Tuesday, 10 June 2014

Zoo Taiping & Night Safari - skodeng binatang di malam hari

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Sebelum lupa alkisah di malam kejadian, baik saya taip cepat-cepat.
Entri lama peram namanya ni.
Tapi takpe.
Harap-harap boleh dikongsi apa yang patut.

Lawatan ke Taiping bulan lepas, kami diberi rezeki masuk melawat Zoo Taiping & Night Safari secara percuma.
Alhamdulillah... memang rezeki terpijak sebab memang tak plan pun masuk dalam lawatan kerja.
Tak sangka pulak dapat masuk secara percuma.
Kalau kena bayar, RM 20 seorang juga tu.
Syukuuurr....

Ok.
Apa yang bestnya Night Safari ni?
Tak lain tak bukan, kita dapat tengok aktiviti binatang-binatang yang aktif di waktu malam.
Tapi bergantung pada rezeki jugalah.
Kalau aktif tapi tak nak munculkan diri, tak nampak jugalah apa dibuatnya.
Dapat ronda-ronda menyedut angin malam je la jawabnya.


#suram sebab bukan musim cuti sekolah.


#rombongan tak sabo nak naik trem tengok binatang.



#harga tiket untuk pengunjung.


#map zoo Taiping.

Zoo Taiping ni pada saya adalah sangat luas.
Boleh lenguh kaki kalau nak berjalan.
Kalau siang, nak berjalan untuk lebih explore adalah sangat ok.
Tapi kalau malam eloklah naik trem.


#Tahun Melawat Malaysia 2014. Hmmm....Kellie's Castle tak pernah sampai lagi.


#kedai menjual cenderamata di dalam Zoo Taiping. Meriah juga. Macam-macam ada.


#sambil tunggu pemandu trem, boleh beli jajan-jajan untuk dimakan di atas trem.


#satu trem, rombongan kami. Satu trem lagi student Landskap UiTM. Memang takde pengunjung lain kot.

Itu adalah gambar yang terakhir ye.
Sebabnya dilarang ada flash.
Lagi satu, risau kot ada yang menumpang posing sama. hehe..
Tapi Night Safari ni tak le gempak mana pun.
Kawan-kawan bagitau Zoo Melaka lagi best.
Pada saya, lampu zoo ni sangatlah kurang.
Memang suram sangat-sangat.
Makanya binatang-binatang pun memang tak nampak clear.
Seriusly, saya rasa hanya kami je yang ada di situ.
Scary pun ada kot. hahaha..

Tapi ini memang pengalaman baru.
Kalau zaman kanak-kanak dulu saya mengendoi arwah mak angkat saya mencari durian di waktu malam, tiadalah saya teringin nak tengok mana-mana binatang pun melainkan durian je.
Kali ni memang mata melilau mencari kelibat binatang.
Nak tengok aktif yang macam mana.
Tapi tu la.
Nasib baik free.
Kalau tak, memang rasa sangat tak berbaloi bayar RM20 untuk perjalanan singkat yang tak berapa nampak benda-benda yang nak ditengok.
U olls try le.
Kot-kot la musim cuti sekolah ni ramai orang, binatang-binatang pun nampak happy je.
Mungkin happening la kot Zoo Taiping &Night Safari ni gamaknya.
Mana la tau, ye dak?




3 comments:

  1. best jugak yea zoo taiping ni :)

    ReplyDelete
  2. rugi jugak sebenarnya.. smue tido. tak nampak pape. ahaha

    ReplyDelete
  3. Hi ADMIN. Terima kasih sudi share pengalaman. Kalau2 berminat nak cuba lawat Night Safari Singapore pula, boleh la hubung kami untuk dapatkan tiket promosi.. :) Mari dapatkan tiket promosi Singapore seperti USS/ SINGAPORE ZOO/ GARDEN BY THE BAY/ SEA AQUARIUM/ NIGHT SAFARI/ RIVER SAFARI/ ADVENTURE COVE WATERPARK/ CABLE CAR dan banyak lagi! Pasti lebih murah dari harga kaunter & OPEN DATE! Tiket Night Safari SG MYR 141 per adult sahaja (est SGD44) termasuk FREE Unlimited Tram Service worth SGD5 // Tiket USS, MYR 211 per adult sahaja (est SGD66 only). Pakej USS with 2 ways transfer via bus from DANGA BAY JB - USS juga ada.
    .
    Lawati LOVE TRAVEL page di >>> http://lovetravel-love.blogspot.com & >>> www.facebook.com/lovetravel86
    JESSICA, LOVE TRAVEL
    (whatsapp: +6012-7760219)
    Email: jessica.travel8686@gmail.com .TQ

    ReplyDelete