Friday, 26 September 2014

Nasi Ambeng dalam dulang

Assalamualaikum wbt...bismillah...

Jumaat yang berkat. Pagi-pagi ada officemate bawakan roti jala. Tak lama lepas tu, ada pulak yang belanja nasi ambeng. Makanan femes orang jawa. Tapi nasi ambeng kali ni bukan nasi ambeng yang biasa. Sedulang, ko. Tak tau pulak nasi ambeng ada yang dijual style dulang-dulang kat Shah Alam ni.


#saya mengangkat berdua dengan opismate nasi ambeng ni. Berat, weh...Macam ni la keadaannya saya angkut dari parking seterusnya naik lif ke tingkat 7. Bertutup daun pisang je. Masing-masing menjeling apakah yang berada di bawah daun pisang itu. hahaha...


#tadaa!!!!

Wah wah wah.......nampak sedap bangat!. Untuk yang belum maklum tentang nasi ambeng yang sangat popular di kalangan orang Jawa ni, nasi ambeng adalah gabungan makanan yang terdiri daripada nasi, mee goreng, serunding, sambal goreng, ikan masin bulu ayam dan ayam yang telah digoreng atau masakan lain seperti kari, masak kicap atau sambal. Haaa....untuk nasi ambeng kami ni, lauk utamanya ialah seekor ayam goreng yang dibelah 4.


#close up sikit nasi ambeng yang mabeles ni.



#inilah para penaja makanan hari ni. Terima kasih banyak-banyak... 


#tu dia...pinggan-pinggan yang menyerbu dulang. hahaha...



#ok. saya yang pakai tudung coklat. Khusyuk betul menikmati nasi ambeng yang sungguh lazat ini. Tak pandang kiri kanan dah! Terima kasih semua para penaja. Satu dulang berharga RM70  ni, hampir satu opis boleh makan. Rasanya memang sedaplah. Serunding pun memang terbaik. Lepas ni boleh order lagi.  


Err....sesiapa yang berkenan nasi ambeng dalam dulang ni, meh la letak komen bagitau nak ye. Nanti saya roger-roger balik.




14 comments:

  1. Replies
    1. makan ramai-ramai mmg menambah selera. :)

      Delete
  2. Sedapnya...teringin nak try..insyaAllah one day ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.... beli bungkus kat pasar tani pun rm5 je. :)

      Delete
  3. ikan masin bulu ayam? huh? huh? apapun tetap mengiurkan kami ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.... ikan kering dari jenis ikan bulu ayam. Yg nipis2 kecik tu la. Ikan masin paling murah kot.

      Delete
  4. Pernah dengar tentang nasi ini. Tapi belum pernah tengok, apa lagilah rasa.. Kalau ada peluang memang nak cuba try!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kat selangor nasi ambeng ni. Menu org jawa.

      Delete
  5. assalamualaikum..

    salam perkenalan. jemput ke blog saya, kisah saya dan tips kurus.
    :) nice blog .

    ReplyDelete
  6. sedapnya sis...terliur tgk nasi ambeng tuh

    ReplyDelete
  7. ada juga anta wasap kt saya masa ni suruh naik makan.. tapi segan.

    ReplyDelete
  8. Kat mana nak beli jugakkkkk pls pls terliur niiiii

    ReplyDelete
  9. Hi.... dekat mana saya boleh dapat kan nasi ambeng ni ye? :)

    ReplyDelete