Tuesday, 27 May 2014

Kem cuti sekolah 2014

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Cuti sekolah nak datang lagi.
Makanya datanglah rasa pening fikirkan hal Amsyar.
Takkan nak biarkan dia sorang-sorang kat rumah.
Nak hantar kampung pun rasa macam tak percaya je.
Dah la rumah opah tepi sungai, kang senyap-senyap pulak pergi berendam kat sungai.
Almaklumlah dah ramai geng kat kampung tu.
Haishhh.....tak meyakinkan.

Bukan apa, jadi mak-mak ni macam ni la.
Banyak memikior kata orang Perak.
Lebih baik beringat awal-awal.

Tahun ni, saya ingat nak mulakan hantar dia ke kem-kem cuti sekolah.
Survey kat Shah Alam, pergghhhh.........tepuk dahi tengok harga.


#tak sampai 3 hari tapi harganya mak aihhh..... tentatif pun kemain wehh....kidzania la....naik kuda la....




#insya Allah Amsyar akan dihantar ke sini.

Hasil survey sana survey sini, akhirnya kami buat keputusan nak hantar Amsyar Kem Pemantapan Diri dan Rohani di Ulu Yam.
Tengok gambar-gambar kat fb macam ok je tempatnya.
Dorm pun nampak bersih dan selesa, dekat pulak tu dengan kawasan perkelahan.....memang menarik hatilah.
Boleh la mak-mak pun nak berendam sama. hahaha..
*nampak tak permainannya di situ? :D

Ok. 10-12 Jun, masa Amsyar dah terisi.
Itu minggu kedua.
Minggu pertama?

Tadaaa.....


#Motivasi Al-Quran...

Alhamdulillah....
Nama Amsyar dapat diselit di saat-saat terakhir.
Belum sempat ditampal kat dinding Jabatan, peserta untuk program Motivasi Al-Quran ni dah nak cukup 60 orang.
Nama Amsyar ke 59 wehhh...
Adoiii....penangan harga murah ( RM50 je) punya pasal.
Berduyun-duyun mak-mak nak masukkan nama anak masing-masing.
Fuhhh.....nasib baik sempat.
Kira rezeki sungguh le ni.

Terisi jugak la minggu pertama dia untuk 3-5 Jun.
Selebihnya?
Kami dah sepakat nak hantar Amsyar ke .....



#Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam...

hehe...
biar dia duduk sini.
Berlambak-lambak buku untuk dibaca.
Internet ada, video ada, kawan-kawan pun ramai....mudah-mudahan dia tak bosan.
Biarlah mama abah susah hantar ambil dia ke semua tempat-tempat ni, harap-harap ada perubahan dalam semangat dia untuk menimba ilmu.



#ruangan untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun.


#mama yang teruja tengok buku-buku kat sini.


#memang seronok lepak kat sini nampaknya. Harap Amsyar suka.


Dah alang-alang kat Perpustakaan Tun Raja Uda ni, saya pun ambil kesempatan jugalah ushar-ushar kot ada buku best.
Wah wah wah.....rambang mata dibuatnya tau.
Rasa tamak nak pinjam semua!


#ini syurga kaki novel ni. hehe....


#hujung minggu, memang penuh kat sini. Siap ada yang baring kot. Bayangkan betapa santainya Perpustakaan Raja Tun Uda ni.


#saya pinjam dua novel. Ingat nak pinjam 5 terus! hahaha..

Update :Untuk cuti panjang akhir tahun, saya masukkan dia untuk program cuti sekolah di Masjid Negeri saja. Alhamdulillah dapat menyelit juga si Amsyar dan anak2 Lyn di saat2 akhir. Rezeki namanya tu. Kami memilih pakej A. Dari pagi sampai petang, penuh aktiviti. Balik kerja boleh terus pick up dia.



Nampaknya masa cuti Amsyar tahun 2014 ni tak bosan dah nampak gayanya.
Moga Amsyar terisi rohaninya dengan ilmu ukhrawi dan duniawi.
Mama sayang Amsyar sangat-sangat!!!




2 comments:

  1. nampak cantik perpustakaan dia . dan lagi satu kem tu bagus untuk budak budak. semoga ilmu yg baik diterapkan kepada anak2

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah terisi masa cuti Amsyar denga aktiviti bermanfaat
    saya berkenan nak pi library tu
    cantiknya! :)

    ReplyDelete