Apabila mangkatnya Sultan Azlan Shah

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Saya mengaku yang saya ni agak ignorance pada susur galur keluarga saya.
Saya tak pernah nak ambil port apa yang arwah ayah saya cerita semasa hayatnya.
Tentang tapak rumah saya tempat saya dilahirkan adalah tapak istana.
Tentang pelbagai barangan istana lama yang masih wujud di rumah datuk saudara saya.
Tentang cerita dulu-dulu yang pernah saya dengar dari mereka yang telah arwah.
Saya tak ambil port.
Saya tak berminat.
Yang saya tahu sejak saya celik mata, saya hanya anak kepada emak dan ayah saya yang bekerja kampung.
Makanya cerita-cerita itu adalah cerita lawak bagi saya.
Serius tak percaya.
Paling bertuah...keluarga saya tak membawa apa-apa gelaran diraja.
Kalau ada, ia pasti rasa macam tak kena je. Hehe...

#kalah Aaron Aziz. :)

Pada saya, kerabat diraja mestilah hebat.
Berpendidikan tinggi dan berperibadi yang selayaknya sebagai raja.
Makanya semasa almarhum Sultan Azlan Shah diangkat menjadi Sultan, saya merasa sangat bangga.
Ini contoh Sultan Melayu terbaik.
Tinggi kelulusan, peribadi hebat, banyak berjasa pada negara dan hensem pulak tu. :)

Terus terang, almarhum Sultan Azlan Shah adalah Sultan Perak yang paling dekat di hati walaupun semasa hayat almarhum Sultan Idris, baginda lebih popular di kalangan rakyat jelata terutama di Kuala Kangsar.
Mungkin sebab di zaman sekolah saya, banyak acara yang saya hadiri, Almarhum Sultan Azlan pun turut hadir sama.
Malah, semasa kemangkatan Toh Puan Khatijah iaitu bonda baginda, saya dan kawan kawan sekolah dijemput hadir ke rumah baginda di Taman Cempaka untuk membaca alQuran.
Di situlah saya dapat melihat seluruh ahli keluarga Almarhum Sultan Azlan Shah pada jarak dekat termasuklah pemimpin-pemimpin negara yang lain.
Paling teruja dapat melihat almarhum Raja Ashman.
Sengal zaman remaja. Hehe...
Ini antara pengalaman yang tidak dapat kami lupakan sebagai warga Sekolah Raja Perempuan Taayah saya kira.

Apabila saya mendapat tahu tentang kemangkatan Sultan Azlan Shah pada hujung mei lepas, ada sesuatu terasa di hati.
Sedih ya amat.
Tak pernah saya rasa sedih untuk mana-mana Sultan sebelum ini.
Entah kenapa rasa nak balik Kuala Kangsar hari tu juga.
Rasa nak ikut kawan-kawan yang dapat pergi merafak sembah buat kali terakhir.
Terkilan sangat rasanya.

Kebetulan cuti sekolah pun bermula, semua adik beradik saya balik ke kampung keesokkan hari selepas pemakaman diraja.
Semua tak lepaskan peluang menziarahi makam almarhum Sultan Azlan Shah.

#al Fatihah...

Semasa saya tiba di sini, sudah tidak ramai yang berziarah ke sini.
Mungkin disebabkan menghampiri waktu solat zohor.
Ada 4 orang remaja yang membaca al Quran bangun sebaik saja kami masuk ke sini.
Kerusi-kerusi upacara pemakaman masih ada tersusun.
Kawasan makam Almarhum Sultan Azlan Shah dan almarhum anakanda baginda Raja Ashman masih berbau haruman air mawar.
Wangi sungguh.
Ada kawan- kawan saya menyatakan ada unsur seram di permakaman diraja ini.
Tapi di hati saya sebaik terpandang makam ini, hanya sayu yang bertalu-talu.

Sedih saya mengenangkan betapa besarnya tanggungjawab baginda.
Semasa hayat menjadi ketua hakim, selepas tu menjadi Sultan pula....tak terbayang besar tanggungjawab yang digalas.
Mudah-mudahan almarhum Sultan Azlan Shah tenang di sana.
Aamiiinnn.......al Fatihah...




2 Comments

  1. kampung saya di taiping,dlu arwah mak and arwah opah slalu cte pasal sejarah dekat sna,,perak memang banyak sejarah kan?sye memang suka dgr cerita2 mcm tu..
    takde yg seram bg sye,perbuatan yg baik akan dibalas dgn ganjarannye..sape tahu kan? :)
    semoga baginda tenang disana

    ReplyDelete