Monday, 19 May 2014

Potong atau ...

Assalamualaikum wbt....bismillah...

Hujung minggu yang agak busy...
Sabtu bawa anak-anak makan dan jalan-jalan.
Ahad berniaga kat bazarena.
Hidup mesti terusss......

#gegar pun gegar la. Yang penting ada gambo. hehe...


Ada sesuatu yang merunsingkan fikiran bila tengok rambut Qisya yang dah panjang ni.
Nak potong atau trim je sikit-sikit?
Ada dah yang komplen rambut budak kecik ni dah panjang.
Diorang rimas kot bila tengok.

For me,
datang dari family yang semuanya berambut lurus tetibe yang sikecik ni pulak rambut curly besar, sangat agak jakun di situ.
Rasa suka je tengok rambut dia.
Mamanya pun teringin rambut macam tu.
Seksi kot. hahaha....

Tapi tu la.
Rambutnya macam mula nak melurus dah.
Yang hujung-hujung je curly.
Nanti kalau potong kang, terus lurus pulak.
hadoiii....camne nak kekalkan ye?
Ada petua apa-apa tak?

Mamanya macam tak sampai hati nak potong rambut dia.
Rasa sayang sangat almaklumlah mama dia masa kecik tak pernah merasa rambut panjang.
Asik kena potong pendek je.
Bila tengok rambut Qisya ni lain dari kami semua, rasa excited pula nak jaga betul-betul.


#my little princess.....

Sampai saat ni masih terfikir-fikir nak potong atau tak.
Rambut Qisya ni kalau waktu mandi memang dah lebih paras pinggang.
Tapi dia selesa je dengan rambut dia.
Takde la pulak dia bising rimas ke hape.
adehhhh....pening mama nak oiii....


#telekung anak2 lycra lace. Whatsapp 019-2764682



2 comments:

  1. ishh jangan jangan. cantikklah rambut dia.

    ReplyDelete
  2. Cantik rambut Qisya… mmg sayang nak potong…
    Tapi kalau dia rajin nak uruskan, biar aje la panjang mcm tu… Ala2 princess gitu, saya suka saya suka….
    Mcm anak dara saya pun rambut mcm tu juga masa kecil2 baya Qisya ni… tapi dia jenis tak suka saya sikat mahupun ikat rambut dia… Mmg susah sgt nak jaga… last2 saya bawa potong kat kedai… Lepas tu, ramai la yg kata… sayangnya rambut cantik2 potong pendek… dan skrang rambut anak dara saya tak curly lagi...

    ReplyDelete