Pangkor.
Harga berpatutan dan menu yang sangat puas hati.
Habis bersarapan, terus ke jeti tapi salah arah le pulak...
Nasib terserempak kakak yang menunggu dan mencari  penyewa kereta Pulau Pangkor di tepi jeti.
Beliaulah yang tolong belikan kami tiket feri ke Pulau Pangkor.
RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Disebabkan tak mahu pening-pening mencari khidmat pengangkutan sewa di Pulau Pangkor nanti, kami pun bersetuju dengan offer kakak tu tadi.
RM70 sehari untuk sebuah kereta.
Kami hanya mengisi minyak sebanyak RM15 semasa di Pulau Pangkor.



#laluan masuk ke jeti. Kaunter tiket feri terdapat di sebelah kanan.



#bangunan beratap biru, tau. Jangan salah pulak macam saya. hehe..

                                 
#ini pemandangan laluan yang salah. anda tidak akan berjumpa kaunter tiket di sini. :D



#pastikan feri adalah sama dengan syarikat feri yang tertera di tiket. Di sini, ada tiga syarikat yang menawarkan perkhidmatan feri. Kakak yang membelikan kami tiket tu memilih feri Mesra. Cantik sikit kot ferinya.


 
#Suasana di dalam feri Mesra. Ada aircond, ok. Tapi semasa perjalanan ke Pulau Pangkor, kami mengambil tempat di bahagian atas feri. Nak sedut angin laut puas-puas katanya. Lagi pun, dah lama sangat tak ke Pulau Pangkor. Nak tengok pemandangan sekeliling puas-puas.



#mocik yang puas hati sangat dapat naik feri. hehe...


#wah wah....bukan mocik je puas hati, tau..


#ada latihan kot diorang ni. Aisehhh....teruja si Amsyar tengok perahu layar ni.


#yeayyy!!! dah sampai jeti Pulau Pangkor.


#Pemandangan di Pulau Pangkor dah banyak berubah. Banyak bangunan baru. Cafe ala-ala anjung tinjau kat Boh Plantation Cameron Highlands pun ada kat sini, tau.



#hoho. Van pink trademark Pulau Pangkor masih ada lagi. Tapi kami prefer kereta sewa lagi. Senang urus masa sendiri nak ke mana-mana.


#Landskap dah makin cantik dan toilet di sini sangat selesa dan bersih.


#kereta sewa kami. Boleh la nak ke mana-mana dengan senang hati.

Pulau Pangkor sangat menawan hati.
Haihhh....tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Bersambung.....


2 comments:

  1. best kalau dapat bercuti lama kat sana kan..

    ReplyDelete
  2. Cepat sambung kak... saya pun dah lama tak gi pulau pangkor.

    ReplyDelete